Saturday, 3 November 2018

Dekorasi Dinding dengan Mandala Indian Buddhism Art Deco Wall Sticker


Tadi Qiya search la guna keyword Wall Deco dekat website Lazada, scroll punya scroll keluar yang macam dalam gambar kat bawah. 


Dekorasi dinding, mandala, wall deco, indian deco, interior design, decoration,


Pattern da sama cuma yang Qiya cari tu adalah wall deco yang colorfull. Tak puas hati Qiya pun cuba search kat Google 'Kain Deco Dinding', sebab tak tau apa nama sebenar benda alah ni. Then keluar la design yang Qiya cari tu, Mandala nama dia rupanya. 

Pastu Qiya cari la semula dekat Lazada guna keyword 'Mandala Wall Deco', ada la 3 4 design, memang tak banyak eh seller Lazada jual kain Mandala ni? 

Tengok plak harga dia... alamak mahalnya yang Qiya berkenan tu sampai RM80++ tak termasuk postage... 

Finally Qiya ambil jela yang macam gambar kat atas tu, nama dia Gethome Mandala Indian Buddhism Art Deco Wall Decal Stickers, Harga RM15.90 plus postage RM5.90, dan Seller dia adalah Gethome12. 

Hari ni baru proceed order, and next week Public Holiday for Deepavali Celebration sampai hari Rabu, estimated delivery plak pada 13-22 Nov 2018 ni... So, Qiya rasa barang boleh sampai pada sekitar 13-17hb Nov. 

Kenapa Qiya yakin sangat boleh sampai on time? Sebab Qiya da selalu shopping dari website Lazada ni, memang kebanyakkan Seller dia trusted... Cuma tak sempat nak update semua barang dari Lazada, lagipun ada barang-barang yang P&C gitu, mana boleh cite sampai dalam kain kan hehehe...

Semalam pun ada delivery juga, estimated 2hb Nov ke berapa haribulan entah delivery lupa da... tapi biasa dalam tempoh seminggu sampai la barang yang kita beli tu, tu pun kalau Seller dia dari Malaysia la tapi kalau seller dari luar macam China ke mungkin ambil masa lama sikit la... 

Qiya tak sabar nak tunggu Sticker Mandala ni sampai, geram je nak buat dekorasi dinding plak, nanti senang boleh buat background untuk selfie hohoho...


Love, 

0 comments:

Post a Comment