Followers

Tuesday, 31 January 2017

Harga Barang Basah Runcit di Sekitar Daerah Klang Feb 2017

Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ni mood memasak aku da sampai so, lepas beli sarapan pagi tadi nasi lemak dan kuih-kuih aku singgah la kat kedai runcit kat sebelah kedai roti canai kat sekitar area dalam Daerah Klang ni.

So, ni harga barang basah yang sempat aku salin...hehe...


Udang sekilo RM37.00
Ikan Kerisi sekilo RM14.00
Ketam sekilo RM28
Sotong sekilo RM29


Harga Barang Basah Runcit Sekitar Daerah Klang Feb 2017, udang


Ikan, udang, sotong, dan ketam semua segar-segar. Tak macam kat pasaraya tu. Tak selera kot nak makan ikan-ikan yang jual kat pasaraya tu. Semua macam da rosak kalau pergi shopping petang-petang. Tapi akak-akak kat area rumah aku cakap kalau pagi ikan-ikan semua ok la boleh tahan. Cuma aku je yang tak sempat nak pergi beli barang basah pagi-pagi.


Harga Barang Basah Runcit Sekitar Daerah Klang Feb 2017, ikan kerisi


Tadi aku update status harga barang basah ni kat facebook ramai yang respond cakap mahal sangat. Aku pun tak tahu mahal ke tak sebenarnya sebab da lama aku tak beli barang dapur. Biasa makan bungkus je sebab aku rasa lagi jimat duit, masa dan tenaga kalau beli makanan yang da siap cuma tang ajinomoto tu yang buat aku fikir kena masak sendiri. Aku anti perisa makanan tambahan AJINOMOTO tu ok. Hahaha

Ni antara harga barang basah ikan, udang, sotong, ketam, da sebagainya kat sekitar kawasan Kuantan Pahang dan Sabah yang sempat netizen kongsikan dengan aku tadi.

Harga sekilo barang basah di Kuantan, Pahang:-


Sotong RM15 dan RM20
Ikan Kerisi RM12
Ketam RM26

Harga sekilo barang basah di Sabah:-


Udang Laut segar RM25
Ikan Kerisi RM8
Ketam Suri RM15
Sotong RM15

Harga barang basah kat area Kuantan dan Sabah jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga barang basah kat area Klang ni. Tapi dari segi kualiti tu tak dapat nak bandingkan la. Ikan Pelaling plak ada yang cakap RM18 cuma tak pasti area mana.

Korang rasa mahal ke murah harga-harga ikan, udang, sotong, dan ketam yang aku share ni? Kalau ada tempat yang jauh lebih murah daripada harga ni boleh share kat komen.

Kadar Baru Minyak Petrol dan Diesel 1 FEB 2017

Trend harga barang-barang keperluan sekarang ni semakin lama semakin naik. Lagi-lagi harga minyak petrol dan diesel. Sejimat mana sekali pun kita bab-bab minyak petrol dan tol memang terpaksa surrender. Pusing ikut mana pun tak akan boleh berjimat punya.

Setiap tahun entah berapa kali harga minyak naik. Lebih dari dua kali aku rasa. Bukan la nak mengharapkan subsidi je kan tapi semua orang terbeban dengan kenaikan harga minyak ni sebab ianya satu keperluan harian. 

Lagipun status miskin bandar yang berpendapatan RM3,000  ke bawah sebulan ni ramai. Memang sangat-sangat terbeban la dengan harga barang mahal nak mampos macam da tak masuk akal ni.

Kadar baru minyak petrol dan diesel 1 FEB 2017


Ron95 RM2.30 seliter 
Ron97 RM2.60 seliter
Diesel  RM2.15 seliter

Berkuatkuasa pada pukul 12 A.M 1 FEB 2017.


Harga minyak petrol dan diesel feb 2017
Info dari mysumber.com


Dari info yang aku baca dari portal mysumber.com harga runcit RON97 ni bergantung kepada harga purata bulanan dunia yang dilaksanakan untuk penetapan harga runcit RON97 ataupun dipanggil apungan terkawal atau terurus.

Ini bermaksud jika harga pasaran minyak mentah meningkat maka harga minyak dunia juga akan meningkat. Harga minyak petrol dan diesel ni juga bergantung kepada nilai matawang RM berbanding USD. Jika nilai matawang RM naik, harga minyak petrol dan diesel akan turun.

Harga purata bulanan pula bermaksud setiap bulan harga minyak petrol dan diesel kemungkinan akan naik atau turun bergantung kepada berapa jumlah harga minyak petrol dan diesel setiap hari yang dibahagikan dengan bilangan hari yang terdapat dalam bulan tersebut. Harga purata minyak petrol dan diesel bulanan semasa akan menentukan berapa kadar baru minyak petrol dan diesel untuk bulan depan.

Nampaknya aku nak kena usha HYDBRID CAR la plak kalau macam ni. Selagi boleh tambah keuntungan selagi tu la ada je jalan diorang ni kan. Walaupun harga minyak petrol dan diesel ni mengikut harga pasaran dunia tapi rakyat tak sepatutnya dibebankan dengan harga pasaran dunia yang tak stabil disebabkan nilai RINGGIT yang tak kukuh. Inilah yang di panggil matlamat tak menghalalkan cara! 

Thursday, 26 January 2017

Belajar Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda seorang usahawan, Blog adalah satu medium yang wajib anda miliki untuk memudahkan para prospek atau pelanggan berurusan dengan anda sama ada untuk membuat pembelian produk, mendapatkan perkhidmatan yang anda sediakan secara online, mencari maklumat tentang produk tersebut melalui perkongsian daripada testimoni, membuat perbandingan harga, memastikan anda adalah seorang peniaga yang benar-benar wujud, dan sebagainya.

Memiliki sebuah Blog bukan la satu perkara yang susah sangat sebenarnya. Tak perlu keluar duit pun kalau guna platform Blogger macam blog saya ni. Cuma kena sanggup buat satu Pelaburan iaitu pelaburan ilmu melalui pengetahuan yang boleh diperolehi dari E-Book Belajar Buat Blog ni.



advertorial, blogging tutorial, Event, launching event, Nuffnang, Part Time Job, Pendapatan sampingan, Review, Search Engine Optimization, SEO, SEO teknik, Tips Blogging, tips blogging untuk newbie, Ebook Belajar Buat Blog,



E-Book Belajar Buat Blog ini mempunyai 119 muka surat dan dibahagikan kepada 7 bab kesemuanya iaitu:

Bab 1: Nak buat blog tentang apa?
Bab 2: Langkah-labgkah buat blog dengan blogspot.
Bab 3: SEO Nadi Kekuatan Blog
Bab 4: Buat duit dengan blog
Bab 5: Rahsia Buat Duit dengan Affiliate
Bab 6: Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
Bab 7: Rumusan dan Penutup


Selain usahawan siapa lagi yang perlu memiliki blog? 


Semua orang yang ingin menjana pendapatan tambahan secara online atau secara digital wajib ada sebuah blog. Betul ke dari blog boleh dapat duit? Tu soalan pertama yang bermain difikiran anda kan? 

Betul, dari blog anda boleh dapatkan income seperti apa yang saya da capai sekarang ni iaitu setiap bulan saya ada income dari blog. Sikit ke banyak tu belakang kira. Yang penting saya boleh sambil-sambil online dan tulis blog secara santai, baring-baring, goyang goyang kaki, dan bila da siap tulis blog tu yang saya tau duit akan masuk ke dalam akaun bank saya tak lama lagi. 

Senang kan kerja sebagai seorang Blogger ni? Satu fakta yang anda perlu tau tentang Blogger Malaysia ni adalah kebanyakan blogger Malaysia ni cuma bekerja secara sambilan/part time 100% dari rumah je. Sambil-sambil jaga anak sambil-sambil Belajar Buat Blog.

Ada antara blogger yang berjaya menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan sama ada dalam bentuk RM ataupun USD hanya dari blog je. Saya kenal dan pernah jumpa mereka ni secara berdepan di sebuah event tahunan bukan saja untuk blogger Semenanjung Malaysia malah blogger dari Sabah, Sarawak, dan Indonesia juga hadir di event tersebut. 

Satu je persamaan antara semua blogger ni tak kira la blogger Malaysia atau blogger luar negara, pakar dalam teknik SEO atau pakar dalam teknik mengedit blog,  iaitu mereka ni tak pernah berhenti Belajar Buat Blog, belajar dan terus belajar semua teknik-teknik untuk menjana pendapatan yang lumayan dari blog.

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya dari mana duit tu datang kalau anda hanya tulis blog je kan? Pendapatan dari blog ni luas sebenarnya dan ada pakar-pakar blog yang menggelarkan blog ni adalah sebuah pelaburan yang bila mana cukup tempoh matang nanti ianya akan memberikan pulangan seperti dividen yang anda dapat dari pelaburan ASB tu. Ada juga pakar blog yang menggelarkan blog adalah lubuk duit

Tapi persoalannya macam mana nak jana income dari blog?


Ada banyak cara untuk menghasilkan pendapatan dari blog antaranya:

1. Menulis review atau advertorial untuk pelbagai produk contohnya produk kecantikan, produk digital, produk kesihatan, dan sebagainya. 

2. Dari platform pengiklanan seperti Nuffnang dan Innity.

3. Google Adsense yang terbukti memberi pulangan dalam nilai ribu-ribu USD.

4. Perkhidmatan link shortener untuk memendekkan link url sesebuah blog, dan sebagainya. 

Semua yang saya sebutkan diatas mungkin istilah yang terlalu baru untuk anda fahami jika anda tidak memiliki blog atau baru berjinak-jinak untuk menulis blog tapi jangan risau sebab semuanya yang berkaitan dengan blog ini anda boleh pelajari asas-asasnya dari E-Book Belajar Buat Blog ni. 

Tuesday, 24 January 2017

Cabaran dan Peluang Bisnes Online Simkad Tone Excel

Kalau sapa-sapa ada bisnes online mesti kena chat tengah-tengah malam dgn prospek ataupun client kan. 

Tapi kalau kena prospek lelaki yg banyak cekadak contohnya nak video call kat wechat la kononnya penerangan lebih jelas sorry la nak layan. 

Bisnes simkad tone excel ni simple je adik-adik, kakak-kakak, dan abam-abam oi. Bisnes untung sekupang dua kupang je. Kena target prospek yg betul-betul berminat nak jadikan bisnes simkad tone excel ni sebagai sumber pendapatan je.

Caranya senang sangat...beli simkad tone excel, kekalkan nombor lama pun boleh, pakai handphone macam biasa, dan sambil-sambil tu boleh buat bisnes dan kalau rajin boleh dapat pendapatan sampingan 4 - 5 angka setiap bulan. 


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk,
Sumber gambar dari Google


Tapi marketing plan macam mana? Marketing plannya adalah duplikasi downline 5 orang, 10 orang, 15 orang, 20 orang, dan suka hati nak sponsor berapa ramai downline pun bergantung pada income yg kita nak capai dalam tempoh-tempoh tertentu. 

Bila da daftar sebagai pengguna simkad Tone Excel secara automatik akan jadi pengedar simkad Tone Excel. Memang kena promote dan kena jual simkad Tone Excel baru dapat income.

Kalau tak nak cari downline pun boleh tapi setiap kali topup cuma dapat rebat 3% topup manual atau 7% auto reload. Nak income lebih kena rajin buat kerja la kan...

Dan antara kelebihan simkad Tone Excel ni adalah bila da berdaftar sebagai pengguna, syarikat Tone Excel Sdn Bhd memang da sediakan satu platform atau peluang untuk pengguna tambah pendapatan melalui perniagaan simkad Tone Excel. 

Sapa nak dapat duit lebih boleh buat bisnes simkad tone excel ni dan sapa yg tak nak buat bisnes ni sila duduk diam-diam jangan sibuk kacau orang nak buat kerja. Jangan nak ambil kesempatan kat peniaga perempuan!

Ni sebenarnya status aku kat facebook tadi. Alang-alang da panjang lebih baik aku jadikan entry blog je kan. Hehehe. Anyway thanks kepada pembaca yang sudi membaca blog aku ni. 

Aku tengah fikir nak buat giveaway simkad Tone Excel. Hadiahnya adalah simkad Tone Excel dan peluang untuk jana pendapatan secara sambilan. Ada ke yang nak join? 

Koleksi Ayat Pick-Up Line Ala-ala Sepahtu

Sapa yg belum tidur tu meh aku belanja pickup line untuk eratkan hubungan suami isteri. 

Sekarang ni macam da jadi trend kan orang suka buat ayat pick-up line macam Sepahtu yang ada perkataan Cia Cia Cia Cia tu. Tak kira la budak-budak baru nak up atau pun orang dewasa mesti pandai bergurau atau update status ayat pick-up line ni termasuk la aku. Hahaha...


Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google


Ayat pick-up line macam yang selalu artis-artis atau pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega guna tu sweet sebenarnya lagi-lagi budak-budak Sepahtu si Jep, Shuib, dan si Rahim tu. Ada je idea diorang ni nak buat lawak. 

Lagi-lagi si Jep tu memang panjang akal dan cepat je tangkap keadaan sekeliling dia. Kadang-kadang apa yang si Jep tu cakap kita tak pernah terfikir pun. Spontan plak tu.

Meh try ayat pick-up line ni kat pasangan korang atau korang ubah la sikit. Mesti best nanti. Tak ada la bosan sangat rumahtangga korang tu atau pun kalau yang da bertunang tu boleh je gunakan ayat pick-up line yang ke dua tu untuk bergurau.

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 1


Suami: Sayang, kipas ni nombor berapa ye?
Isteri: Kenapa, sejuk sangat ke?
Suami: Aah.
Isteri: Entah la abg, tak tau la kipas ni nombor berapa, yg sayang tau abang nombor satu dihati sayang. Hahahahaha...
Suami: Cia cia cia cia (sambil tergelak)

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 2


Isteri: Abang, abang ni memang seorang pemandu yg berjaya ke?
Suami: Ha? (Blur sekejap)
Isteri: Sebab abang da berjaya membawa cinta sayang kat dalam hati abang.

Hahaha...


Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google




Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 3


Suami: Hujan ke?
Isteri: Aah la hujan. Sejuk kan abang kalau hujan?
Suami: Aah (senyum). Kenapa?
Isteri: Sejuk je hati ni rasa macam sejuk bila tengok muka abang (senyum).
Suami: (ketawa)

Ingat sejuk-sejuk nak buat apa?

Hahaha...

Kuning sangat otak...


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 4


Isteri: Nah selimut.
Suami: Panas la... Panas sebab terkena panahan cinta awak...
Isteri: Hahahaha...owh da pandai ye sekarang guna ayat pick-up line.
Suami: Ingat sayang sorang je ke ada ayat pick-up line.

Kalau korang ada banyak ayat pick-up line yang best share la kat komen kat bawah ni tau. Terima kasih sebab sudi baca blog aku ni.

Monday, 23 January 2017

Kerja Sambilan Sebagai Agent Simkad Tone Excel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak pakai Simkad Tone Excel?

Kalau pakai Simkad Tone Excel kita boleh dapat tambah pendapatan. Caranya senang je tukar simkad yang anda guna sekarang ke Simkad Tone Excel, kekalkan nombor lama dan pakai handphone macam biasa. 

Setiap kali topup kita akan dapat rebat sebanyak 3% kalau topup secara manual atau 7% kalau guna auto reload. Dan setiap kali topup juga dapat point dan point tu boleh tebus tiket kapal terbang Air Asia untuk penerbangan dalam dan luar negara.


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk


Sebagai pengguna Simkad Tone Excel kita juga dilindungi PA insurans sebanyak RM50,000 oleh Etiqa pada hari ke-61 bergelar pengguna simkad Tone Excel dan syaratnya cuma perlu topup setiap bulan RM50 dan keatas.

Dan bila da guna Simkad Tone Excel ni secara automatik kita bergelar sebagai pengedar Simkad Tone Excel dan berpeluang menjana pendapatan sehingga 3 level. Level 1-10%, level 2-3%, dan level 3-13%.


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk


Cara kira pendapatan sampingan Simkad Tone Excel


1) Cash back setiap kali topup 3%.


Contoh topup RM50 
= RM50 × 3%
= RM1.50

2) Fast track bonus


Register 1 downline
= RM20

Contoh 10 orang downline
= RM20 × 10
= RM200


3(i) Komisyen (topup RM30)


Level 1 - 6% 
= RM30 × 10 orang × 10%
= RM18

Level 2 - 3%
= RM30 × 100 orang × 3%
= RM90

Level 3 - 11%
= RM30 × 1000 orang × 11%
= RM3,300

Total komisyen 
= RM18 + RM90 + RM3,300
= RM3,408


3(ii) Komisyen (topup RM50)


Level 1 - 6% 
= RM50 × 10 orang × 6%
= RM30

Level 2 - 3%
= RM50 × 100 orang × 3%
= RM150

Level 3 - 11%
= RM50 × 1000 orang × 11%
= RM5,500

Total komisyen
= RM30 + RM150 + RM5,500
= RM5,680

3(iii) Komisyen (topup RM60)


Level 1 - 10% 
= RM60 × 10 orang × 10%
= RM60

Level 2 - 3%
= RM60 × 100 orang × 3%
= RM180

Level 3 - 13%
= RM60 × 1000 orang × 13%
= RM7,800

Total komisyen 
= RM60 + RM180 + RM7,800
= RM8,040

3(iv) Komisyen (topup RM100)


Level 1 - 10% 
= RM100 × 10 orang × 10%
= RM100

Level 2 - 3%
= RM100 × 100 orang × 3%
= RM300

Level 3 - 13%
= RM100 × 1000 orang × 13%
= RM13,000

Total komisyen 
= RM100 + RM300 + RM13,000
= RM13,400


bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, jutawan simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Job, Part Time Promoter, Pendapatan sampingan, side income, simkad Tone Excel, Tone Excel, Tune Talk


7 FAKTA MENGENAI HANDPHONE ANDA.


1. Bil handphone anda setiap bulan melebihi RM30.

2. Sebagai pelanggan tetap anda TIDAK diberi apa-apa ganjaran contohnya tiket kapal terbang PERCUMA.

3. Anda tidak diberi ganjaran setiap kali suami, isteri, anak, kakak, abang, adik, kawan atau sesiapa sahaja topup handphone mereka.

4. Syarikat telekomunikasi anda sekarang TIDAK memberi perlindungan insurans kemalangan PERCUMA.

5. Anda bersetuju bahawa anda akan menggunakan handphone seumur hidup anda.

6. Anda bersetuju bahawa majoriti rakyat Malaysia berumur 12 tahun ke atas memiliki handphone.

7. Handphone yang anda gunakan sekarang adalah LIABILITI kepada anda.

Nak tak kalau saya ajar macam mana cara untuk menjana pendapatan sampingan sehingga RM8,000 sebulan dengan hanya menggunakan Handphone?

Jika anda ingin mendapat satu pendapatan tetap setiap bulan, hanya dengan luangkan masa satu jam setiap hari membuat promosi di facebook, modal yang amat kecil, sila hubungi saya atau boleh datang berjumpa saya di Shah Alam dan Klang, Selangor.

Siti Rokiyah Saad
0122668424 (call/whatsapp/wechat/sms)
www.toneexcel.biz/871766

Saturday, 21 January 2017

Tips Blogging untuk Newbie

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memandangkan blog aku yang diberi nama Qiya Saad Dot Com ni da berusia 4 tahun dan berjaya menjana pendapatan sampingan dari hasil menulis blog lebih kurang 6 bulan bermula bulan Julai 2016 tahun lepas aku kira layak jugak la kot kalau Blogger biasa-biasa macam aku ni nak share Tips Blogging untuk Newbie yang baru berjinak-jinak menulis blog.


Tips Blogging, blogging tutorial, SEO teknik, SEO, Search Engine Optimization, Nuffnang, event, launching event, advertorial, review, pendapatan sampingan, part time job, tips blogging untuk newbie,


Masa mula-mula aku berkecimpung dalam dunia penulisan blog ni tahun 2013 dulu sambil-sambil cari tips dan tutorial untuk blogger kat Google banyak info bermanfaat yang aku tak sengaja baca sebenarnya terutamanya cara-cara jana income atau pendapatan sampingan melalui blog. 

Waktu tu aku cuma tahu satu platform pengiklanan je yang mana ramai blogger-blogger berjaya jana pendapatan dari situ iaitu Nuffnang. Waktu tu aku rajin buka website Nuffnang sebab nak cek income dan traffic. Dan dalam masa yang sama tu aku selalu tengok sapa Feature Blogger of the Month. 

Kalau tak silap salah sorang Blogger yang dipilih oleh Nuffnang sebagai Feature Blogger of the Month adalah Suraya Sulatin. Start daripada ni la aku selalu cari info tentang Nuffnang dan rajin buka blog Suraya Sulatin tu. Kirannya aku ni silent reader dia la time tu. Hehehe

Memang banyak usaha aku untuk pancing syarikat pengiklanan dari Nuffnang ni tapi malangnya tak berjaya dapat sebarang tawaran advertorial berbayar sebab ilmu blogging aku masih cetek dan zero knowledge tentang teknik SEO semua ni. Tapi status dalam Nuffnang aku still Glitterrati tau.

Sebenarnya Nuffnang baru perasan aku je sebab tahun lepas banyak jugak aku dapat invitation untuk event dari Nuffnang tapi time tu aku da merajuk dengan Nuffnang ni. 

Aku ignore je semua invitation dari Nuffnang. Hahahaha...belagak gila aku ni kan...

Tak la sebenarnya waktu tu aku baru aktif pergi event semua tu so memang tak terkejar. Lagipun aku kena keep priority first, yang mana event berbayar aku pergi la. 

Poyo je kan...demand konon...nak jadi diva la tu...hahaha...tak...aku bukannya nak jadi blogger diva atau cik kiah propa...hahaha...tapi aku kan sibuk dengan macam-macam hal...study, bisnes dan road show pelaburan unit trust, dan kerja freelancer lagi mana la sempat nak focus event banyak-banyak kan...

Ok ok ok...kita cerita pasal tips blogging untuk newbie plak ye...banyak da aku membebel ni...intro pasal tips blogging untuk newbie pun tak masuk lagi kan...

Aku cerita secara ringkas je ye tentang tips blogging untuk newbie ni.

Tips Blogging untuk Newbie


1. Walaupun content blog tak panjang berjela tapi keyword kena cun dan mesti apply kan teknik SEO tu baru la entry tu sentiasa ada orang baca.

Keyword cun tu macam mana? 

Keyword cun tu adalah keyword-keyword yang viral ataupun keyword yang orang sentiasa cari. Keyword yang evergreen gitu. Antara keyword yang senang nak di SEO kan adalah resepi, lirik lagu Awak Sangat Nakal - Ayda Jebat, dan drama-drama Melayu contohnya Drama Awak Sangat Nakal ni. Selebihnya korang fikir la sendiri ye...hehe...

2. Cek keyword apa yg orang selalu cari kat statistik blogger dashboard dan kalau boleh tulis lagi entry yg berkaitan dgn keyword tu.

Contoh entry yg sentiasa ada view dari blog aku adalah Evgenis Injection Vitamin C atau Supplement. Mana satu jadi pilihan? Dan keywordnya plak adalah Eina Azman, Vitamin C, Injection untuk kulit putih, Evgenis, dan...tu je kot...hehe

Ok la, cukup la rasanya tips blogging untuk Newbie ni. Nanti tulis banyak-banyak korang tak boleh nak hadam plak kan...

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog aku ni dan aku harap artikel Tips Blogging untuk Newbie ni sedikit sebanyak boleh jadikan blogger-blogger seluruh Malaysia mampu jana pendapatan sampingan lebih dari 4 atau 5 angka sebulan termasuk la blog aku ni.

~ Blogger NEWBIE berkongsi tips Blogging ~

Saturday, 14 January 2017

Perkongsian Kejayaan Sifu Mazelan Abas Simkad Tone Excel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak share berkenaan dengan bisnes jual simkad Tone Excel. Selama ni aku hanya share pengalaman aku sebagai seorang pengguna simkad Tone Excel je tapi sejak aku mengikuti perkembangan dan kejayaan agent-agent simkad Tone Excel aku yakin bisnes simkad Tone Excel ni adalah sebuah perniagaan yang berpotensi tinggi disebabkan beberapa faktor seperti:-

1. Modal perniagaan simkad Tone Excel yang sangat rendah, cuma RM100 sahaja.

2. Topup atau prepaid adalah barang keutamaan dan keperluan harian sebagai medium komunikasi.

3. Ananda Krishnan, seorang usahawan telekomunikasi Maxis Communications Berhad yang tersenarai dalam website Forbes adalah individu ke-158 terkaya didunia dan memiliki aset berjumlah $7.4Billion.

4. Topup atau prepaid ini sangat-sangat diperlukan oleh semua orang termasuk la budak sekolah rendah. Jadi pasarannya teramat luas.


Tone Excel, simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Promoter, part time job,Tone Excel, simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Promoter, part time job, bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, side income, pendapatan sampingan, jutawan simkad Tone Excel, Tune Talk, Air Asia, Ananda Krisnan, Forbes


Selain itu, banyak lagi faktor-faktor utama kenapa aku setia dengan simkad Tone Excel selama hampir 2 tahun ni. Antaranya adalah kerana setiap kali topup duit aku akan dipulangkan sebanyak 3% oleh Tone Excel, aku dilindungi oleh insurans kemalangan yang berjumlah RM100,000 tanpa perlu komitmen bulanan selain topup RM50 dan keatas.

Dan setiap kali aku jual simkad Tone Excel yang berharga RM100 ni aku akan di beri komisyen sebanyak RM20, dan komisyen topup dari pengguna simkad Tone Excel yang berdaftar dibawah rangkaian aku aku akan dibayar 10%, 3%, dan 13% komisyen topup dari mereka sehingga di level 3 dan banyak lagi faktor lain termasuk la aku bakal menebus 4,000 Big Point aku dengan 1 tiket kapal terbang Air Asia dari Kuala Lumpur ke Langkawi secara PERCUMA.


Tone Excel, simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Promoter, part time job, bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, side income, pendapatan sampingan, jutawan simkad Tone Excel, Tune Talk, Air Asia, Ananda Krisnan, Forbes


Semua yang aku ceritakan tadi tu cuma cerita yang biasa-biasa je. Kalau nak tahu kenapa aku melibatkan diri dalam perniagaan simkad Tone Excel ni korang boleh baca tentang Perkongsian Kejayaan Sifu Mazelan Abas dalam bisnes Simkad Tone Excel ni.

Perkongsian Kejayaan Sifu Mazelan Abas dalam Perniagaan Simkad Tone Excel


Dalam email yang lalu saya menyarankan supaya anda cuba babitkan diri didalam bisnes telekomunikasi. Seperti apa yang saya buat sekarang ini, saya mendekati bisnes telekomunikasi TuneTalk di Malaysia ini. Ini merupakan bisnes yang untungnya hanya sedikit, saya sering katakan, bisnes untung sepuluh sen dua puluh sen. Tak banyak. Ada juga rakan-rakan yang saya ajak menyertai perniagaan ini, mereka kata tak mau la En. Mazelan, modalnya kecil, untung pun sikit sangat. Saya dah biasa dengan bisnes modal besar, untung pun besar.

Bagi saya, lebih baik bisnes yang modalnya kecil, resikonya pun kecil, kalau kena gayanya, untungnya besar juga.
Cuba lihat berapakah komisyen yang saya perolehi setiap 21hb bulan dan dimasukkan terus kedalam akaun Maybank saya dari Tone Excel ini dengan modal permulaan sebanyak RM100 sahaja. Bermula dari July 2010.

Month    RM
Jul-10    RM 59.30
Aug-10    RM 532.06
Sep-10    RM 1,293.03
Oct-10    RM 1,823.65
Nov-10    RM 2,675.12
Dec-10    RM 3,415.11
Jan-11    RM 3,716.73
Feb-11    RM 3,769.37
Mar-11    RM 3,971.57
Apr-11    RM 3,705.24
May-11    RM 4,127.73
Jun-11    RM 3,613.97
Jul-11    RM 3,912.87
Aug-11    RM 3,957.29
Sep-11    RM 3,825.21
Oct-11    RM 4,102.54
Nov-11    RM 4,334.57
Dec-11    RM 4,542.38
Jan-12    RM 5,237.25
Feb-12    RM 5,435.57
Mar-12    RM 6,486.23
Apr-12    RM 6,842.02
May-12    RM 9,657.42
Jun-12    RM 11,741.73
Jul-12    RM 13,384.83

Saya menaja orang lain secara aktif dan bersungguh sungguh sehingga July 2012, kerana bulan itulah genap 2 tahun saya mempromosikan Toneexcel ini. Selepas itu, saya duduk  je, sebab saya rasa dah cukuplah duduk rumah, rehat-rehat dapat lebih RM10,000 tiap-tiap bulan, boleh pergi memancing selalu. Tetapi, apa yang saya teka sangat jauh tersasar, cuba anda lihat komisyen yang saya perolehi selepas dari tarikh tersebut...ia semakin berkembang.

Aug-12    RM 14,625.60
Sep-12    RM 15,190.66
Oct-12    RM 16,707.48
Nov-12    RM 17,324.56
Dec-12    RM 18,784.73
Jan-13    RM 20,573.28
Feb-13    RM 21,852.49
Mar-13    RM 24,895.34
Apr-13    RM 33,201.43
May-13    RM 32,864.92

Komisyen pertama lebih kurang RM60, selepas itu dia ada naik dan ada turun, tetapi arah tuju komisyen tetap kearah menaik. Komisyen ini tetap akan saya perolehi kerana setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan, orang sentiasa topup handphone mereka. Rakan-rakan boleh lihat disini, setiap hari berapa ramai orang menyertai perniagaan ini, saya ulang setiap hari network tersebut akan membesar:

Tetapi jangan lupa di Malaysia ini sahaja, seorang peniaga mula membuat perniagaan telekomunikasi, untung sepuluh sen dua puloh sen sahaja, mampu mengaut keuntungan berbillion ringgit melalui kompany bernama Maxis Communications Berhad. Orang itu adalah Tatparanandam Ananda Krishnan. Orang kedua terkaya di Asia Tenggara di belakang Robert Kuok dan yang ke 82 terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan bernilai US$11.7 billion. Sumber dari Forbes.

Salah seorang orang terkaya di Thailand, mengendalikan perniagaan telekomunikasi, Advanced Info Service PCL dan ketika ini memiliki 31 juta pengguna AIS. Orang tersebut adalah Thaksin Shinawatra, bekas perdana menteri Thailand.

Cuba anda lihat website ini
http://www.forbes.com/billionaires/list/
Cuba anda lihat siapakan orang nombor satu atau nombor dua terkaya didunia, nama dia Carlos Slim Helu. Kadang-kadang kalah Bill Gate, Ortega dan Warrant bufett. Apakah perniagaan Carlos Slim Helu, telekomunikasi dengan nama América Móvil. Bisnes untung sepuluh sen dua puloh sen sahaja.

Jika anda ada masa, juga cari di internet nama-nama billionair dalam bisnes telekomunikasi, Mike Adenuga, Suni Mittal, Vladimir Yevtushenkov, Denis O'Brien, Najib Mikati, Taha Mikati, Naquib Sawiris, Richard Li, Craig McCaw, Murat Vargi, Mehmet Emin Karamehmet, Gleb Fetisov, Jan Kulczyk, Kenny Troutt dan ramai lagi.

Sebab itu saya sangat menggalakkan anda untuk membabitkan diri didalam bisnes telekumunikasi ini, dan saya amat yakin, dalam masa 2 tahun lagi, ToneExcel akan menghasilkan beberapa orang jutawan di Malaysia ini yang mempunyai pendapatan ratusan ribu ringgit setiap bulan, dan tidak mustahil, pendapatan mencecah jutaan ringgit setiap bulan.

Soalannya, siapakah dia, mungkin anda dan mungkin juga saya.


Tone Excel, simkad Tone Excel, kerja Sambilan, Part Time Promoter, part time job, bisnes simkad, bisnes telekomunikasi, side income, pendapatan sampingan, jutawan simkad Tone Excel, Tune Talk, Air Asia, Ananda Krisnan, Forbes


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Simkad Tone Excel sila hubungi saya Siti Rokiyah Saad, Agent Simkad Tone Excel di talian 0122668424 ataupun sila ke web replika Tone Excel ni.

Senarai URL 84 Ahli Best Blogger Network (BBN) 2017 Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hampir setahun da aku join komuniti Best Blogger Network (BBN) Malaysia ni. Tapi sampai sekarang ni pun aku masih belum kenal semua ahli-ahli BBN lagi dan hanya sempat singgah berblogwalking kat blog-blog yang agak popular je.

Antara blog-blog yang popular pada pemerhatian aku adalah blog sifu Hasrul Hassan, Maha Mahu, Lekat Lekit, Projek Travel, Fadzi Razak, dan beberapa blog yang tersenarai dalam list url ahli BBN 2017 yang kat bawah ni.



Senarai URL 84 Ahli Best Blogger Network (BBN) 2017 Malaysia


Senarai URL 84 Ahli Best Blogger Network (BBN) 2017 Malaysia


1. sensasi2020.com
2. yeopmaz.com
3. http://www.nikkhazami.com
4. www.mahamahu.com
5. www.namiacinta.com
6. iryantyahamad.blogspot.com
7. www.ummiseri.com
8. mrhanafi.com
9. www.heroborneo.com
10. syireenamerlim.blogspot.com

11. http://calrasepatrick.blogspot.com
12. http://lekatlekitgurl.blogspot.com
13. www.iuzira.com
14. aimiemokhtars.blogspot.com
15. http://1direktori.blogspot.com
16. hajarshikin.com
17. kisahsigadisleo.blogspot.com
18. http://www.adarain.com
19. http://hannahvitashoppe.blogspot.com
20. www.aienhermionie.com

21. http://topseofriendly.blogspot.com
22. http://najihah90.blogspot.com
23. http://nurulaziyana.blogspot.com
24. www.fatinbella.com
25. www.expandroiders.com
26. www.coretanhatiibu.com
27. http://www.bloggerlelaki.com
28. www.mawardiyunus.com
29. www.projektravel.com
30. alongxp.com

31. cheqeem.com
32. duniazumal.blogspot.com
33. cahayadiana.com
34. vemmaladyboss.com
35. www.dinsteady.com
36. www.jiesusanos.com
37. amanisafiyyah.blogspot.my
38. www.mommavogue.com
39. www.fadzirazak.com
40. wanitagaramdangula.blogspot.my

41. www.hasrulhassan.com
42. www.vitamincerdik.com
43. rujukanblogger.blogspot.my
44. akuoka.com
45. www.akudantranformers.com
46. www.azeniahmad.com
47. ajax85.blogspot.com
48. www.cahayadee.com
49. http://saniyunus.com
50. http://whitebarley.blogspot.my

51. http://sayanakcerita.blogspot.my
52. http://rahsiasen.blogspot.my
53. http://www.dianarashid.com
54. http://adzril.com
55. http://syireenamelim.blogspot.com
56. http://aunidenovella.blogspot.com
57. http://makinviral.com
58. http://zakwanzain.com
59. http://tintedkaca9.blogspot.com
60: http://rahsiakucingcomel.com

61. http://mamaalya.com
62. http://expandroiders.com
63. http://zakwanzain.com
64. http://cheqeem.com
65. http://nurulaziyana.blogspot.com
66. http://ctnurazwan.com
67. www.afzalsukasuki.com
68. http://misztrex.blogspot.my
69. http://coretananuar.com
70. http://novaleeza.blogspot.my

71. www.ummizarra.com
72. www.shamieraosment.com
73. www.neezalife.com
74. www.olaoli.com
75. www.seocarabaik.com
76. Kanvasdakwat.blogspot.my
77. beritakerjaya.com
78. www.bubblynotes.com
79. Www.kitepunye.com
80. www.mieranadhirah.com

81. livelifelah.com
82. www.sayabukancikgu.com
83. www.zakersonpace.com
84. www.qiyasaad.com

Da ada list ni boleh la kenal-kenal antara satu sama lain nanti. Maklum la sekarang ni makin ramai Blogger baru yang mewarnai dunia dan industri blogger tanah air ni. Memang tak sempat nak singgah banyak-banyak blog dalam masa yang singkat.

So, lepas ni sila-sila la berblog walking ke 84 blog-blog yang semakin mencipta nama ni. Mana tau tuah diorang ni merecik sikit kat korang ke ye tak...hehe...

Friday, 13 January 2017

Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada yang tengah plan nak tukar kereta baru tak? Biasanya kalau nak beli kereta mesti kena pergi banyak showroom untuk discuss dengan dealer kereta dulu kan?

Tapi sekarang ni dengan ada nya Tookar iaitu sebuah platform membeli dan menukar kenderaan pertama secara online di Asia korang tak perlu bersusah payah lagi.


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Cuma beli kereta secara online di laman web Tookar di www.tookar.my serta nyatakan kod promo sempena sambutan Tahun Baru Cina ini iaitu SL1E8PC (sah sehingga pertengahan Febuari 2017) dan korang akan dapat angpau yang berjumlah sebanyak RM1000.

Lepas da order kereta di laman web Tookar ni korang hanya perlu tunggu car authorised dealer call untuk sign vehicle sales order (VSO) dan dokumen yang berkenaan dengan proses pembelian kereta.


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Macam mana proses jual beli kereta secara online di Tookar ni berlangsung? 


Proses membeli kereta di Tookar diantara pembeli, penjual, dan dealer tersangatlah mudah. Pembeli hanya perlu melakukan beberapa steps mudah seperti pergi ke showroom kereta seperti biasa dan buat test drive.

Kemudian, log in ke website Tookar dan pilih je kereta yang korang plan nak beli dan order beserta dengan duit booking dan kod promo kat atas tadi. Tunggu dealear call dalam masa 4 hari bekerja untuk jumpa dan sign VSO.


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Bila semua dokumen lengkap, permohonan untuk pinjaman bank akan dilakukan oleh dealer yang berdaftar dengan Tookar dan bila da lulus kereta yang korang order akan dihantar terus ke rumah korang.

Semua spesifikasi kereta dari online car shop Tookar ni korang tak perlu risau sebab kereta yang dihantar ke rumah korang tu spek dia sama je dengan kereta yang korang da test drive dekat showroom tu.


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Yang bestnya setiap pembelian kereta dari website Tookar sempena sambutan Gong Xi Fa Cai ni akan menerima angpau yang berjumlah sebanyak RM1000 dan promotion ni akan berakhir pada pertengahan Febuari 2017 ni. So, jangan fikir lama sangat. Sementara tengah ada promosi ni lebih baik korang grab je. Kereta baru dapat, duit RM1000 pun dapat!

Selain itu, semua jenama kereta atau kenderaan terkemuka seperi Honda, Isuzu, Kia, Mazda, Nissan, Perodua, Proton, dan Toyota boleh di tempah melalui laman web Tookar ni.


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Dan yang bestnya lagi booking fee tu kalau la loan korang tak lulus duit tu akan dipulangkan semula mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Tookar dan yang part ni korang kena tanya betul-betul dengan dealer tu dan kalau boleh dapatkan bukti bertulis yang menyatakan bahawa booking fee tu adalah refundable sebagai rujukan just in case ada sebarang masalah nanti.

Nak tahu apa kata mereka yang da menggunakan perkhidmatan membeli kereta di laman web Tookar ni? Jom kita baca testimoni kat bawah ni.


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Beli Kereta di Tookar dan Dapatkan RM1000 Angpau Tahun Baru Cina


Mesti ada yang tertanya-tanya Tookar ni ada premis perniagaan ke? Yela...mesti la kita semua risau jugak nak berurusan dengan orang yang kita tak pernah kenal dan jumpa lagi-lagi nak beli kereta ni. Kalau beli barang yang murah-murah secara online tak ada la nak fikir sangat takut kena tipu ke kan. 

Jawapannya adalah YA. Semestinya Tookar mempunyai premis perniagaan yang sah dan beroperasi di alamat seperti yang tertera di bawah ini.

Suite 27, 6th Floor, 
IOI Business Park,
47100, Puchong, 
Selangor, Malaysia.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Tookar di talian 03-80841100 atau boleh hantarkan pertanyaan melalui emel ke support.my@tookar.com.

Wednesday, 11 January 2017

Adab Sebelum dan Selepas Berjimak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berkaitan dengan entry Adab Sebelum dan Selepas berjimak ni aku just copy dari facebook dan share di blog aku ni sebab isi kandungannya sangat padat dengan adab-adab yang aku kira sangat bermanfaat untuk anak-anak muda yang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga dan juga kepada semua lapisan masyarakat khususnya yang beragama Islam supaya ianya menjadi panduan untuk kita semua dalam usaha memperkukuhkan institusi rumahtangga masing-masing dan mahligai cinta yang kita bina ini.




Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta biasanya membawa bahagia dan sebaliknya tetapi ada juga rumahtangga yang musnah dan berakhir dengan penceraian walaupun pada asalnya perkahwinan mereka ini dibina atas dasar cinta. Dan lain pula kisahnya seperti dalam drama tv yang berjudul Sebenarnya Saya Isteri Dia, Isteri Tuan Ihsan, Nur Kasih, Awak Sangat Nakal dan sebagainya. Cerita-cerita Melayu adaptasi novel ni kebanyakkannya memberi kita seribu satu jalan cerita yang tak terjangka. Ada kisah benar dan ada juga hanya rekaan semata-semata demi memuaskan penonton khasnya peminat-peminat drama Melayu yang gemarkan jalan cerita berunsur cinta dan alam rumahtangga. 

Setiap perkahwinan itu adalah kerana jodoh dan ketentuan dari yang Maha Esa. Walaupun ada perkahwinan yang pahit dan berantakan pada mulanya disebabkan beberapa faktor seperti sikap ego pasangan, pasangan masih muda dan tidak matang, pasangan kurang bertanggungjawab, komunikasi pasangan yang terhad, perkenalan yang singkat sebelum berkahwin menyebabkan mereka masih kurang mengenali isi hati masing-masing, kisah cinta silam yang sukar dilupakan, dan sebagainya bertukar menjadi rumahtangga yang bahagia ketika perasaan cinta, rasa saling bergantungan dan ingin melengkapi tu mekar seiring waktu berjalan tanpa mereka sedari.    

Apa yang kita dapat simpulkan disini adalah perasaan cinta dan rumahtangga ini perlu seiring jika kita inginkan yang terbaik untuk pasangan dan anak-anak yang dilahirkan dari benih-benih cinta dan kasih sayang suami yang bercambah di dalam rahim si isteri tercinta. 



[ ADAB SEBELUM DAN SELEPAS BERJIMAK ]



 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.


Sahabat yang di rahmati Allah,

Adab sebelum Jimak :


Jimak adalah perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, iaitu dengan memasukkan batang zakar kedalam faraj isteri. Sebelum melakukan jimak, suami isteri haruslah mengikut adab-adab yang tertentu.

1. Mulakan dengan belaian lembut dan kata-kata manis yang memuji antara satu sama lain. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah SAW. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka jawab Rasulullah SAW  (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”
(HR Ad Dailami)

2. Janganlah melakukan jimak dengan tergopoh gapah walaupun mungkin ketika itu masing-masing pasangan sudah bersedia melakukannya.

3. Lakukan pujuk rayu, ciuman mesra, sentuhlah tempat-tempat punca nafsu, seperti suami mencium dahi isterinya dan sebagainya.

4. Jangan melakukan jimak ketika perut terlalu kenyang atau terlalu lapar.

5. Makruh jimak dengan telanjang bogel. Keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah SAW. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Sabda Rasulullah SAW. lagi: “Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”.(HR Tirmizi).

Mengapa Rasulullah SAW. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

6. Suami dan isteri haruslah memulakan dengan lafaz ta'awwuz dan basmalah terlebih dahulu.

7. Baca doa sebelum jimak. Memadai jika suami sahaja yang membacanya, tetapi sunat kedua-dua suami isteri membacanya.

8. Makruh minum air ketika melakukan jimak. Kerana hal ini akan melemahkan nafsu dan mengendurkan rasa berahi di antara pasangan.

9. Gunakan kain pengelap yang berasingan di antara suami dan isteri. Menggunakan kain lap yang sama akan menyebabkan berlaku pergaduhan antara pasangan.

10. Haram jimak pada dubur isteri.

Doa sebelum jimak


Pastikan sebelum anda berjimak dengan pasangan suami-isteri bacalah dulu doa jimak, kelebihan doa ini dimana jin atau syaitan tidak dapat menyertai persetubuhan itu. Jika ditakdirkan persetubuhan itu menjadi anak, insyallah anak itu tidak akan dapat dipengaruhi oleh jin, syaitan dan iblis. Anak tersebut juga akan cenderung kepada kebaikan, ini adalah satu persediaan yang baik untuk perkembangan jiwa anak-anak.

Berdoalah dalam bahasa Arab.


بِسْــــمِ اللهِ اَللّهُـــمَّ جَانِبْـنَا الشَّيْــطَانَ وَ جَانِبِ الشَّيْــطَانَ مَا رَزَقْتَـنَا


“BISMILLAAHI ALLAAHUMMA JAANIBNA SYAITHAANA WAJAANIBI SYAITHAANA MAA RAZAQTANAA”

Maksud doa: "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan ia pada kami."
(H.R Bukhari)

Penjelasan :

Doa ini dibaca ketika pasangan suami isteri akan berjimak.. Al-Bukhârî menjelaskan, Nabi SAW bersabda: "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dengan isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."

Adab selepas berjimak


1. Jangan terus meningalkan suami atau isteri dengan kadar segera.

2. Suami hendaklah memastikan isteri merasa puas dengan persetubuhan yang dilakukan. Tanda isteri puas ialah tubuhnya akan terasa sejuk.

3. Jangan segera mencuci alat kelamin setelah selesai berjimak.

4. Basuh dahulu zakar dan faraj jika mahu melakukan jimak kali kedua dalam masa yang sama.

Sumber

Terima kasih kerana membaca entry Adab Sebelum dan Selepas Berjimak ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua pembaca blog QiyaSaadDotCom.

Thursday, 5 January 2017

Emas Logam Penyimpan Nilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Emas atau barang kemas bukan la sesuatu yang baru untuk diperkatakan. Dari zaman dulu kala lagi emas dijadikan sebagai barang perhiasan wanita bagi golongan yang berada dan juga sebagai matawang dalam semua urusan jual beli.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Ketika sistem barter di guna pakai dalam urusan jual beli di zaman nenek moyang kita sebelum Masihi harga bagi satu ekor kambing adalah bersamaan dengan emas 1 Dinar yang dikatakan nilainya ketika itu adalah lebih kurang RM40. 

Emas 1 Dinar pada tahun 2017 ini juga masih di guna pakai untuk membeli seekor kambing namun nilai emas 1 Dinar kini tidak lagi bersamaan dengan RM40 tetapi telah pun mencecah RM700. Jadi, apa yang boleh kita simpulkan tentang nilai emas dan nilai Ringgit, duit, wang kertas, atau fiat ini dari masa ke semasa?

Contoh pengiraan keuntungan 1 Dinar emas.


= RM700 - RM40
= RM660


Sebagai contoh lain, pada tahun 1997 harga 1 gram barang kemas 916 atau 22K adalah RM75 manakala pada tahun 2016 harga 1 gram barang kemas adalah RM180. Jika kita menyimpan 10 gram emas pada tahun 1997 berapa nilainya pada masa sekarang? Kita tengok contoh pengiraan keuntungan emas yang sangat mudah untuk difahami seperti dibawah ini.

Contoh pengiraan keuntungan 10 gram emas dalam tempoh 20 tahun.


Tahun 1997: RM75/gram
Tahun 2017: RM180/gram
Jumlah emas: 10 gram

Untung = RM1,800 - RM750
              = RM1,050


Berapa peratus keuntungan yang kita perolehi dari simpanan barang kemas ini? Lebih 50% sebenarnya. Tapi bagaimana pula dengan nilai wang RM750 yang disimpan selama 20 tahun itu? Jika RM750 itu disimpan dalam institusi perbankan yang memberi dividen secara kasar sebanyak 4%, 6%, dan 8% mungkin tidak menjadi masalah. 


Emas Logam Penyimpan Nilai


Tetapi jika wang RM750 itu hanya digunakan dalam urusan seharian atau tidak disimpan secara tetap di dalam mana-mana bank ataupun tidak dilaburkan dalam pelaburan Unit-unit Amanah yang memberi dividen sebanyak 8%-12% amat la besar kerugiannya berbanding menyimpan 10 gram emas selama tempoh 20 tahun tersebut.

Tapi logik ke golongan perempuan ini hanya menyimpan 10 gram emas saja dalam tempoh 20 tahun? Biasanya berat rantai tangan saja da lebih dari 10 gram. Rantai leher 30 gram, cincin 2 bentuk 10 gram, rantai kaki 10 gram, dan subang sepasang 5 gram.

Keseluruhan berat barang kemas untuk perhiasan yang dimiliki adalah 65 gram belum lagi di campur dengan barang kemas yang di simpan. Mungkin keseluruhannya mencecah 100 gram. Jika kita menyimpan 100 gram keuntungan yang akan kita perolehi adalah RM10,500 manakala nilai simpanan 100 gram emas tersebut ialah RM18,000.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Mengapa perlu menyimpan emas sedangkan ada banyak lagi institusi kewangan yang dapat memberi pulangan yang lebih berganda? 

Sebab utamanya adalah untuk mempelbagaikan pelaburan dan tidak menyimpan kesemua wang yang kita miliki hanya dalam satu tempat saja kerana bimbang jika institusi tersebut menjadi muflis dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil di zaman kejatuhan ekonomi seperti masa kini.

Sebab yang kedua kenapa kita perlu menyimpan sejumlah emas dari wang simpanan sedia ada adalah kerana sudah menjadi lumrah mentaliti setiap orang tidak kira la mereka ini rakyat di negara US, penduduk di negara Eropah, Timur Tengah dan sebagainya termasuklah kita rakyat Malaysia DUIT adalah untuk DI BELANJA manakala EMAS pula untuk DI SIMPAN.

Duit yang ada ditangan senang sangat nak dihabiskan tambah-tambah lagi jika menggunakan kad debit dalam urusan seharian tetapi emas yang ada ditangan sayang nak dijual atau digadai walaupun ketika kita dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang untuk belanja. Seboleh-bolehnya kita ingin melindungi emas yang kita miliki kerana terasa ianya sangat berharga.

Setuju tak dengan pendapat saya ini?


Emas Logam Penyimpan Nilai


Untuk membuat simpanan emas atau membeli emas kita perlu ada target. Sebagai contoh kita nak buat simpanan emas sebanyak 1 gram setiap bulan. Ini bermakna setiap bulan jumlah wang yang diperlukan adalah RM180 sahaja seperti dalam contoh pengiraan di bawah ini.


Simpanan (RM) minimum 1 Bulan:-

1 Bulan = 1 gram
               = RM180

1 Tahun = 12 gram
               = RM2,160

10 Tahun = 120 gram
                 = RM21,600


Jadi jika kita konsisten menyimpan 1 gram emas setiap bulan selama 10 tahun nilainya bersamaan RM21,600 jika naik turun harga komoditi emas ini tidak begitu ketara. 

Ramai sebenarnya yang merungut mengatakan mereka tidak mampu untuk membeli emas dan hanya orang kaya sahaja dapat menyimpan emas kerana emas mahal sedangkan untuk menyimpan 1 gram emas dalam tempoh 1 bulan hanya RM6 saja yang diperlukan setiap hari.

Simpanan (RM) minimum 1 HARI:-

1 hari = RM180/30
           = RM6

Mahal ke jika hanya RM6 sahaja yang diperlukan setiap hari untuk membeli 1 gram emas?

Bagi saya tak mahal dan ianya mampu milik. Tetapi harus diingat ye setiap simpanan yang lebih dari 85 gram emas wajib keluarkan zakat dan ianya perlu dirujuk kepada orang yang lebih arif tentang pengiraan zakat emas dan cara melaksanakannya.


Emas Logam Penyimpan Nilai


Untuk maklumat lanjut mengenai barang kemas yang terdapat di kedai Online Sayap Infiniti Network sila layari Sayap Gold di www.sayapgold.blogspot.my dan jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pelaburan Unit Amanah yang memberikan pulangan sebanyak 8%-12% sila hubungi saya di talian 0122668424 (Siti Rokiyah binti Saad).