Followers

Sunday, 28 January 2018

Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Da lama Qiya nak update entry tentang Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa ni tapi baru hari ni je Qiya sempat tulis dalam blog. Makin lama Qiya rasa blog Qiya ni da penuh dengan resepi la plak...da jadi macam blog masakan...hehe...

Tapi memang Qiya ni sejenis yang suka memasak cuma kadang tu tak berapa sempat nak masuk dapur...bila ada peluang masuk dapur je macam-macam la Qiya teringin nak masak...that's why la kadang-kadang tu hari-hari entry blog Qiya ni berkaitan dengan resepi je...


Resepi, Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa, Menu masakan, masakan Melayu,


Tu jela hobi simple yang mampu Qiya buat sekarang ni (sebab tu berat badan makin lama makin naik! haha) sambil-sambil pergi servis existing clients unit trust Qiya selain tengah penuhkan CPD (Continuing Professional Development) dan juga Renewal Criteria ataupun lebih kurang macam KPI untuk Qiya renew license FIMM (The Federation of Investment Managers Malaysia) bagi tahun 2018 ni. Nak penuhkan cepat-cepat sebab next following months Qiya nak focus pada roadshow je.

Berbalik pada kisah resepi hari ni iaitu Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa, ianya simple sangat-sangat. Macam masak merah je sebenarnya. Cuma ada additional rasa masam dan manis yang lebih ketara. Kalau korang nak guna ikan lain pun boleh jugak. Kadang-kadang Qiya masak resepi yang sama cuma Qiya ganti dengan ikan lain. Biasanya Qiya akan guna ikan siakap, ikan kerisi, tu jela kot. 

Kalau tukarkan ikan kepada daging ayam pun boleh. Tapi ramai orang kata kalau terlampau banyak makan daging ayam lagi-lagi bahagian dada boleh menyebabkan jerawat yang kronik disebabkan oleh hormon yang disuntik untuk merangsang tumbesaran ayam. Betul ke? 

Tapi memang ada kawan Qiya yang da stop makan ayam daging sebab nak jaga kulit... Ayam daging tau bukan ayam kampung... Ayam kampung tak mendatangkan masalah jerawat tapi nak dapat ayam kampung kat tengah-tengah bandar ni mungkin susah la sikit kan...

Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa 


Bahan-bahan:-
1 ekor ikan cencaru
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
2 batang serai
1 inci halia
1 biji lemon
1 biji tomato
3 sudu sos cili
2 sudu gula
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Minyak masak
100ml air
daun bawang
daun sup

Cara-cara memasak:-

  1. Goreng ikan cencaru.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, dan cili kering yang telah dikisar halus.
  3. Perah jus lemon dan masukkan halia dan serai yang telah dihiris nipis. Kemudian masukkan sos cili dan gula. 
  4. Tambah sedikit air supaya ianya berkuah dan biarkan ia mendidih seketika.
  5. Masukkan ikan cencaru bersama tomato yang dipotong dadu, daun bawang dan daun sup yang telah dihiris.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Terima kasih kerana membaca Resepi Ikan Cencaru Masak Tiga Rasa dari blog Qiya. Mungkin korang berminat juga nak try Resepi Ikan Siakap Steam Cuka ni kan dan jangan lupa baca juga 10 Kebaikan Merendam Kaki dalam Air Panas dan Garam ni, banyak manfaatnya untuk kesihatan!

2 comments:

  1. tengok gambar terus terliur rasa nak buat untuk dinner jap lagi

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa rajin masak.. bila lagi nak masak ? hehe jangan lupa jemput boleh iols hello2 bawa pinggan ngeh3..

    ReplyDelete