Followers

Monday, 20 November 2017

Resepi Kek Coklat Viral 2 Bahan!

Kalau tengok dekat Facebook atau Instagram rata-rata tengah bercerita tentang Kek Viral 2 Bahan ni. Kita yang tak pandai masak terutamanya buat kek memang jadi jakun la jugak. Hari-hari netizen duk share kek viral 2 bahan la, kek viral 3 bahan la Qiya pun apa lagi Google cari resepi...hehe


Resepi Kek Coklat Viral 2 Bahan


Mula-mula terfikir jugak macam mana 2 bahan boleh jadi kek. Dulu-dulu masa Qiya rajin membaking panjang jugak senarai bahan untuk jadikan kek coklat, tu pun yang tak ada toping. Tiba-tiba viral pasal kek 2 3 bahan ni, memang pelik jugak mula-mula tu tapi memang kek viral 2 bahan ni di buat guna 2 bahan je. 


Resepi Kek Coklat Viral 2 Bahan


Resepi Kek Coklat Viral 2 Bahan


Bahan-bahan:
1. Biskut Oreo (137g)
2. 2 kotak Susu coklat Dutch Lady (100mL)

Cara-cara memasak:
1. Didihkan air dalam periuk kukus.
2. Kisar biskut Oreo bersama susu Dutch Lady.
3. Tuang dalam loyang.
4. Kukus selama 20-30 minit.
5. Sejuk kan dan sedia untuk dimakan.

Mesti biskut Oreo, susu Dutch Lady, loyang, dan PERIUK KUKUS tengah laku keras sekarang ni. Semua orang nak try buat Kek Viral 2 Bahan. Pandai diorang... Ni pun salah satu marketing strategi kan? 

Apa-apa pun selamat mencuba Resepi Kek Coklat Viral 2 Bahan ni! Jangan lupa baca juga Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet dan mohon seminit untuk LIKE Page Qiya Saad Dot Com. Terima kasih.

20 comments:

  1. gee pantang tau kalau kek coklat ni..rasa nak cari bahan terus buat!simple dimple betul ni!haha

    ReplyDelete
  2. Sedapkan.. Dua kali juga la buat kek simple ni..

    ReplyDelete
  3. woowww...mudah betul.tq sharing ya. nnt nak la buat

    ReplyDelete
  4. Adik akak buat tp x jadi kek..jadi agar-agar tp sedap..hahahhaha...

    ReplyDelete
  5. Memang betul-betul jadi ke? kisar tu sampai lumat? biskut sekali ke kena kisar?

    ReplyDelete
  6. mudahnya takpayah guna teoung pun, bila bila kena tryni

    ReplyDelete
  7. Teringin juga nak try resepi ni .menjadi tak ..

    ReplyDelete
  8. Senang betul guna resepi ni. Saya biasa guna resepi ni tambah dengan creamer untuk buat ais krim hehehe. Sedap jugak

    ReplyDelete
  9. Oh, ada kek viral ek... awat Bro xtau pasal benda nie hahahah ketinggalan sunguh la kita nie

    ReplyDelete
  10. Itu je? Senangnya laaaaa... maknanya Rawlins kena try ni. TQ Qiya sebab share.

    ReplyDelete
  11. Chocolate lover here! Recipe seems easy to prepare and bake, can't wait to try it this weekend! 😭

    ReplyDelete
  12. Baru terpikir nk buat. Lupa rumah sewa ni takde pengukus. Hahahaha

    ReplyDelete
  13. uish simple dan mudahnya, hmmm bila nak bagi orang Shah Alam ni? :-p hahaha

    ReplyDelete
  14. Great recipe and its simple, just 2 ingredients needed!

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap sangat. Memang tengah viral kek coklat 2 bahan ni.

    ReplyDelete
  16. kek viral...tp xbuat lgi walaupun senang

    ReplyDelete
  17. Hahaha dah berjangkit dah. Hahaha. Mak ruby pun buat kek 3 bahan. Tapi rasanya masak yang proper kek dengan bahan berderet tu juga nikmat. Ok nak masak lava kek nanti.

    ReplyDelete
  18. mudah sangat nak buat kek guna 2 bhan ni...tngh viral skrng kann dekat fb..

    ReplyDelete
  19. Kawan kata rasa dia tak manis dan agak padat.. Betul ke??

    ReplyDelete