Followers

Saturday, 31 March 2018

IJM Land Half Marathon 2018 - Run Together Bond Stronger

Hai korang,

Jumaat lepas Qiya berkesempatan pergi ke Press Conference IJM Land Half Marathon 2018 yang bertempat di IJM Land Seremban 2 - S2 Club. 


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


Tiba-tiba teringat plak masa sekolah dulu Qiya memang suka sangat ambil bahagian dalam acara sukan olahraga dan selalu je dapat medal. Time degree pun Qiya ada juga ambil bahagian dalam acara sukan tapi bukan marathon la, masa tu main badminton je bagi mewakili faculty. Seronok sangat bila imbas balik semua moment berharga tu! Sebab Qiya memang aktif bersukan selama ni cuma sekarang je da tak aktif dan kesannya berat badan naik mendadak! huhuhu...

So bila IJM Land akan anjurkan acara Half Marathon pada 12 Ogos 2018 ni (Ahad pukul 6.00am - 11.00am) Qiya memang tengah cuba planning untuk sama-sama ambil bahagian dalam mana-mana kategori yang sesuai, maybe 21KM Women Open la. Da alang-alang join tu baik ambil kategori yang paling jauh jarak dia sebab Qiya nak sangat turunkan berat badan, at least reduce 10kg pun da bersyukur sangat. 


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


Qiya da start fikir ni kalau Qiya join IJM Land Half Marathon 2018 ni confirm Qiya terpaksa training at least berlari 2KM setiap hari supaya otot-otot Qiya tak la terkejut bila kena completekan marathon 21KM nanti!

Untuk event IJM Land Half Marathon 2018 yang akan bermula dan berakhir di Dataran Centrio, Seremban 2 (bertentangan dengan Mydin S2) kali ni terdapat 11 category yang dipertandingkan seperti Men Open 21km, Men Veteran 21km, Women Open 21km, Women Veteran 21km, Men Open 12km, Men Veteran 12km, Women Open 12km, Women Veteran 12km, Boys Junior 12km, Girls Junior 12km, dan Fun Run 5km. Korang boleh tengok details umur dan yuran penyertaan bagi setiap kategori dalam jadual kat bawah ni.


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


Selain IJM Land Half Marathon 2018 ni dapat menyihatkan tubuh badan kita juga dapat memberi sumbangan kerana setiap peserta akan menyumbang RM5.00 yuran penyertaan bagi kategori A sehingga H dan RM3.00 bagi kategori I & J kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA).

Pendaftaran untuk acara Half Marathon 2018 ni telah mula dibuka pada 30 Mac 2018 jam 12pm sehingga 31 May 2018. Walaubagaimanapun, tarikh penyertaan mungkin akan ditutup lebih awal apabila semua kategori telah pun penuh. So, better register awal-awal kalau tak nanti ter-miss plak event ni kan...

Lagipun sekarang ni tengah open EARLY BIRD REGISTRATION. Kalau daftar sekarang ni sehingga sebelum 1 May 2018 kita akan dapat jimat RM10 tau. Banyak tu! 


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


So macam mana nak daftar untuk acara IJM Land Half Marathon 2018 ni?

Senang je...

Korang boleh daftar dan buat pembayaran yuran penyertaan sama ada secara offline yang bertempat di IJM Land (Seremban) Office pada hari ISNIN hingga SABTU jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau korang boleh daftar secara online melalui laman sesawang www.ijmlandrun.com ni.


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


IJM Land Half Marathon 2018 kali ni yang dianjurkan oleh Dato' Hoo Kim See iaitu Senior General Manager (Central Region), IJM Land Berhad mendapat platinum sponsor daripada Mr Manns Goh iaitu CEO of Ionman SDS (M) Sdn Bhd.

Antara penaja utama IJM Land Half Marathon 2018 ni adalah Ionman Group, TDK, BMW Millennium Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, China Press, Columbia Asia Hospital Seremban, EC Pixel, McDonald's, Yakult, SVC, Spoon Health, 2XU, RockTape, Nestle Milo, Nestle Fitness, dan Mydin Seremban 2.

Ramai yang sponsor event Half Marathon 2018 ni mesti hadiah yang diorang tawarkan pun banyak kan... haaa memang banyak sangat... Setiap peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan untuk setiap kategori akan membawa pulang goodies bags dan juga Finisher Medal berserta sijil penyertaan. 


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


Lebih daripada RM50,000 hadiah cabutan bertuah disediakan dan semua pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan 21km akan layak menerima sehelai custom-made Ultron Micro-dry Finisher Tee yang bertulis '21KM Finisher' kat bahagian lengan.


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


Tu baru je hadiah untuk semua peserta yang join IJM Land Half Marathon 2018 ni. Yang menang perlumbaan lain plak hadiahnya tau. Semua kategori kecuali Fun Run pihak penganjur da sediakan hadiah bagi tempat pertama sehingga tempat ke-5 yang bernilai RM1000, RM800, RM600, RM400, dan RM200 beserta Trophy bagi category A sehingga D dan untuk kategori seterusnya korang boleh refer table kat bawah ni.


IJM Land Half Marathon 2018, Race Event, Seremban 2, IJM Land Berhad, Event, Qiya Saad,


So ada tak yang nak join Qiya dalam acara IJM Land Half Marathon 2018 pada 12 Ogos 2018 ni nanti? 

Untuk maklumat lanjut berkaitan IJM Land Half Marathon 2018 ni sila layari www.ijmlandrun.com atau sila hubungi 06-7613888.

No comments:

Post a Comment