Thursday, 8 November 2018

Pakej Percutian ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang...

Hujung-hujung tahun mesti mood nak bercuti da datang kan? Dari awal tahun asyik fokus kerja je mana la ada masa nak bercuti kan... Bila fikir balik, owh rupanya Qiya belum pergi bercuti lagi tahun ni... cuma sekali je fly dari KLIA ke Kuching tu pun atas urusan kerja. Masa kat Kuching pun tak sempat nak jalan-jalan sebab 2 3 hari je kat sana. Pergi kerja dan balik kerja tu jela rutin harian Qiya. Boring kan...

Jenis Qiya plak, kalau tak bercuti dalam masa beberapa bulan je otak mesti jadi tepu dan stress sangat-sangat. Korang ada simptom macam Qiya tak? hehe...

Lagipun banyak lagi tempat percutian dalam Malaysia ni Qiya belum pergi lagi. KLCC pun belum habis jalan lagi tau. Last year sempat jalan-jalan kat Menara KL dan Menara Berkembar Petronas je tu pun kat luar je, Aquaria tak masuk pun. 

Qiya suka jalan-jalan kat KLCC untuk ambil gambar sebenarnya sebab off course la Menara Kuala Lumpur ni kan mercu tanda negara kita. Pelancong asing pun suka jalan-jalan kat Kuala Lumpur kenapa tidak kita rakyat Malaysia ni kan? 

Lagipun buat masa ni tak ada menara atau bangunan dalam Malaysia ni yang boleh menandingi kemegahan KL Tower dan juga Twin Tower KLCC ni, kenapa ek? Padahal banyak je lagi bangunan-bangunan baru kat tempat lain tu... Korang pernah terfikir tak kenapa orang suka pergi KL?

Nak dijadikan cerita, 2 3 tahun lepas Qiya dengan groupmates pun ada shooting video 3rd language kitorang which is bahasa Mandarin kat KLCC ni. Shoot dalam shopping mall dan kat luar bangunan, dekat air pancut depan menara tu, dan hasil video kitorang memang cantik sangat tau. 



Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,



Korang tau tentang sejarah Kuala Lumpur?


Secara ringkasnya Kuala Lumpur adalah sebuah kawasan penempatan penting bagi industri timah sebelum berkempang menjadi sebuah bandar yang pesat macam sekarang ni dan merupakah antara kota metropolitan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dari segi penduduk dan pembangunan ekonomi. Kuala Lumpur menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara disebabkan adanya Menara Berkembar Petronas iaitu bangunan pencakar langit berkembar tertinggi di dunia.

Kalau ke Kuala Lumpur Nak Pergi Jalan-jalan Dekat Mana?


Selain dikenali sebagai syurga membeli-belah, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Kuala Lumpur antaranya ialah seperti di bawah.

1. Menara Berkembar Petronas (KLCC)


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Menara Berkembar Petronas (KLCC) pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2004 Taipei 101 dibina dengan ketinggian 508m dan pada tahun 2010 Burj Khalifa di Dubai pula menjadi bangunan tertinggi di dunia. Terkini Menara Berkembar Pertronas menjadi menara berkembar tertinggi di dunia. Bangunan 88 tingkat (452m) ini mempunyai jambatan yang disambungkan dari tingkat 41 ke tingkat 42 (175m dari atas jalan) diantara kedua-dua menara dengan Sky Bridge sepanjang 58m. 

Menara Berkembar Petronas ini terletak di pusat bandar KL, seni binanya mempunyai ciri-ciri Islam dan didalamnya menempatkan ibu pejabat korporat Syarikat Petronas dan pejabat lain. Pelancong yang datang ke menara ini berpeluang menaiki jambatan Sky Bridge tersebut dan dapat melihat panorama di sekitar bandar Kuala Lumpur.

2. Menara KL

Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Menara Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Nanas (Pineapple Hill), hutan simpan tertua di Malaysia dengan ketinggian 421 meter dibina pada tahun 1994. Pelancong yang datang ke sini dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan dari atas menara. KL Tower ini digunakan sebagai infrastruktur komunikasi dan ianya adalah menara telekom tertinggi di dunia. 

Di kawasan Menara KL ini terdapat pokok Jelutong yang berusia lebih 100 tahun dan dikelilingi oleh tembok penahan yang menelan belanja yang sangat tinggi untuk memelihara ekosistem pusat bandar KL. Manakala senibina bangunan pula mencerminkan warisan Islam Malysia yang penuh dengan skrip Arab serta jubin yang  bercorak pola bunga dan abstrak Islam sebagai penghormatan kepada kebangkitan warisan seni bina Islam. Selain itu, di dalam Menara Kuala Lumpur ini terdapat restoren berputar yang mana anda boleh menikmati makanan sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan di pusat bandar ini disamping membeli cenderamata sebagai kenangan. 

2. Taman Burung Kuala Lumpur


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Di Kuala Lumpur ini juga terdapat Taman Burung yang terletak di Taman Botani Perdana, berkeluasan 20 ekar yang dilitupi dengan sangkar, dan mempunyai lebih 3,000 jenis burung adalah satu tempat yang boleh anda lawati bersama keluarga tercinta.

3. Muzium Negara

Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Untuk mempelajari sejarah dan budaya Malaysia anda boleh berkunjung ke Muzium Negara kerana senibinanya mirip replika rumah Melayu yang didalamnya terdapat upacara perkahwinan dan pameran alatan memburu, selain mempunyai kostum kebangsaan yang dipamerkan disini.

Selain itu, banyak lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Antaranya adalah Central Market, China Town di Petaling Jaya, Batu Caves, Bangunan Sultan Abdul Samad, Taman Tema Sunway Lagoon, Jalan Alor di Bukit Bintang, Aquaria KLCC dan sebagainya.


Macam Mana Nak Pergi ke Kuala Lumpur dengan Menggunakan Pengangkutan Awam?

Bagi pelancong daripada luar Kuala Lumpur yang ingin bercuti ke Kuala Lumpur tapi dalam masa yang sama nak rehatkan badan anda boleh menaiki kapal terbang sebagai pengangkutan utama. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pun tak jauh daripada pusat bandar, kira-kira 50 km je. 

Bila sampai di KL anda boleh menaiki teksi yang berkupon yang terdapat di pintu keluar lapangan terbang. Jangan naik pengangkutan lain yang tak diiktiraf sebab besar kemungkinan anda akan ditipu dan dikenakan tambang yang mahal. 

Selain teksi, terdapat bas yang akan membawa penumpang dari lapangan terbang ke pusat bandar. Antara pengendali bas ini termasuk Airport Coach dan Star Shuttle. Tiket pula anda boleh terus beli dari kaunter tiket bas di tingkat bawah KLIA2 dan dari terminal-terminal bas awam di KLIA. Harga tambang bas lebih kurang RM12-RM15 sehala. 

Selain itu anda juga boleh menaiki kereta api Transit KLIA dan KLIA Ekspres yang mana perjalanan masing-masing mengambil masa 36 minit termasuk berhenti di perhentian Salak Tinggi, Putrajaya, dan Bandar Tasik Selatan, dan KLIA Ekspres 28 minit tanpa henti.

Destinasi Percutian Menarik berhampiran Kuala Lumpur

Bagi yang nak kan percutian yang menenangkan sambil merehatkan badan dan fikiran, terdapat beberapa destinasi percutian 'town escape' yang anda boleh kunjungi berdekatan bandaraya KL, antaranya adalah Janda Baik, Genting Highlands, Tadom Hill, dan sebagainya.

Banyak tempat percutian menarik berhampiran KL cuma kita je yang tak berapa nak tau kan... Tapi sekarang ni bila Qiya nak pergi bercuti rasa malas je nak drive sebab kereta Qiya manual, tau-tau jela kereta manual kan... kalau drive pergi KL confirm jammed, lagi-lagi cuti sekolah da nak mula mesti la ramai parents nak bawa anak diorang jalan-jalan kan. Kalau terperangkap dalam traffic jammed walaupun 1 jam memang rasa nak menangis, cramp habis kaki! 

So Qiya plan kalau nak bercuti better Qiya naik flight je, cepat pun cepat, siap boleh tidur lagi dalam flight tu... Tapi bila nak bercuti tak kan nak bercuti 1 hari je kan? tak kan la balik hari je, tak best la macam tu, buat penat badan je... Mesti la nak kena book hotel kan... at least 2 hari vacation OK la...

Kalau la boleh tempah tiket kapal terbang sekali dengan pakej hotel kan best, tak payah buang masa booking satu satu. Tapi ada ke pakej percutian termasuk tiket flight sekali dengan hotel?

Haaa, ni la yang Qiya nak cerita sekarang...

Qiya da survey website Traveloka... Kita boleh tempah pakej percutian termasuk tiket flight sekali dengan hotel tau. Contohnya Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, ianya adalah pakej kombo flight + hotel. Memang sangat-sangat memudahkan bagi sapa-sapa yang tak biasa datang jalan-jalan kat Kuala Lumpur ni.

Jom kita tengok macam mana cara nak tempah tiket flight dan juga hotel melalui Pakej Percutian ke Kuala Lumpur melalui laman web Traveloka ni. 


Step 1: Buka website Traveloka, ataupun klik Pakej Percutian ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Tour Packages ni 

Bila korang klik link dekat atas tu nanti akan keluar paparan Kuala Lumpur Tour Packages dalam website Traveloka macam dekat bawah ni. Untuk memudahkan urusan better korang Log Masuk ataupun Daftar akaun dalam website Traveloka sebelum buat sebarang tempahan untuk memudahkan urusan.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Step 2: Isikan Butiran Penerbangan

Isi semua tempat kosong seperti korang nak berlepas daripada mana, contohnya dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Tarikh berlepas dan tarikh kembali tu isi la tarikh yang korang plan nak bercuti tu kan, bilangan penumpang dan kelas penerbangan kena isi betul-betul tau supaya harga pakej tiket penerbangan dan hotel tu tak tersilap nanti.

Then, korang kena isi Butiran Hotel. Simple je maklumat yang Traveloka ni minta, ianya adalah destinasi iaitu dekat mana nak menginap bila sampai KL nanti contohnya Kuala Lumpur. Daftar masuk dan daftar keluar isi tarikh ketibaan korang dekat KL dan tarikh nak balik JB. Lepas tu isi bilangan tetamu, sama je dengan bilangan penumpang kapal terbang tadi dan bilik nak berapa buah. Senang je kan? Da siap-siap isi maklumat pakej flight + hotel klik Cari Penerbangan + Hotel.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Step 3: Semak Maklumat Tiket Penerbangan dan Hotel 

Lepas da klik Cari Penerbangan + Hotel, akan keluar paparan macam dalam gambar kat bawah ni. Apa yang korang kena buat lepas ni? Check la maklumat yang kita isi tadi betul ke tak. Contohnya tadi Qiya isi fly dari JB ke KL kan, tarikh 8hb - 10hb Nov 2018, jumlah penumpang 2 dewasa dan 3 kanak-kanak, dan kelas penerbangan Economy. Hotel plak Qiya pilih sekitar Kuala Lumpur sebab nak jalan-jalan kat KL, tarikh check-in dan check-out 8hb dan 10hb Nov 2018 sama dengan tarikh naik flight dan return to JB, hotel room ada 3 buah, dan guest ada 5 orang. Kalau tak betul maklumat yang kita isi tadi klik Ubah Carian dan isi semula maklumat yang tepat. Kalau semua details da ngam boleh proceed ke next step.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Step 4: Atur Carian Hotel

Dalam menu Atur Carian ni korang boleh pilih tempat penginapan yang bersesuaian dengan keinginan dan kemampuan budget korang. Dari sini korang boleh cari hotel berdasarkan Harga Terendah, Harga Tertinggi, Markah Ulasan daripada customer yang da pernah menginap dekat hotel tersebut, dan juga hotel paling popular yang ada dalam pakej ni. Sebagai contoh, kita cuba pilih hotel berdasarkan hotel paling popular dekat KL ni ye...

Yang bestnya bila kita tempah pakej kombo flight + hotel ni kita dapat berjimat 11.5% tau. Banyak tu DISCOUNT 11.5%... boleh la gunakan untuk tambang public transport ke kan... 

Step 5: Buat Perbandingan Harga Pakej tersebut

Sebagai contoh korang boleh tengok details harga dan hotel macam dalam gambar kat bawah ni. Harga flight dan hotel untuk sorang RM331.06, dan jumlah untuk 5 orang sepatutnya RM1,712.69 tapi dengan adanya discount 11.5% ni total price cuma RM1,655.30, da jimat RM57.39 kalau ambil hotel Citin Seacare Pudu Hotel Kuala Lumpur ni. Macam biasa, semak la maklumat tarikh penginapan betul ke tak kalau nak proceed stay dekat hotel ni. Ataupun korang boleh cuba cari lagi hotel lain yang lebih menepati citarasa korang.



Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,



Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Untuk dapatkan harga yang terbaik dan setanding dengan kualiti hotel, so Qiya pun scroll lagi semua hotel-hotel yang dipaparkan then terjumpa la Simms Grand Inn yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Rating yang customer bagi 7.6/10 kira hotel ni memuaskan, dan harganya plak RM284.12 untuk seorang dan total untuk 5 orang RM1,420.62, jimat RM41.78!


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Bila korang rasa da puas hati dengan harga dan rating yang customer bagi boleh la semak Butiran Hotel dan Bilik plak.

Step 6: Semak Butiran Hotel dan Bilik

Dari menu Semak Butiran Hotel ni korang boleh baca semua review customer tentang hotel ni. Contoh, review daripada 191 orang ni purata markah yang diorang bagi 7.6 daripada 10 dan hotel ni diorang  cakap menyenangkan. Jom kita baca review daripada seorang customer ni...


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Customer yang bernama Khairul A. B. K. cakap, "berbaloi dengan harga. Amat berpuas hati. Sesuai untuk keluarga juga. Berdekatan dengan pasar chow kit. Berdekatan stesen minyak shell. Cuma masalah parking. Yang lain bagus. Kedai makan, kedai serbaneka pun dekat je."

Membantu tak review daripada customer ni? Banyak yang positif kan, kecuali masalah parking... parking kat area KL ni biasa la, memang tak dapek nak nolong... sebab tu better naik public transport je kalau nak bercuti dekat KL ni.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,



Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Bila da puas hati dengan semua bilik hotel tu check la apa lagi kemudahan yang pihak hotel disediakan contohnya hotel ni ada sediakan Aircond, meja depan 24 jam, Lif, dan WiFi. Then, tengok la apa tarikan yang ada dekat sekitar kawasan tu, ada public transport ke tak. Bila bercuti naik public transport ni kita kena pastikan tempat penginapan kita berhampiran dengan banyak fasiliti terutamanya LRT/KTM/Monorail station ke, food court 24 hours ke, atau pusat membeli-belah terdekat, dan macam-macam lagi bergantung pada kemudahan yang korang perlukan.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Step 7: Pilih Bilik Hotel

Bilik hotel yang sesuai untuk Qiya menginap contohnya Family Deluxe Room untuk 4 tetamu + 1 kanak-kanak macam OK je sebab ada 2 katil double, rapatkan katil boleh la untuk 5 tetamu dewasa 2 orang dan kanak-kanak 3 orang umur dari 3 tahun ke 8 tahun. Bila da rasa puas hati dengan kemudahan dalam bilik hotel klik Tempah Sekarang untuk proceed ke next step.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Step 8: Semak Maklumat Tiket Penerbangan, Hotel, dan Harga Pakej 

Bila da semak semua maklumat OK boleh klik Teruskan ke Tempahan. Check satu satu tau takut ada yang termiss atau terlebih nanti lain plak harga pakej yang kita booking tu.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,

Butiran Penerbangan OK!


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Eh, kenapa harga pakej kombo flight + hotel ni macam mahal plak? Tadi masa mula-mula isi details RM1600++ je... 


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Owh patut la, Qiya ambil 3 x Family Deluxe Room rupanya... Bila da tak sama harga dari awal-awal kita isi maklumat tadi kan, ubah la maklumat bilik tu, selagi belum finalise selagi tu kita boleh ubah semua maklumat yang kita isi tadi tu. So sekarang Qiya nak 1 bilik je, bukan 3 bilik...

Qiya repeat semula Step 3, dan Ubah Carian... Qiya tukar daripada 3 bilik ke 1 bilik je, then klik Cari Penerbangan + Hotel.


Pakej Percutian ke Kuala Lumpur, kuala lumpur tour packages, KLCC, KL Tower, Menara KL, traveloka, flight ticket, hotel, tempah tiket penerbangan, tempah bilik hotel, vacation, cuti sekolah, cuti-cuti Malaysia, taman burung KL,


Bila da jumpa hotel yang sesuai dengan budget korang boleh proceed untuk Terus ke Tempahan. Dekat bahagian ni kena isi maklumat peribadi penempah tiket dan juga penumpang. Maklumat yang diperlukan adalah Nama Penuh penempah tiket, tarikh lahir, dan alamat email. Untuk penumpang pula, maklumat yang diperlukan adalah nama penuh seperti dalam MyKad, tarikh lahir, gelaran, dan kewarganegaraan. 

Lepas da isi semua maklumat sila klik Teruskan.Once da klik Teruskan akan keluar satu pop-up message tanya sama ada maklumat yang kita isi semua betul atau tak, kalau betul klik 'Ya, Teruskan ke Pembayaran'. Kemudian isi maklumat pembayaran seperti No kad Kredit/Debit, Sah Sehingga, CVV, dan nama pemegang kad, then klik Bayar dengan Kad Kredit/Debit. 

Selesai menempah Pakej kombo Flight + Hotel untuk percutian dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur.


Love,
Next
This is the most recent post.
Older Post

1 comment:

  1. Kalau dah sampai dekat KLCC nie, tempat yang aku dengan wife selalu perfi confirm kinokuniya.

    ReplyDelete