Followers

Friday, 22 December 2017

Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Sejarah Islam dalam Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Banyak juga info yang Qiya cari disebabkan isu Presiden US yang baru, Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel baru baru ini antaranya adalah Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Sejarah Islam dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Banyak sejarah dan tamadun Islam yang Qiya da belajar masa sekolah menengah dulu tapi kebanyakkannya da lupa tapi nama sesebuah tempat, nama nabi, malaikat, dan tokoh-tokoh sejarah sebelum masihi ni pelbagai tetapi rupanya merujuk kepada orang atau tempat yang sama.

Contohnya negeri Syam ada dalam sejarah Islam tapi tak ada dalam Google map, bila Qiya search lagi dan jumpa dari laman wikipedia yang mana negeri Syam ni merujuk beberapa buah negara iaitu Lebanon, Palestine, dan Syria.

Macam tu la juga dengan nama-nama Nabi, Malaikat, dan tokoh-tokoh sejarah yang mempunyai beberapa nama yang berbeza mengikut agama-agama tertentu namun ianya merujuk kepada orang yang sama. Semua yang Qiya senaraikan ni adalah dari pembacaan dalam blog-blog tempatan dan luar negara.


Nama Malaikat dalam bahasa Arab dan Inggeris


Jibril = Gabriel
Mikail = Michael
Israfil = Raphael
Izrail = Azrael


Nama Nabi dalam bahasa Arab dan Inggeris


Nuh = Noah
Ibrahim = Abraham
Ismail = Ishmael
Ishak = Isaac
Yakub = Jacob
Yusuf = Joseph
Musa = Moses
Harun = Aaron
Daud = David
Sulaiman = Solomon
Ilyas = Elijah
Yunus = Jonas
Yusha = Joshua
Yahya = John
Ilyasa = Elisha
Zulkifli = Ezekiel
Idris = Enoch (?)
Ayub = Job
Zakariya = Zachariah
Isa = Jesus
Luth = Lot
Syits = Seth


Nama Tokoh dalam bahasa Arab dan Inggeris


Hawa = Eve
Qabil = Kain
Habil = Havel
Jalut = Goliath
Maryam = Maria
Firaun = Pharaoh
Iskandar = Alexander



Nama makhluk lain dalam bahasa Arab dan Inggeris



Iblis = Lucifer


Selain nama-nama Nabi, Malaikat, dan Tokoh-tokoh sejarah Islam ni banyak lagi fakta-fakta menarik tentang kaitan Baitulmaqdis dengan sejarah Islam yang boleh kita belajar lagi-lagi sekarang ni da banyak info yang kita boleh cari dari Google cuma sahih ke tak tu kita kena banyak kan membaca dan bertanya sebab sapa-sapa pun boleh menulis, cuma sebagai pembaca kita tak boleh percaya bulat-bulat.

Yang paling menarik perhatian Qiya adalah Kaabah atau Masjidil Haram mempunyai angka 1,618 daripada ukuran Matematik Fibonacci yang mempunyai prinsip kiraan hasil tambah spiral yang juga diguna pakai untuk mengira kelopak bunga, biji bunga matahari, dan sebagainya.


Masjidil Haram, Kaabah, Pusat Bumi,
Gambar Masjidil Haram dari Google


Kaitan antara angka 1,618 Matematik Fibonacci yang digunakan dalam Forex Trading dengan Kaabah ni adalah apabila nisbah jarak Kaabah ke Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah 1,618 yang mana saintis Barat secara tak sengaja menemukan Kaabah adalah pusat Bumi.

Selain itu, kajian tentang Black Hole atau gelombang radiasi yang tak berpenghujung (infinity) ditemui oleh saintis dari angkasa lepas juga ada kaitan dengan Kaabah, batu Hajarul Aswad yang asalnya berwarna putih namun bertukar menjadi hitam disebabkan dosa anak Adam di dunia, Dome of the Rock berkubah emas yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa  yang berkubah biru mempunyai sejarah batu terapung yang dipercayai mahu mengikut Nabi dalam peristiwa Isra' Mikraj.

Tiga buah masjid yang di tuntut dalam Islam untuk kita lawati adalah Masjidil Haram di Mekah, Masjidil Nabawi di Madinah, dan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis (Palestine) yang mana pahala solat dalam masjid tersebut lebih berkali ganda berbanding solat di masjid lain bagi yang beragama Islam.

Setakat ini je dulu untuk entry ni. Jarang sekali Qiya menulis tentang sejarah tamadun Islam yang berbentuk Ilmiah disebabkan kurang pengetahuan. Terima kasih Qiya ucapakan kerana sudi membaca entry Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Sejarah Islam dalam Bahasa Inggeris ni. Kalau ada yang tersalah fakta harap korang dapat betulkan.

Korang boleh juga baca artikel Jana Pendapatan Sampingan dengan Affiliate AdHance by Ajobthing ni kalau korang tengah cari idea macam mana nak cari side income.

7 comments:

  1. dapat ilmu pengetahuan baru yang Etuza belum ketahui terima kasih Qiya

    ReplyDelete
  2. dulu selalu jugak tertanya rupanya ada nama lain untuk nama nabi, malaikat dalam bahasa inggeris ..

    ReplyDelete
  3. Baru tau.. kekok mulut nak sebut :D

    ReplyDelete
  4. Woww... good info kak Qiya. GV suka info am macma ini. Baru GV tahu negara Syam skang sudah terbahagi kepada negara - Palestine, Syria dan Lebanon. :)

    ReplyDelete
  5. tq 4 sharing..refresh blik otak..hehe

    ReplyDelete