Followers

Saturday, 24 February 2018

Nak 18% Rebat Tunai Dari SHOPEE? Jangan Terlepas Offer Ini Sempena Kempen Hari Gaji Shopee Pada 26-28 Febuari 2018!

Korang nak 18% Rebat Tunai Dari SHOPEE? Mesti la nak kan... cuba kira kalau korang beli iPhone let say harga dia plus minus RM2000, korang boleh JIMAT RM360 tau. Banyak tu! Tu belum termasuk DISCOUNT yang SHOPEE tawarkan untuk item-item terpilih lagi... 


Shopee, Kempen Hari Gaji Shopee, Jualan Murah, Online Shopping Website, Shopee Malaysia, Elianto, XES, L'Oreal, Nestle, barang make-up, alat solek, skincare,


Tak lama lagi korang dapat gaji kan? Korang tau tak sempena Kempen Hari Gaji Shopee pada 26-28 Febuari 2018 ni banyak tawaran hebat dan potongan harga termasuk pulangan tunai sebanyak 18% dalam bentuk syiling Shopee untuk produk promosi sepanjang kempen ni dijalankan. 

Contohnya kalau korang spend RM1 korang akan dapat 18 syiling Shopee yang korang boleh gunakan untuk beli barang lain nanti. Best kan? So, pastikan korang jangan sampai terlepas offer ni tau!

Banyak barang yang ada dijual kat Shopee ni antaranya gajet, produk kesihatan dan kecantikan, barang-barang permainan kanak-kanak dan bayi, pakaian wanita, termasuklah perabot dan perhiasan rumah dan sebagainya. Senang cakap macam-macam ada kat Shopee ni! 

Selain itu juga barang-barang untuk bersukan pun banyak yang korang boleh beli secara online kat laman web Shopee  ni antaranya adalah kasut sport, seluar, sport bra, Yoga mat, dan macam-macam lagi.

Kalau korang tanya apa yang Qiya nak beli sementara tengah ada offer ni Qiya akan jawab of course la barang-barang fitness. Hehe. 

Mula-mula Qiya ingat nak beli dumbell untuk buat weight exercises sebab kalau rajin memang cepat dapat shape perut yang cantik ataupun untuk cutting. 

Tapi memandangkan Qiya tengah fokus senaman Cardio, Strength, dan Yoga so Qiya postpone dulu beli dumbell tu tapi Qiya replace dengan set T-Shirt, long pant, dan sport bra yang berharga lebih kurang RM40.00 termasuk postage fee.


Shopee, Kempen Hari Gaji Shopee, Jualan Murah, Online Shopping Website, Shopee Malaysia, Yoga Outfit, Pakaian Sukan, Seluar Yoga, sport bra murah,


Sebab apa? sebab senaman Cardio, Strength, dan Yoga ni tak perlu guna banyak peralatan yang banyak-banyak macam kat gym tu. Ada tikar yoga dan pakaian sukan yang sesuai dah boleh exercise.

Sebelum Kempen Hari Gaji Shopee pada 26-28 Febuari 2018 ni, Shopee da pun mengadakan jualan pra-kempen bermula dari 21 Febuari 2018 dengan tawaran eksklusif bagi jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.

Selama 3 hari kempen ni dijalankan, terdapat lebih 5,000 barang yang ditawarkan dengan harga lebih murah antaranya produk dari kategori Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita & Fesyen Lelaki.


Shopee, Kempen Hari Gaji Shopee, Jualan Murah, Online Shopping Website, Shopee Malaysia, XES, Shoes, kasut lelaki, kasut wanita, harga kasut, kasut murah, design kasut terkini,


Kalau korang tak tau meh sini Qiya nak bagitau... banyak tau jenama yang terkenal turut bekerjasama dengan Shopee ni antaranya L'Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk bagi semua pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia ni dapat berjimat walaupun tengah shopping sakan!  

Pada masa yang sama juga, Shopee akan adakan Jualan Murah Shocking Sale selama 5 hari sepanjang tempoh kempen ni untuk pelbagai barang-barang favourite kita semua pada harga yang sangat-sangat murah bagi sesuatu tempoh sampai habis stok. 

Qiya ulang semula, Jualan Murah Shocking Sale ni ada macam-macam offer sampai Shopee HABIS STOK tau! So, jangan cakap akak tak payung! ehh silap, jangan cakap Qiya tak bagitau! Hehe

Selain itu, sepanjang kempen Hari Gaji Shopee ni dijalankan Shopee akan melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Febuari 2018 pada pukul 2.00 p.m. yang membolehkan peserta bertuah untuk memenangi syiling Shopee dan hadiah utama adalah sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. 

Untuk memeriahkan lagi kempen Hari Gaji Shopee ni kita semua boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak dari aplikasi Shopee sepanjang kempen ni dijalankan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5, dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Menarik tak Kempen Hari Gaji Shopee ni? 

Untuk maklumat lanjut sila layari www.shopee.com.my dan jangan lupa muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

No comments:

Post a Comment