Followers

Friday, 30 March 2018

Resepi Macaroni Goreng yang Sangat Simple!

Makanan Itali seperti macaroni, spaghetti, atau pasta ianya bukan la makanan favourite Qiya. Qiya ni selera kampung je boleh masuk. Kalau makanan pelik-pelik tu setakat rasa jela. 


Resepi, macaroni, cara masak macaroni, makanan Itali, Qiya Saad,


Tapi lain plak dengan macaroni yang Qiya masak sendiri ni. Nak kata sedap sangat tu tak la tapi the taste quite nice... dan resepi macaroni goreng yang Qiya masak ni simple sangat-sangat dan bahan-bahannya plak mudah di cari kat supermarket.


Bahan-bahan:-

500g Macaroni Kimball (rebus sampai kembang dan lembut, kemudian tos)
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
100g ayam
100g sotong
100g udang
2 keping daging burger Ramli
3 batang sosej
6 biji fish ball
3 batang fish cake
cendawan butang
1/2 biji lada benggala
1/2 biji tomato *
5 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
3 sudu minyak zaitun
sedikit garam
2 sudu gula *
1 sudu serbuk lada hitam *
1 sudu serbuk oregano *



Resepi, macaroni, cara masak macaroni, makanan Itali, Qiya Saad,


Cara penyediaan:-
  1. Rebus macaroni bersama sedikit garam dan minyak zaitun sampai kembang dan lembut. Kemudian toskan. Tujuan guna minyak zaitun untuk elak macaroni melekat.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris nipis sehingga naik bau.
  3. Potong dadu daging ayam dan daging burger Ramli. 
  4. Masukkan daging ayam dan biarkan sehingga kecut. Kemudian masukkan semua bahan selain yang bertanda *.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, gula, dan tomato. Kemudian masukkan semua macaroni yang telah ditoskan sebentar tadi. Gaul sehingga rata.
  6. Tambahkan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk oregano. Siap untuk dihidangkan.



Resepi, macaroni, cara masak macaroni, makanan Itali, Qiya Saad,


Senang je kan? rasa macaroni goreng yang Qiya masak ni ala-ala macam guna Prego cuma tak ada rasa masam. Maybe boleh tambah lemon ke kan...

2 comments:

  1. Sedapnya terliur tengok..huhu
    Del singgah sini buat pertama kalinya :)

    ReplyDelete