Followers

Monday, 24 September 2018

Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara

Sebelum ni Qiya tak tau pun ejaan buah nanas yang betul adalah 'nanas'. Mati-mati Qiya ingat 'nenas'. Kalau yang ejaan 'nenas' ramai yang cakap merujuk kepada maksud perkataan lucah. Ye ke idok Qiya tak tau la plak. Yang Qiya tau buah nanas ni adalah one of my favourite food. Masa kecik-kecik dulu ayah selalu tanam kat ladang ataupun kat belakang rumah, so stok buah nanas ni memang sentiasa ada je. 

Biasanya buah nanas ni ayah Qiya suka buat kerabu, buat masak pajeri, ataupun campur dengan acar timun. Tapi sementara ayah siap-siapkan bahan untuk masak tu ada  la yang tukang ngap, ratah mentah cicah dengan garam... sedap tau! Haha... nostalgia masa kecik-kecik dulu... suka sangat meratah time mak ayah tengah masak.

Semalam Qiya singgah la kat kedai jual buah nanas tu, dapat la 4 biji macam dalam gambar kat bawah tu. Dalam kepala da terbayang-bayang je kerabu nanas. Sampai je kat rumah terus kerjakan ia... hehe


Resepi kerabu nanas style orang utara, resepi, kerabu, nenas, masakan melayu,


Kerabu nanas yang Qiya buat ni simple je, bahan-bahannya mudah sangat. Tak sampai 10 minit pun boleh siap tau, tu pun kalau korang da biasa kupas buah nanas la kan. Buah nanas ni yang lecehnya nak kena buang lobang hidung dia tu... yeke nama dia lobang hidung? Haha... nanti la ada masa kena cari info apa nama sebenar dia...

Nak tau tak resepi kerabu nanas style orang utara ni? Mai cek nak habaq... tunggu lepas solo gitar... eh, tetiba je plak ternyanyi lagu Hang Nak Pi Mana... hoho

Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara

Bahan-bahan:-

1 biji nanas
1 labu bawang merah
3 biji cili padi
1 inci belacan (yang da siap bakar)
Secubit garam

Cara-cara penyediaan:-

1. Kupas dan cincang buah nanas.
2. Potong bawang dan cili nipis-nipis.
3. Campurkan buah nanas dengan bawang, cili, belacan yang sudah dihancurkan terlebih dahulu, dan garam. 
4. Gaul sekata. Siap. Boleh hidang bersama nasi putih atau makan macam tu je.

Senangkan? Selamat mencuba...

Terima kasih sebab baca Resepi Kerabu Nanas Style Orang Utara ni. Jangan lupa baca juga Pengedar Shaklee di Shah Alam & Klang, Selangor dan juga Faktor-faktor Risiko dan Penyebab Gusi Berdarah ini.

1 comment: