Followers

Sunday, 21 January 2018

Bakar Ikan Selar Dalam Oven Elba

Semalam datang plak mood nak kurangkan makanan bergoreng. So, Qiya bakar jela ikan selar dalam oven lama Qiya yang jenama Elba tu. Saja nak try oven ni OK lagi ke tak sebab Qiya memang da lama sangat tak guna oven ni. 


Ikan selar bakar, menu sihat, cara bakar ikan dalam oven, menu diet,


Kira OK la, oven ni Qiya beli masa tahun 2011 kalau tak silap. Means da 7 tahun still functioning lagi cuma timing dia da rosak, tak bergerak... So, kena tunggu sebab api dia tak tutup sendiri. Tapi kan sebenarnya setahun dua je Qiya guna pastu terbiar sebab tuan dia sibuk la sangat kononnya dalam beberapa tahun ni. 


Ikan selar bakar, menu sihat, cara bakar ikan dalam oven, menu diet,


Qiya bakar ikan selar ni guna suhu 250°C dalam masa 20-30 minit. Bubuh garam dengan kunyit je. Da lepas pre-heat oven dalam masa 5 minit Qiya terus letak ikan tray. Then, biarkan je ikan ni masak dan tak payah balik-balik kan sebab nanti kulit dia tertanggal.


Ikan selar bakar, menu sihat, cara bakar ikan dalam oven, menu diet,


Pastu Qiya goreng sayur baby sawi, carrot, kentang, dan akhir sekali Qiya tumbuk sambal belacan. Memang bertambah makan walaupun 2 3 hari ni Qiya tak berapa sihat. 

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog Qiya ni. Jangan lupa baca juga entry Majlis Pelancaran STEA - Be Gorgeous and Healthy Everyday.

No comments:

Post a Comment