Monday, 25 December 2017

10 KEBAIKAN RENDAMAN KAKI DALAM AIR PANAS DAN GARAM

Kesibukan dengan rutin harian memang memenatkan dan menyebabkan rasa sengal-sengal pinggang  dan badan menjadi kurang bermaya. Banyak petua tradisional yang boleh kita amalkan untuk merawat sengal pinggang disamping dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan.

Antara petua yang boleh diamalkan jika ada masa terluang lagi-lagi selepas datang bulan adalah dengan cara merendam kaki dalam air panas yang di campur dengan garam. Ianya dipercayai mampu menyingkirkan racun dalam badan dan menghilangkan bau kaki selain melancarkan peredaran darah. 



Petua sihat, rendam kaki dengan air panas dan garam, cara hilangkan bau kaki, rawat kulit tumit pecah dan kasar, cara merawat senggugut, tips elak serangan stroke, mengatasi selsema, demam, dan batuk, melegakan sakit kepala



Amalan merendam kaki dengan air panas dan garam ini sangat popular di kalangan masyarakat Cina. Perubatan tradisional Cina menyarankan agar merendam kaki dalam air panas setiap hari untuk meningkatkan peredaran darah dan mencegah demam kesejukan.

Menurut perubatan tradisional Cina, kaki adalah jantung kedua tubuh manusia. Kaki juga dianggap sebagai barometer yang mencerminkan keadaan kesihatan tubuh badan kerana terdapat banyak titik akupuntur di telapak kaki.

Selain itu, mandi wap atau sauna juga dipercayai mampu menyingkirkan toksik melalui peluh yang keluar dari seluruh badan. Amalan mandi wap ini tidak hanya terhad kepada wanita sahaja malah ianya juga sesuai untuk golongan lelaki yang menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman.


Petua sihat, rendam kaki dengan air panas dan garam, cara hilangkan bau kaki, rawat kulit tumit pecah dan kasar, cara merawat senggugut, tips elak serangan stroke, mengatasi selsema, demam, dan batuk, melegakan sakit kepala
Klik sini untuk melihat pelbagai bekas rendaman kaki yang digunakan di spa


10 kebaikan merendam kaki dalam air panas dan garam adalah seperti di bawah.


1. Menghilangkan bau pada kaki

  • Kaki yang lama terperuk dalam kasut mesti mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam mampu menghilangkan bau pada kaki.


2. Mengatasi masalah kulit tumit kaki pecah

  • Kerap melalukan kerja-kerja di dapur sememangnya akan menyebabkan kulit tumit kaki pecah jika lantai yang dipijak basah. Merendam kaki dalam air panas dan garam adalah alternatif untuk merawat kulit tumit kaki pecah. Ini kerana garam mampu merawat kulit yang merekah dan menyingkirkan bakteria.

3. Melembutkan kulit tapak kaki 

  • Merendam kaki dalam air panas dan garam dapat menanggalkan sel kulit mati dan merawatnya.

4. Mengatasi selsema, demam, dan batuk

  • Serangan selsema, demam, dan batuk dapat diatasi dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam kerana proses rendaman kaki tersebut menyebabkan seluruh badan berpeluh. Kelebihannya adalah badan terasa lebih segar dan bisa-bisa badan akan berkurangan.


5. Melegakan sakit kepala

  • Selain dapat mengatasi selsema, demam, dan batuk merendam kaki dalam air panas dan garam juga dipercayai mampu melegakan sakit kepala.

6. Mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa

  • Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian atas tubuh.

7. Melancarkan peredaran darah

  • Air panas yang dicampur dengan garam dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Kesannya adalah tubuh badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

8. Menghilangkan kuman dan bakteria pada kaki

  • Semua jenis kuman dan bakteria yang menyebabkan kaki berbau, kulit menjadi kasar, tumit kaki pecah, kering, dan sebagainya dapat dihapuskan dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam.

9. Mencegah serangan stroke

  • Hidroterapi atau merendam kaki dalam air panas dan garam adalah satu langkah untuk mencegah dan merawat stroke kerana ianya memberi kesan ketenangan dan melancarkan peredaran darah kerana air panas dapat mengembangkan saluran darah.

10. Mengurangkan gejala senggugut

  • Sakit senggugut biasanya terjadi ketika wanita kedatangan haid. Kesakitannya sukar digambarkan kerana ketika diserang senggugut bukan hanya perut dan bahagian peranakan saja yang sakit namun pinggang dan seluruh badan juga terasa lemah.
  • Kekuatan pinggang seakan-akan disedut oleh sesuatu elemen yang menyebabkannya terasa lenguh yang teramat sangat. 
  • Ada kalanya hanya tidur sahaja yang dapat menghilangkan rasa sakit senggugut untuk sementara waktu. 
  • Dan ketika senggugut menyerang, seseorang akan merasa lebih selesa untuk tidur pada posisi terlentang di atas lantai berbanding tidur atau baring di atas tilam empuk. Aneh sungguh kesakitan senggugut ni kan? 
  • Terapi rendaman kaki dengan air panas dan garam juga dapat mengurangkan gejala senggugut selain menuam atau mendemah perut dengan air panas yang di isi dalam botol dan dibalut dengan kain sehingga terasa banyak ketulan darah haid yang hangat mengalir keluar dari kemaluan.

Amalan merendam kaki dalam air panas dan garam ini boleh dilakukan setiap hari dengan cara merendam kaki dalam air panas yang bersuhu 40 darjah Celcius sehingga berpeluh dan anggaran masa untuk proses rendaman kaki ini adalah lebih kurang 15 - 30 minit.

Terima kasih kerana membaca 10 KEBAIKAN RENDAMAN KAKI DALAM AIR PANAS DAN GARAM ni. Mohon seminit untuk LIKE page Qiya Saad Dot Com. Dan jangan lupa baca juga Nama-nama Malaikat, Nabi, dan Tokoh-tokoh Islam dalam Bahasa Inggeris ni.

8 comments:

  1. Bagus rendam kaki dalam air garam nie.. Melegakan..

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat nak rendam kaki dalam air.. huu.. info yang bermanfaat qiya.. tq sharing

    ReplyDelete
  3. nak try wat jugak la lepas ni :D

    ReplyDelete
  4. Rendam kaki ini mmg bagus. Ianya elok dilakukan secara berkala untuk dapatkan kesan positifnya. :)

    ReplyDelete
  5. Dulu2 rajin buat rendaman kaki ni... Tp sejak banyak kaki nak tumpang rendam sekali jadi malas... hihi!

    ReplyDelete
  6. Banyak manfaat randam kaki ni kan.. Bolehlah cuba nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. takpernah try tapi nak try tapi malas alahai

    ReplyDelete