Followers

Saturday, 24 February 2018

Hafizh Syahrin Sertai MotoGP Pada Tahun 2018

Bagi peminat sukan MotoGP di Malaysia, berita tentang penyertaan pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin ke kelas perdana dan berlumba dengan lagenda sukan tersebut sangat dinanti-nantikan. Sebut je Valentino Rossi siapa tak kenal kan, kecuali orang tu bukan peminat setia sukan MotoGP!


Hafizh Syahrin, MotoGP, Monster Yamaha Tech3, Sukan, Lumba Motor,
Sumber gambar dari Google


Sejak beberapa tahun kebelakangan ni Qiya memang seboleh-bolehnya akan menonton setiap pelumbaan MotoGP dan ujian masa yang diadakan secara bergilir-gilir di 18 buah litar lumba di beberapa buah negara tapi live dari rumah jela...hehe. Inshaallah kalau tak ada halangan Qiya nak beli tiket awal-awal untuk perlumbaan MotoGP kat Litar Sepang nanti. 

Bangga sangat sebab ada anak-anak Malaysia yang turut berlumba dalam sukan MotoGP, antaranya adalah Adam Noroddin, Zulfahmi Khairuddin, dan Khairul Idham Pawi. Walaupun bintang sukan MotoGP yang lain belum bersinar seperti Hafizh Syahrin tetapi Qiya tetap rasa bangga sangat-sangat dengan pencapaian diorang ni.

Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) da buat pengesahan bahawa Hafizh Syahrin Abdullah akan menyertai Monster Yamaha Tech3 secara musim penuh dalam kelas MotoGP.

Datuk Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC yang menjadi tulang belakang Hafizh Syahrin dalam sukan MotoGP juga mengatakan bahawa spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini adalah benar dan penyertaan pelumba negara dalam kelas perdana tersebut pada tahun 2019 dan 2020 adalah seperti impian menjadi kenyataan.

"Bagi saya Herve (Poncharal), Dorna dan Yamaha (Penyertaan Hafizh di MotoGP) 100 peratus sah," kata Razlan pada ujian rasmi MotoGP di Sepang baru-baru ini ketika sedang mengadakan pertemuan bersama Poncharal dan pihak pengurusan Dorna bagi membincangkan penyertaan Hafizh di MotoGP pada tahun 2019 dan 2020.

Dalam perbincangan tersebut Razlan berkata Poncharal bersetuju menawarkan tempat buat Hafizh Syahrin di MotoGP bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Jonas Folger dan Razlan akan ke Buriram untuk tindakan selanjutnya berkaitan kontrak dan sebagainya bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 yang berpangkalan di Perancis.

"Ada tiga nama termasuk Hafizh dan tanpa perbincangan lanjut, Yamaha Jepun memilih Hafizh dan mereka juga sudah berbincang dengan Yamaha Hong Leong (Malaysia), Thailand dan Indonesia, di mana mereka bersetuju Hafizh menjadi pelumba pasukan untuk tahun ini," kata Razlan.

Namun, pasukan Poncharal berkata dalam laman web rasmi MotoGP mereka akan menilai Hafizh bermula di ujian rasmi yang berlangsung di Buriram nanti dan keputusan muktamad mengenai pelumba keduanya hanya akan dibuat selepas itu.

Sumber maklumat ni Qiya ambil daripada Berita Harian Online. Sebarang perubahan berkaitan dengan keputusan muktamad boleh rujuk dekat website rasmi MotoGP.


Latar Belakang (Biodata) Hafizh Syahrin


Sejarah Awal Penglibatan Hafizh Syahrin dalam perlumbaan motosikal


Hafizh Syahrin dilahirkan pada 5 May 1994 di Selangor, Malaysia dan membesar di Selangor. Beliau memulakan kerjaya pada usia 9 tahun dalam perlumbaan pocket bikes dan terus mendapat gelaran "King of Pocket Bikes." ketika beliau ditemui oleh pengurus kumpulan Barry Leong di litar pocket bikes dan bakat berlumba beliau menonjol tak lama selepas itu selain berjaya mendominasi perlumbaan dalam kategori pocket bikes pada tahun berikutnya.

Pembangunan Kerjaya Hafizh Syahrin sebagai pelumba motosikal


Pada tahun 2007 ketika usia beliau 13 tahun, Hafizh Syahrin membuat kemunculan kali pertama pada kejohanan Cub Prix dalam kategori YAMAHA LC135 Cup dan menjuarai tempat kedua secara keseluruhan.

Kemudian pada tahun berikutnya ketika beliau dalam kumpulan Petronas Sprinta Raceline beliau menjadi pelumba paling muda yang berjaya menaiki podium sekaligus menjuarai tempat ke-3 secara keseluruhan dalam kejuaraan Yamaha GIVI Cup pada 2008. Dalam pada itu juga, Hafizh Syahrin telah membuktikan pencapaiannya yang mengagumkan menerusi penyertaannya dalam kategori Novice.

Hafizh Syahrin memulakan tahun 2009 dengan menjuarai perlumbaan pembukaan musim di Alor Setar dengan 7 kemenangan daripada 8 pusingan dalam kategori Novice. Kemudian, beliau beralih untuk berlumba dengan pemain seniornya yang lebih terkenal dan berpengalaman dan beliau berjaya menduduki tangga ketiga dalam Kejohanan 115cc Asia Road Racing Underbone.

Sampai sini saja entry Hafizh Syahrin Sertai MotoGP pada Tahun 2018. Terima kasih kepada semua pembaca blog Qiya Saad Dot Com.

Nak 18% Rebat Tunai Dari SHOPEE? Jangan Terlepas Offer Ini Sempena Kempen Hari Gaji Shopee Pada 26-28 Febuari 2018!

Korang nak 18% Rebat Tunai Dari SHOPEE? Mesti la nak kan... cuba kira kalau korang beli iPhone let say harga dia plus minus RM2000, korang boleh JIMAT RM360 tau. Banyak tu! Tu belum termasuk DISCOUNT yang SHOPEE tawarkan untuk item-item terpilih lagi... 


Shopee, Kempen Hari Gaji Shopee, Jualan Murah, Online Shopping Website, Shopee Malaysia, Elianto, XES, L'Oreal, Nestle, barang make-up, alat solek, skincare,


Tak lama lagi korang dapat gaji kan? Korang tau tak sempena Kempen Hari Gaji Shopee pada 26-28 Febuari 2018 ni banyak tawaran hebat dan potongan harga termasuk pulangan tunai sebanyak 18% dalam bentuk syiling Shopee untuk produk promosi sepanjang kempen ni dijalankan. 

Contohnya kalau korang spend RM1 korang akan dapat 18 syiling Shopee yang korang boleh gunakan untuk beli barang lain nanti. Best kan? So, pastikan korang jangan sampai terlepas offer ni tau!

Banyak barang yang ada dijual kat Shopee ni antaranya gajet, produk kesihatan dan kecantikan, barang-barang permainan kanak-kanak dan bayi, pakaian wanita, termasuklah perabot dan perhiasan rumah dan sebagainya. Senang cakap macam-macam ada kat Shopee ni! 

Selain itu juga barang-barang untuk bersukan pun banyak yang korang boleh beli secara online kat laman web Shopee  ni antaranya adalah kasut sport, seluar, sport bra, Yoga mat, dan macam-macam lagi.

Kalau korang tanya apa yang Qiya nak beli sementara tengah ada offer ni Qiya akan jawab of course la barang-barang fitness. Hehe. 

Mula-mula Qiya ingat nak beli dumbell untuk buat weight exercises sebab kalau rajin memang cepat dapat shape perut yang cantik ataupun untuk cutting. 

Tapi memandangkan Qiya tengah fokus senaman Cardio, Strength, dan Yoga so Qiya postpone dulu beli dumbell tu tapi Qiya replace dengan set T-Shirt, long pant, dan sport bra yang berharga lebih kurang RM40.00 termasuk postage fee.


Shopee, Kempen Hari Gaji Shopee, Jualan Murah, Online Shopping Website, Shopee Malaysia, Yoga Outfit, Pakaian Sukan, Seluar Yoga, sport bra murah,


Sebab apa? sebab senaman Cardio, Strength, dan Yoga ni tak perlu guna banyak peralatan yang banyak-banyak macam kat gym tu. Ada tikar yoga dan pakaian sukan yang sesuai dah boleh exercise.

Sebelum Kempen Hari Gaji Shopee pada 26-28 Febuari 2018 ni, Shopee da pun mengadakan jualan pra-kempen bermula dari 21 Febuari 2018 dengan tawaran eksklusif bagi jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.

Selama 3 hari kempen ni dijalankan, terdapat lebih 5,000 barang yang ditawarkan dengan harga lebih murah antaranya produk dari kategori Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita & Fesyen Lelaki.


Shopee, Kempen Hari Gaji Shopee, Jualan Murah, Online Shopping Website, Shopee Malaysia, XES, Shoes, kasut lelaki, kasut wanita, harga kasut, kasut murah, design kasut terkini,


Kalau korang tak tau meh sini Qiya nak bagitau... banyak tau jenama yang terkenal turut bekerjasama dengan Shopee ni antaranya L'Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk bagi semua pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia ni dapat berjimat walaupun tengah shopping sakan!  

Pada masa yang sama juga, Shopee akan adakan Jualan Murah Shocking Sale selama 5 hari sepanjang tempoh kempen ni untuk pelbagai barang-barang favourite kita semua pada harga yang sangat-sangat murah bagi sesuatu tempoh sampai habis stok. 

Qiya ulang semula, Jualan Murah Shocking Sale ni ada macam-macam offer sampai Shopee HABIS STOK tau! So, jangan cakap akak tak payung! ehh silap, jangan cakap Qiya tak bagitau! Hehe

Selain itu, sepanjang kempen Hari Gaji Shopee ni dijalankan Shopee akan melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Febuari 2018 pada pukul 2.00 p.m. yang membolehkan peserta bertuah untuk memenangi syiling Shopee dan hadiah utama adalah sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. 

Untuk memeriahkan lagi kempen Hari Gaji Shopee ni kita semua boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak dari aplikasi Shopee sepanjang kempen ni dijalankan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5, dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Menarik tak Kempen Hari Gaji Shopee ni? 

Untuk maklumat lanjut sila layari www.shopee.com.my dan jangan lupa muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Tuesday, 20 February 2018

Menu Diet: Resepi Telur Serunding Tabur (Sprinkle Floss Eggs Recipe)

Hai korang.

Hari ni Qiya nak share beberapa menu dan resepi diet. Menu ni adalah menu Qiya setiap hari. Tapi Qiya tak diet straight tau sebab pening kepala kalau tak makan nasi, mungkin sebab Qiya da tak minum air manis agaknya.

Carbohidrate dari gula memang Qiya cut terus. Lebih seminggu rasanya Qiya tak minum air manis. So, tengahari Qiya makan nasi sikit. Pagi dan malam back to this menu.

Resepi diet Qiya ni memang simple sangat-sangat. Tak sampai 10 minit da siap prepare.


Resepi Diet, Diet seimbang, menu diet, diet atkins, makanan seimbang, telur sumber protien, serunding bilis, makanan untuk kawal berat badan, Resepi, Qiya Saad, Qiya Kitchen,


Resepi 1: Resepi Telur Serunding Tabur (Sprinkle Floss Eggs Recipe)


Bahan-bahan:-
2 biji telur rebus
1 sudu serunding bilis @qiyakitchen
sedikit serbuk lada hitam


Resepi Diet, Diet seimbang, menu diet, diet atkins, makanan seimbang, telur sumber protien, serunding bilis, makanan untuk kawal berat badan, Resepi, Qiya Saad, Qiya Kitchen,


Cara penyediaan:-
1. Hancurkan 1 biji telur rebus dan isikan dalam pinggan. Ratakan sedikit.
2. Potong 1 biji telur rebus dan susun diatas telur yang telah hancur tadi.
3. Taburkan serunding bilis dan serbuk lada hitam diatas telur sebagai perasa dan hiasan.
4. Siap untuk dihidangkan.


Resepi 2: Resepi Telur Serunding Tabur Bersama Sayur (Sprinkle Floss Eggs with Vegetable Recipe)


Bahan-bahan:-
2 biji telur rebus
1 sudu serunding bilis @qiyakitchen
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu mayonis #ladyschoice
1/2 biji lobak merak
sedikit brokoli
1 kuntum baby sawi
1/2 biji tomato


Resepi Diet, Diet seimbang, menu diet, diet atkins, makanan seimbang, telur sumber protien, serunding bilis, makanan untuk kawal berat badan, Resepi, Qiya Saad, Qiya Kitchen,


Cara penyediaan:-
1. Hancurkan 1 biji telur rebus dan isikan dalam pinggan. Ratakan sedikit.
2. Potong 1 biji telur rebus dan susun diatas telur yang telah hancur tadi.
3. Taburkan serunding bilis dan serbuk lada hitam diatas telur sebagai perasa dan hiasan.
4. Celur baby sawi dan brokoli dalam air mendidih.
5. Atur semua sayur dan sapukan mayonis ditepi pinggan.
6. Siap untuk dihidangkan.


Resepi 3: Resepi Telur Serunding Tabur Bersama Sayur (Sprinkle Floss Eggs with Vegetable Recipe)


Bahan-bahan:-
2 biji telur rebus
1 sudu serunding bilis @qiyakitchen
1 sudu serbuk lada hitam
2 helai Yau Mak Tam
1/2 biji tomato
beberapa hiris timun jepun


Resepi Diet, Diet seimbang, menu diet, diet atkins, makanan seimbang, telur sumber protien, serunding bilis, makanan untuk kawal berat badan, Resepi, Qiya Saad, Qiya Kitchen,


Cara penyediaan:-
1. Hancurkan 1 biji telur rebus dan isikan dalam pinggan. Ratakan sedikit.
2. Potong 1 biji telur rebus dan susun diatas telur yang telah hancur tadi.
3. Taburkan serunding bilis dan serbuk lada hitam diatas telur sebagai perasa dan hiasan.
4. Susun semua sayur ditepi pinggan.
5. Siap untuk dihidangkan.

Resepi 4: Resepi Telur Serunding Tabur Bersama Sayur (Sprinkle Floss Eggs with Vegetable Recipe)


Bahan-bahan:-
2 biji telur rebus
1 sudu serunding bilis @qiyakitchen
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu mayonis #ladyschoice
3 helai Yau Mak Tam
1/2 biji tomato
beberapa hiris timun jepun


Resepi Diet, Diet seimbang, menu diet, diet atkins, makanan seimbang, telur sumber protien, serunding bilis, makanan untuk kawal berat badan, Resepi, Qiya Saad, Qiya Kitchen,


Cara penyediaan:-
1. Hancurkan 2 biji telur rebus dan isikan dalam pinggan. Ratakan sedikit.
2. Taburkan serunding bilis dan serbuk lada hitam diatas telur sebagai perasa dan hiasan.
3. Susun semua sayur dan ratakan mayonis ditepi pinggan.
4. Siap untuk dihidangkan.


Resepi Diet, Diet seimbang, menu diet, diet atkins, makanan seimbang, telur sumber protien, serunding bilis, makanan untuk kawal berat badan, Resepi, Qiya Saad, Qiya Kitchen,


Bukan susah sangat pun nak jaga kesihatan kan?

Selamat mencuba korang... Sekali Rasa Payah Nak Berhenti!

Thanks sebab sudi baca blog Qiya ni. Kalau tak keberatan dan kalau korang suka dengan perkongsian dari blog Qiya ni korang boleh share mana-mana entry dan di harap korang sudi LIKE FB Page Qiya Saad Dot Com. Jangan lupa baca juga Resepi Ayam Panggang Black Pepper Bersama Sayur.

Monday, 19 February 2018

RESEPI AYAM PANGGANG BLACK PEPPER BERSAMA SAYUR

Hai korang...

Dinner malam ni Qiya ubah selera dengan Black Pepper Chicken Grill with Vege ataupun dalam Bahasa Melayu adalah Ayam Panggang Lada Hitam. Makan dengan separuh senduk nasi putih.


Menu Diet, Resepi Ayam Grill Black Pepper, Ayam Panggang Lada Hitam, Diet Seimbang, Pemakanan Seimbang, Resepi Kuruskan Badan, Menu untuk turunkan berat badan, Cara untuk turunkan berat badan, sayur-sayuran, fiber, Qiya Saad,

So, hari ni Qiya nak tulis resepi Black Pepper Chicken Grill With Vege, senang nanti bila Qiya nak masak semula boleh refer entry ni je.

RESEPI BLACK PEPPER CHICKEN GRILL WITH VEGE


Menu Diet, Resepi Ayam Grill Black Pepper, Ayam Panggang Lada Hitam, Diet Seimbang, Pemakanan Seimbang, Resepi Kuruskan Badan, Menu untuk turunkan berat badan, Cara untuk turunkan berat badan, sayur-sayuran, fiber, Qiya Saad,

Bahan-bahan (perap):-

Sepotong ayam bahagian dada
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu serbuk lada hitam (black pepper)
2 sudu sos tiram #maggie
1 sudu gula
secubit garam
sedikit minyak masak

Sayur-sayuran:-

sedikit Brokoli
5 tangkai Kacang parang
1 batang lobak merah
1/2 biji lada benggala
1/2 biji tomato
7-8 hiris timun Jepun
2 hiris lemon


Menu Diet, Resepi Ayam Grill Black Pepper, Ayam Panggang Lada Hitam, Diet Seimbang, Pemakanan Seimbang, Resepi Kuruskan Badan, Menu untuk turunkan berat badan, Cara untuk turunkan berat badan, sayur-sayuran, fiber, Qiya Saad,


Cara-cara penyediaan:-

1. Tumbuk bawang dan halia. Lumurkan dekat ayam yang dicucuk dengan garfu (tujuan untuk bagi bahan perap meresap kat dalam isi ayam).
2. Perasakan dengan garam, gula, sos tiram, dan serbuk black pepper. Gaul rata.
3. Letak dalam tray yang sesuai bersama sayur-sayuran yang telah dipotong dan renjis ayam dengan sedikit minyak.
4. Panggang atau grill dalam oven pada suhu 150° - 180° selama 45 minit (Sayur boleh keluarkan dulu selepas 20 minit).
5. Perah lemon atas ayam dan siap untuk dihidangkan bersama nasi putih ataupun boleh makan macam tu je.


Menu Diet, Resepi Ayam Grill Black Pepper, Ayam Panggang Lada Hitam, Diet Seimbang, Pemakanan Seimbang, Resepi Kuruskan Badan, Menu untuk turunkan berat badan, Cara untuk turunkan berat badan, sayur-sayuran, fiber, Qiya Saad,


Senangkan? 

Sambil-sambil tunggu ayam tu masak Qiya sempat buat macam-macam benda tau! 😊

Korang pun boleh cuba resepi ni...


Menu Diet, Resepi Ayam Grill Black Pepper, Ayam Panggang Lada Hitam, Diet Seimbang, Pemakanan Seimbang, Resepi Kuruskan Badan, Menu untuk turunkan berat badan, Cara untuk turunkan berat badan, sayur-sayuran, fiber, Qiya Saad,


Lepas makan dalam 1 jam setengah lebih Qiya exercise Skipping Rope selama 2 minit sebab hari ni langsung tak exercise ataupun buat Yoga sampai rasa bersalah je sebab Qiya kan on diet dan kalau boleh nak konsisten la jaga pemakanan dan juga lakukan senaman yang ringkas setiap hari untuk sentiasa kekal sihat!

Thanks sebab baca blog Qiya ni. Kalau boleh harap-harang korang dapat LIKE page FB QIYA SAAD DOT COM dan jangan lupa baca juga entry Sarapan Pagi Dengan Smoothie Buah-buahan untuk Kempiskan Perut Buncit.

Saturday, 17 February 2018

Sarapan Pagi Dengan Smoothie Buah-buahan Untuk Kempiskan Perut Buncit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang, cuti CNY ni buat apa?

Qiya banyak habiskan masa kat rumah je sebab malas nak keluar sementara belum on duty.

Lepas CNY ni baru nak jenguk-jenguk office, banyak jugak pending works sebelum Qiya start cuti panjang di atas sebab-sebab tertentu hari tu. Ececeh, padahal buat kerja sendiri je pun, cuti pun suka-suka hati je tak ada sapa nak bising.

Tapi nama pun kerja kan, kena la disiplin walaupun tak perlu nak report kat sapa-sapa. Inshaallah kalau tak ada apa-apa problem lepas ni boleh la Qiya fokus kerja Qiya semula. Bila gaji based on sales ni faham-faham jela kan, tak ada sales tak ada la gaji...sobsob...


cara kempiskan perut buncit, cara langsingkan badan, diet seimbang, fiber, petua kurus, petua langsing, Smoothie, Smoothie Buah-buahan, vitamin, Qiya Saad,


Bila da banyak masa kat rumah ni banyak jugak la idea dalam kepala ni. So, most of the time Qiya lepak kat dapur dan asah bakat memasak. Belajar baking cake semula sebab da 7 tahun lebih Qiya tak baking dan buat cookies.

Start sambung degree hari tu da kurang memasak, pastu buat kerja part time kat Jusco plak balik pun da tengah-tengah malam memang dapur pun tak berasap la. Balik rumah sambung buat assignment plak.


cara kempiskan perut buncit, cara langsingkan badan, diet seimbang, fiber, petua kurus, petua langsing, Smoothie, Smoothie Buah-buahan, vitamin, Qiya Saad,


Memang dulu hidup Qiya ni tunggang langgang sangat, keluar subuh balik tengah malam. Tapi tak kaya-kaya jugak! hahaha...

That's why la sekerang ni Qiya buat investment, walaupun baru nak belajar selok-belok pelaburan tapi seronok la sebab dapat peluang uruskan duit ratus-ratus ribu ringgit. Nak harap duit sendiri eermmmmm...

Bak kata orang, berkawan dengan tokey minyak wangi kita pun terpalit bau wangi tu. Kesimpulannya, berkawan dengan orang yang ada ada ni inshaallah kita pun pun akan terasa la lapang dan stabil sikit status kewangan kita nanti.


cara kempiskan perut buncit, cara langsingkan badan, diet seimbang, fiber, petua kurus, petua langsing, Smoothie, Smoothie Buah-buahan, vitamin, Qiya Saad,


Eh, lupa plak tajuk entry hari ni. Jauh sangat menyimpang. Syok plak membebel kat blog ni bila da lama tak update entry. Haha

Hari ni Qiya nak cerita pasal Sarapan Pagi Dengan Smoothie Buah-buahan Untuk Kempiskan Perut Buncit. Smoothie ni biasanya dibuat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Potong dan blend je buah-buah dan sayur-sayur tu. Pastu da boleh makan. Yummy!


cara kempiskan perut buncit, cara langsingkan badan, petua kurus, petua langsing, diet seimbang, vitamin, fiber, Qiya Saad,


Kenapa smoothie buah-buahan dan sayur-sayuran ni dapat kempiskan perut buncit? Secara logiknya buah-buahan yang dah dikisar mempunyai tekstur yang halus dan kaya dengan fiber dan vitamin. Jadi ianya dapat melancarkan penghadaman. Bila sistem penghadaman dah lancar kurang la masalah sembelit. Dalam erti kata yang lain, bila buang air besar tu lawas je. Tak ada la lama sangat nak termenung dalam toilet tu kan...hehehe

Sampai sini je entry Sarapan Pagi Dengan Smoothie Buah-buahan Untuk Kempiskan Perut Buncit ni. Thanks korang sebab sudi baca blog Qiya. Kalau sudi nak minta tolong korang LIKE Page FB Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Senarai Harga Serunding & Popia Mini 2018 by Qiya Kitchen.

Saturday, 10 February 2018

Senarai Harga Serunding & Popia Mini 2018 by Qiya Kitchen

Senarai Harga Serunding & Popia Mini 2018 by Qiya Kitchen


Serunding adalah suatu juadah yang sangat sinonim dengan sambutan hari raya yang mana serunding ini dijadikan sebagai inti kudapan tradisional iaitu popia mini sama ada dalam bentuk simpulan atau gulung dan ianya juga dijadikan sebagai inti kuih karipap mini.


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya, Qiya Kitchen, Qiya Saad,


Selain dijadikan sebagai inti popia mini dan karipap mini serunding juga sesuai dihidang bersama nasi putih dan juga ketupat palas (makanan orang Utara).


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya, Qiya Kitchen, Qiya Saad,


Serunding ini juga sesuai dimakan dengan nasi putih ketika bersahur tambahan pula jika terlewat bangun sahur dan tak sempat untuk menyediakan sebarang lauk.


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya, Qiya Kitchen, Qiya Saad,


Serunding yang dimasak dengan sempurna kebiasaannya tahan lama sehingga 6 bulan. Jadi memang tak ada masalah kalau nak jadikan serunding ini sebagai stok makanan yang wajib ada dalam peti sejuk.

Antara serunding yang terdapat dipasaran adalah serunding ayam, serunding daging, serunding ikan, serunding bilis, serunding bilis halia dan sebagainya.


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya, Qiya Kitchen, Qiya Saad,


Alhamdulillah, hari ni Qiya dapat mengeluarkan senarai penuh harga serunding & popia mini (simpul dan gulung) bagi pihak Qiya Kitchen.

Harga yang dinyatakan di bawah ni berkuatkuasa pada 7hb Febuari 2018 dan sebarang perubahan harga bergantung kepada perubahan harga bahan mentah dari semasa ke semasa.

1. Serunding Ayam

100g = RM10.00
200g = RM18.00
500g = RM40.00
1kg = RM78

2. Serunding Daging

100g = RM10.00
200g = RM18.00
500g = RM40.00
1kg = RM78


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya, Qiya Kitchen, Qiya Saad,


3. Serunding Ikan

100g = RM8.00
200g = RM15.00
500g = RM35.00
1kg = RM60.00


4. Serunding Bilis Halia

100g = RM9.00
200g = RM16.00
500g = RM38.00
1kg = RM68.00


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya Qiya Kitchen, Qiya Saad,



5. Serunding Bilis

100g = RM10.00
200g = RM18.00
500g = RM45.00
1kg = RM80.00

6. Popia Simpul & Gulung

500g = RM25.00
1kg = RM45.00

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
QIYA - 0122668424 (CALL/SMS/WHATSAPP)
Instagram: @qiyakitchen

~ Harga tidak termasuk kos pos
~ Penghantaran boleh diurus ke seluruh Malaysia
~ COD area Klang, Shah Alam, Putrajaya, UiTM Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang.


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya, Qiya Kitchen, Qiya Saad,


CAJ PENGHANTARAN SEMENANJUNG (Sabah & Sarawak)

1 kg : RM10 (Sabah & Sarawak RM15)
2 kg : RM12 (SS RM20)
3 kg : RM15 (SS RM30)
4 kg : RM18 (SS RM40)
5 kg : RM20 (SS RM50)

Kadar caj penghantaran tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Kami menggunakan perkhidmatan kurier Skynet, Pos Laju, Pos Ekspres, Borneo Cargo dan KTMD.


serunding, inti popia mini, inti karipap mini, serunding ikan, serunding bilis, serunding daging, serunding bilis halia, popia frozen, popia sejuk beku, chicken floss, kuih raya, Qiya Kitchen, Qiya Saad,


Jadilah sebahagian daripada pengedar atau wakil penjual Qiya Kitchen untuk mendapat serunding pada Harga Pengedar atau Harga Borong yang lebih murah dan menjimatkan.

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh by Qiya Kitchen

Hari ni Qiya nak tulis pasal resepi je sebab banyak sangat draft blog Qiya yang tertangguh dan most of them adalah RESEPI! 

Jom Qiya share Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh by Qiya Kitchen...


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad


Sambal Hitam Belimbing Buluh ni originalnya daripada Pahang dan walaupun Qiya ni anak kelahiran Pahang tapi mak ayah Qiya bukan orang Pahang. Mak Qiya asal dari negeri Perak, membesar kat Selangor dan ayah plak asal dari negeri Perlis. So lahir la anak Malaysia yang bernama Qiya ni...hehe

Kalau ikut cara tradisi orang Kuala Lipis Pahang memang agak rumit untuk menghasilkan sambal hitam belimbing buluh yang sedap dan tahan lama sehingga lebih daripada 1 tahun. Caranya adalah diorang rebus belimbing buluh dalam tin empat segi atau periuk lama tanpa air selama 7-8 jam menggunakan dapur kayu sehingga warna belimbing buluh bertukar menjadi hitam.

Tapi kalau ikut cara Qiya senang je. Tak payah rebus pun tak apa sebab nanti sambal hitam belimbing buluh ni kita akan keringkan macam Serunding Qiya Kitchen tu jugak. 

Qiya da cuba rebus belimbing buluh tanpa air sampai bertukar warna hitam tapi makin lama belimbing buluh tu makin sikit sebab banyak yang jadi kerak so Qiya pun berhenti sampai belimbing buluh yang Qiya rebus tu jadi macam gambar yang dalam bekas merah tu. Tinggal berapa biji je...sedih...huhu


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh


Bahan-bahan:-


5 genggam buah belimbing buluh
2 genggam ikan bilis dikopek
8 ulas bawang merah
30 tangkai cili padi
garam dan gula secukup rasa
minyak masak


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Cara memasak:-

  1. Rebus belimbing buluh sehingga layu.
  2. Goreng ikan bilis dan kisar bersama cili padi dan belimbing yang telah direbus.
  3. Tumis bawang sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar.
  4. Bila sudah separuh masak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak sehingga betul-betul kering seperti serunding.
  6. Sambal Hitam belimbing buluh sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain.


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Resepi, Masakan tradisional, masakan Melayu, Sambal Hitam, Belimbing buluh, Qiya Saad,


Thanks korang ye sebab sudi baca RESEPI SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH BY QIYA KITCHEN ni. Jangan lupa LIKE FB Page Qiya Saad Dot Com dan baca juga Resepi Peria Goreng Telur ni.

Friday, 9 February 2018

Resepi Peria Goreng Telur

Peria Goreng Telur! Alahai boringnya resepi ni... gambar pun tak menarik! haha... entah gambar bila la ni Qiya pun da lupa, tapi nampak macam asal boleh je kan...hehe


Resepi Peria Goreng Telur, Qiya Saad,


Resepi sayur peria goreng telur ni bukan la satu resepi yang special sangat pun kalau nak dibandingkan dengan resepi lain yang lebih ummpph tu. 

Ni resepi homecook je pun tapi khasiat peria ataupun sayur yang pahit ni dikatakan mampu mencegah penyakit kencing manis, betul ke idok? Nanti ada masa Qiya cuba cari maklumat tentang khasiat sayur peria ni korang ye...

Resepi Sayur Peria Goreng Telur


Bahan-bahan:- 

5 biji peria
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 biji telur
garam secukup rasa
minyak masak

Cara memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
  2. Masukkan peria dan biarkan seketika sehingga agak layu.
  3. Masukkan telur dan kacau apabila sudah separuh masak.
  4. Perasakan dengan sedikit garam dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih dan serunding Qiya Kitchen 😊.

Simple je kan Resepi Peria Goreng Telur ni? Cara memasak yang no. 4 tu serius memang kena cuba tau. hahaha...

Thanks korang sebab sudi baca Resepi Peria Goreng Telur dari blog Qiya Saad ni. Jangan lupa LIKE Page FB Qiya Saad Dot Com dan baca juga entry Konsert XPDC & Cromok Metal Legends Febuari 2018 di Maeps Serdang ni ye.