Saturday, 15 September 2018

Resepi Bubur Durian Paling Simple

First time Qiya makan pulut dgn bubur doyan... sodap jugak ๐Ÿ˜„ Balance makan pulut durian malam tadi sebenarnya ni. Kebetulan Qiya balik kampung baru-baru ni mak Qiya bekalkan la 1 tuppaware durian. Dan kebetulan jugak masa tu hujung-hujung musim buah kat kampung dapat la jugak merasa buah manggis, rambutan, dan juga doyan free. 


Bubur durian, serawa durian, resepi


Resepi bubur durian ni simple je. Bubuh apa yang ada je. Kalau ikut resepi mak dengan ayah Qiya, bubur atau serawa ni selalunya kena ada daun pandan dan sagu tapi sebab tak ada stok kat rumah Qiya guna jela bahan yang ado... yang pasti rasa bubur durian ni lebih kurang sama je dengan resepi mak ayah Qiya...huhu


Bubur durian, serawa durian, resepi


Resepi bubur durian:-


Bahan-bahan:-

1. 6 ulas durian
2. Santan (1/2 biji kelapa parut)
3. 5 sudu gula perang
4. 2 sudu susu pekat
5. Garam

Cara memasak:-

1. Masak santan bersama durian dgn api perlahan.
2. Masukkan gula perang, susu pekat, dan garam.
3. Biarkan mendidih sehingga isi durian separuh hancur sambil kacau perlahan-lahan.
4. Siap. Boleh makan dgn pulut kukus, roti, atau pun makan macam tu je pun da sedap yakmat ๐Ÿ˜‹

Selamat mencuba!

3 comments:

  1. uish sedap ni! tapi dh taknampak sangat dah durian sekarang haha

    ReplyDelete
  2. Wawa suka makan pulut durian dengan santan mentah..

    ReplyDelete
  3. sedapnya bubur durian . lama tak makan

    ReplyDelete