Followers

Sunday, 21 January 2018

Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang, korang perasan tak tahun 2018 ni sekejap je berganjak? sedar-sedar bulan Januari ni dah masuk minggu ke-4 da pun. Baru je cuti sempena tahun baru, tak lama lagi cuti Chinese New Year (CNY) plak. Cepat kan? Ke Qiya sorang je yang rasa macam ni...hehe

Macam tahun-tahun sebelum ni awal Januari setiap tahun memang Qiya busy sangat-sangat sebab tengah struggle study untuk final examination tapi tahun ni alhamdulillah da free sikit. So, tahun ni memang Qiya banyak planning untuk travel. 

Planning Qiya boleh dikatakan setakat angan-angan kosong jela buat masa ni sebab Qiya belum booking mana-mana hotel atau tempat penginapan. Haha... Tapi kalau ada rezeki Qiya nak pergi bercuti kat Langkawi ataupun Phuket ke...sebab boleh mandi pantai kan...

Mesti ada yang da ambil cuti awal-awal untuk sambung cuti Hari Raya Cina kan...So, korang da ada plan nak pergi travel kat mana-mana ke? 


Traveloka, Contest, CNY, Flight Ticket, Accomodation, online booking flight ticket, peraduan, pakej percutian, Seoul Korea, Phuket Thailand, Langkawi, Malaysia,


Korang mesti pelik kenapa Qiya membebel pasal travel plak sebab Qiya ni kan suka cakap pasal investment. Kalau korang nak tau, Qiya cerita pasal travel ni sebab Qiya nak bagitau korang sekarang ni Traveloka tengah adakan Fly & Win CNY Contest

Hadiah dia kalau bertuah korang dapat pakej percutian ke Korea, Phuket, ataupun Langkawi tau. Best kan? 

Kejap lagi Qiya cerita lebih lanjut berkaitan dengan syarat-syarat, cara untuk join contest ni, dan hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Traveloka. Kalau korang tak join memang rugi sesangat!

Untuk pengetahuan korang, Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018 ni akan berlangsung dari 22 Januari (00:00) sehingga 28 Febuari 2018 (23:59PM). Means baru je start hari ni... So, korang join la cepat-cepat tau, mana tau kot kot rezeki korang menang pakej percutian dari Traveloka ni nanti.

Hadiah-hadiah untuk pemenang-pemenang Traveloka Fly & Win CNY Contest ini adalah seperti berikut:-

HADIAH TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST 2018 


Pemenang Pertama
Pakej Percutian 6H5M ke Seoul
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Kedua
Pakej Percutian 5H4M ke Phuket
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Ketiga
Pakej Percutian 4H3M ke Langkawi
(Tiket Penerbangan & Tempat Penginapan)

Pemenang Saguhati
Baucer Traveloka RM1,000 × (2)


Best tak hadiah contest Traveloka ni? 

Qiya plak yang excited sangat ni sampai terbayang-bayang je pantai-pantai kat Phuket tu...padahal tak pernah sampai Phuket lagi...haha...tapi Qiya rasa Phuket mesti cantik dan best macam kat pantai Hatyai. Pastu makanan kat sana mesti sedap gila. Seafood, tomyam, kerabu...perghhh...terliur la plak...

Syok je Qiya cite pasal hadiah-hadiah untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY ni kan...tapi sapa je yang boleh join peraduan ni? Semua orang ke...

Ok, untuk makluman korang...Contest Traveloka Fly & Win CNY ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penduduk Malaysia yang berumur 18 Tahun dan ke atas (setakat Januari 2018) yang juga menetap di Malaysia sekarang ini tapi tak termasuk individu-individu yang ada kaitan dengan Traveloka Sdn. Bhd. seperti kakitangan, ahli keluarga pekerja, para pemasar affiliate, anak syarikat, pengiklan, PR agensi, pembekal bagi Traveloka dan sebagainya.

Kalau ada yang berumur bawah 18 tahun yang nak join contest Traveloka ni boleh tapi kena pastikan da dapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga korang terlebih dahulu ye. Dan selain itu, korang kena baca dan hadam betul-betul syarat-syarat penyertaan untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY.

Tempoh contest ini berlangsung seperti yang Qiya nyatakan kat atas tadi, iaitu dari 22 Januari sehingga 28 Febuari 2018. Tapi pihak Traveloka berhak meminda tarikh tersebut sama ada diorang nak pendekkan tempoh ataupun nak panjangkan tempoh peraduan ini tanpa sebarang notis. So, kena ALERT la kan...kena rajin tengok-tengok FB page Traveloka.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum korang menyertai Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini. Antaranya adalah:-
  1. Para peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah dan di set kepada public untuk bermain mini game dan menghantar penyertaan tersebut.
  2. Para peserta mestilah seorang follower kepada Facebook Fan Page Traveloka Malaysia.
  3. Para peserta hendaklah bermain mini game Traveloka Fly & Win CNY Challenge di webpage yang disediakan oleh penganjur.
  4. Para peserta perlu mengisi butiran peribadi di halaman pendaftaran yang disediakan oleh penganjur.
  5. Para peserta boleh share penyertaan tersebut maksimum 5 kali sehari.
  6. Para peserta perlu mencapai markah tertinggi; hanya 3 orang pemenang dengan markah tertinggi sahaja akan dipilih sebagai Pemenang utama yang dinyatakan dibawah section 5.2 dalam Traveloka Fly & Win CNY Challenge's Terms and Conditions.
  7. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang dinyatakan di bawah section 5.3 dengan cara berkongsi Traveloka Fly & Win CNY Challenge ini di Facebook masing-masing. Dan para pemenang akan dipilih secara rawak.
  8. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat penyertaan ini akan mengakibatkan penyertaan tersebut dibatalkan dan secara langsung korang tak layak untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.


Traveloka Fly & Win CNY Contest ni senang je. Korang boleh sertai peraduan ni dari Traveloka Fly & Win CNY 2018 Contest dan contest ni adalah sebuah game mini sebenarnya. Korang hanya perlu follow instructions seperti dalam gambar yang Qiya provide kat bawah ni. 


Traveloka, Contest, CNY, Flight Ticket, Accomodation, online booking flight ticket, peraduan, pakej percutian, Seoul Korea, Phuket Thailand, Langkawi, Malaysia,


Bila korang da join Contest Traveloka Fly & Win CNY 2018 ni korang rajin-rajinkanlah diri korang untuk jenguk-jenguk Page FB Rasmi Traveloka sebab semua pemenang akan diumumkan kat page tersebut. Tapi korang jangan risau sebab pihak Traveloka memang akan hubungi  para pemenang melalui email nanti. 

So, korang cuma kena pastikan semua butiran peribadi yang korang isi dalam borang permohonan tu 100% betul untuk mengelak sebarang kesulitan bagi pihak peserta dan juga pihak penganjur. By the way, Qiya ucapkan semoga korang berjaya untuk Contest Traveloka Fly & Win CNY 2018 ini!

6 comments:

  1. singgah ptg isnin
    lunch makan apa td?

    ReplyDelete
  2. wahh! best ni. ciktie nak try juga la

    ReplyDelete
  3. mimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luck ehh collect angpoww

    ReplyDelete