Tuesday, 18 December 2018

Bayar Zakat Melalui Kaunter Zakat Begerak 'Door To Door' PPZ-MAIWP

Apa Itu Zakat?

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.


Zakat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:-

  • Zakat Harta
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas
  • Zakat KWSP
  • dan Zakat Saham.


Dah hujung tahun 2018, jadi anda tak sempat nak bayar zakat melalui kaunter PPZ-MAIWP? Jangan risau, anda boleh hubungi talian bebas tol PPZ-MAIWP 1-300-88-5757, atau anda juga boleh layari Facebook Pusat Pungutan Zakat untuk mengetahui dimana lokasi Kaunter Zakar Bergerak yang berhampiran dengan anda.

Selain itu, PPZ-MAIWP juga ada menyediakan perkhidmatan 'Door to Door' bagi mereka yang nak bayar zakat RM5,000.00 dan keatas. Macam mana nak dapatkan perkhidmatan pungutan zakat 'Door to Door' daripada PPZ-MAIWP ni? Anda boleh hubungi talian bebas tol diatas dan perkhidmatan ini akan terus sampai di depan pintu rumah atau di depan pintu pejabat anda. Anda tak perlu bersusah payah untuk ke kaunter zakat lagi sekiranya anda memang betul-betul tak ada masa.

Untuk lebih faham tentang perkhidmatan kaunter zakat bergerak 'Door to Door' ini sila tonton video di bawah.




Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak

Perkhidmatan yang disediakan:-

  • Pertanyaan zakat
  • Taksiran zakat
  • Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
  • Salinan penyata/resit zakat

Pembayaran zakat boleh dilakukan secara:-

  • Tunai & Cek
  • Kad Kredit Islam & Kad Debit

Antara acara-acara yang melibatkan Kaunter Bergerak PPZ-MAIWP:-

  • Hari Terbuka Sekolah
  • Hari Terbuka Agensi Kerajaan & Swasta
  • Konvensyen IPT
  • Karnival
  • Pameran

Kelebihan perkhidmatan kaunter zakat bergerak PPZ-MAIWP:-

  • Pegawai yang mesra pelanggan
  • Perkhidmatan Lebih Murah
  • Cenderahati menarik menanti anda
  • Perkhidmatan ke tempat anda
  • Perkhidmatan yang cekap & pantas
  • Kemudahan yang selesa


Laman web: www.zakat.com.my
Talian bebas tol zakat: 1-300-88-5757
Facebook: Pusat Pungutan Zakat
#PPZ-MAIWP

'JADI KAYA DENGAN ZAKAT'

5 comments:

  1. senangnya nak bayar zakat dah ada kaunter bergerak! ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  2. Bagusnya pekhidmatan door to door tu. Senang orang nak bayar zakat sekarang

    ReplyDelete
  3. Senang sekarang nk bayar zakat.. macam-macam cara ada..

    ReplyDelete
  4. Mudah nak bayar zakat sekarang. Macam-macam cara ada.

    ReplyDelete