Followers

Saturday, 10 February 2018

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh by Qiya Kitchen

Hari ni Qiya nak tulis pasal resepi je sebab banyak sangat draft blog Qiya yang tertangguh dan most of them adalah RESEPI! 

Jom Qiya share Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh by Qiya Kitchen...


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad


Sambal Hitam Belimbing Buluh ni originalnya daripada Pahang dan walaupun Qiya ni anak kelahiran Pahang tapi mak ayah Qiya bukan orang Pahang. Mak Qiya asal dari negeri Perak, membesar kat Selangor dan ayah plak asal dari negeri Perlis. So lahir la anak Malaysia yang bernama Qiya ni...hehe

Kalau ikut cara tradisi orang Kuala Lipis Pahang memang agak rumit untuk menghasilkan sambal hitam belimbing buluh yang sedap dan tahan lama sehingga lebih daripada 1 tahun. Caranya adalah diorang rebus belimbing buluh dalam tin empat segi atau periuk lama tanpa air selama 7-8 jam menggunakan dapur kayu sehingga warna belimbing buluh bertukar menjadi hitam.

Tapi kalau ikut cara Qiya senang je. Tak payah rebus pun tak apa sebab nanti sambal hitam belimbing buluh ni kita akan keringkan macam Serunding Qiya Kitchen tu jugak. 

Qiya da cuba rebus belimbing buluh tanpa air sampai bertukar warna hitam tapi makin lama belimbing buluh tu makin sikit sebab banyak yang jadi kerak so Qiya pun berhenti sampai belimbing buluh yang Qiya rebus tu jadi macam gambar yang dalam bekas merah tu. Tinggal berapa biji je...sedih...huhu


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh


Bahan-bahan:-


5 genggam buah belimbing buluh
2 genggam ikan bilis dikopek
8 ulas bawang merah
30 tangkai cili padi
garam dan gula secukup rasa
minyak masak


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Cara memasak:-

  1. Rebus belimbing buluh sehingga layu.
  2. Goreng ikan bilis dan kisar bersama cili padi dan belimbing yang telah direbus.
  3. Tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar.
  4. Bila sudah separuh masak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak sehingga betul-betul kering seperti serunding.
  6. Sambal Hitam belimbing buluh sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain.


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Thanks korang ye sebab sudi baca RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH BY QIYA KITCHEN ni. Jangan lupa LIKE FB Page Qiya Saad Dot Com dan baca juga Resepi Peria Goreng Telur ni.

5 comments:

  1. Replies
    1. cuba la Zumal. Kalau kat Perlis senang la nak cari belimbing buluh ni...

      Delete
  2. singgah sini qiya.. tak pernah masak lagi belimbing buluh.. entah nape susah sangat nak cari kat sini XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung-kampung banyak la Wani. Jarang belimbing buluh ni dijual kat pasaraya besar. Kat pasar malam mungkin ada. Cuba la tengok...hehe

      Delete