Tuesday, 30 October 2018

Resepi Lala Masak Lemak

Lala masak lemak ni memang favourite Qiya. Selalu beli yang da siap masak je. Ni Qiya nak try air tangan sendiri plak... hihi... walaupun sedar diri ni tak berapa pandai masak tapi tak apa, kita try and error je masak siput lala ni kan... Cost bahan-bahan lala masak lemak untuk 4-5 orang makan ni lebih kurang RM16.00 je... 

Resepi Lala Masak Lemak



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala masak lemak


Bahan-bahan:-

1 paket lala
1 biji kelapa parut
2 biji bawang merah *
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 batang serai
Kunyit serbuk
1 keping asam keping
10 tangkai cili padi
Sedikit garam dan gula
Minyak



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Bahan-bahan untuk lala masak lemak


Cara memasak:-

1. Kisar bahan yang bertanda *.
2. Kisar kepala parut untuk dijadikan santan pekat.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar dan kunyit serbuk sampai naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan serai yang diketuk. Kemudian masukkan lala.
5. Masak lala sehingga cengkerangnya terbuka, biarkan kering seketika sebab lala akan mengeluarkan air yang banyak.
6. Setelah kering, masukkan santan dan tunggu santan mendidih sambil kacau perlahan.
7. Masukkan asam keping, garam dan gula. Kacau da siap.



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Tumis bahan kisar sampai naik bau


Qiya guna serbuk kunyit je sebab tak ada kunyit hidup. Kalau guna kunyit hidup lagi sedap dan warna kuah lala masak lemak ni pun akan nampak lebih menarik dan menyelerakan. Nyamm nyamm....


Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala dengan bahan kisar yang ditumis

Lepas da tumis bawang merah bawang putih tu semua, biarkan dia naik bau sekejap... pastu masukkan lala dengan serai yang da di ketuk tadi. Mula-mula memang nampak kering je tapi makin lama makin banyak plak air. Nanti bila tambah santan banyak sangat pulak kuah masak lemak ni kan. So, tunggu air kering sikit baru tambah santan pekat tadi.



Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala mengeluarkan air dan cengkerang terbuka


Nampak tak gambar kat atas ni, banyak plak kuah kan? padahal tak tambah air pun. Lala ni memang akan mengeluarkan air dia sendiri. Da kering boleh la tambah santan pekat.


Resepi Lala Masak Lemak, Makanan Laut, Seafood, Masakan Melayu, Malaysia Food,
Lala masak lemak hampir siap 


Agak-agak santan da naik minyak sikit, nampak macam berkilat tu kan, masukkan la asam keping, garam dan gula secukup rasa. Pastu kacau sekejap sambil-sambil kuah mendidih. Jangan sampai santan pecah minyak tau, nanti kuah masak lemak lala tu jadi cair je kat bawah dan santan plak berketul-ketul kat bahagian atas. 

Selalu jadi macam ni dulu bila Qiya masak lemak, sakit je hati ni lagi-lagi bila masak untuk family. Tapi bila tengok mak ayah masak ok la plak... masa tu baru tau, nak masak kuah lemak ni kena ada teknik yang betul rupanya...hehe


Love, 

3 comments:

  1. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. antara faveret juga ni. Salam blogging Qiya :)

    ReplyDelete