Followers

Sunday, 19 November 2017

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Ridhauddin Hariz yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakanya ialah salah seorang Internet Marketer (IM) Malaysia. Beliau berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. 

Walaupun beliau telah kehilangan bapa ketika baru berusia 3 bulan tetapi ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk mengukir kejayaan seperti sekarang.

Bila bercakap tentang Internet Marketing apa yang terbayang dalam fikiran korang? Mesti ada antara pembaca blog Qiya Saad ni tertanya-tanya apa itu Internet Marketing kan? 


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet


Secara ringkasnya Internet Marketing adalah satu teknik atau strategi pemasaran dalam talian yang mana peniaga melakukan promosi pengiklanan di media sosial seperti blog, Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. 

Banyak perkara yang perlu diberi penekanan bila melakukan online marketing antaranya menetapkan niche sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, menulis iklan yang menerapkan teknik SEO, menguasai pelbagai teknik pemasaran dalam talian seperti yang telah dikuasai oleh Prof Hariz.

Sebelum Qiya bercerita lebih lanjut mengenai Prof Hariz Qiya nak share Laporan 10 Statistik dan Fakta Pengguna Internet Malaysia (2014/2015) yang ditulis oleh Jutawan Internet #1 di Malaysia iaitu Dr Irfan Khairi yang pernah bekerjasama dengan beliau pada bulan Febuari 2016 dalam seminar khusus untuk perniagaan yang dijalankan melalui blog.


Laporan 10 Statistik dan Fakta Pengguna Internet Malaysia (2014/2015)


  1. 25 juta pengguna Internet di Malaysia - sumber: Kementerian Kewangan
  2. 83% penduduk Malaysia menggunakan Internet - sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
  3. Pengguna Internet Malaysia meluangkan 35 jam seminggu di Internet - sumber: WeAreSocial.org
  4. 15.3 juta pengguna telefon pintar & 20.3 juta Internet jalur lebar di Malaysia - sumber: MCMC & Google
  5. 3 jam 17 minit sehari adalah purata masa yang digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia - sumber: WeAreSocial.org
  6. Google #1 dan Facebook #2 - sumber: Alexa
  7. 15.6 juta pengguna Facebook di Malaysia - sumber: Social Bakers
  8. 51% pengguna Internet Malaysia sering menggunakan Youtube - sumber: WeAreSocial.org
  9. 65% pengguna Internet Malaysia pernah melakukan belian online - sumber: Open Mind Resources
  10. 58% belian online di Malaysia menggunakan kad kredit - sumber: Open Mind Resources

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan laporan ini adalah jumlah pengguna Internet yang semakin ramai di Malaysia kini akan menyumbang kepada kepesatan perniagaan online dan sebagai usahawan ekonomi digital peluang ini seharusnya tidak disia-siakan ditambah pula dengan pelancaran e-hub di Malaysia oleh Jack Ma baru-baru ini berkemungkinan akan merancakkan lagi perniagaan yang dijalankan secara atas talian ekoran tabiat penduduk Malaysia yang lebih gemar meluangkan masa di Internet saban hari.


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet


Latar belakang Prof Haris Internet Marketing Malaysia 


Prof Hariz menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet ini semenjak beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sisitem Komputer. Setelah tamat pengajian Diploma Sistem Komputer di Kolej ADTEC Melaka beliau memulakan pekerjaan dalam bidang online marketing atau pemasaran secara atas talian.

Pada tahun 2014 Prof Hariz telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan beliau terlibat secara langsung dengan kaedah pemasaran atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, memantau prestasi perniagaan menggunakan Google Analytics, menerapkan teknik Search Engine Optimization (SEO), merekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. 

Sejak itu beliau telah membantu ramai usahawan dan syarikat-syarikat dalam usaha meningkatkan strategi pemasaran secara atas talian.

Prof Hariz mempunyai pengalaman yang luas mengenai teknik SEO. Ini menyebabkan dua tahun lepas syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad telah melamar beliau untuk mengetengahkan idea-idea baru serta meneroka strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi Internet yang terkini seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga medium komunikasi yang lain.

Usaha keras Prof Hariz bersama Exabytes Group beberapa tahun ini telah melayakkan beliau untuk memegang jawatan yang tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO bermula tahun ini (2017). Kini tanggungjawab beliau bukan sahaja perlu menyediakan perkhidmatan SEO kepada pelanggan-pelanggan dalam Malaysia tetapi juga dari luar negara termasuk Australia, US, UK, German, dan Singapore.

Prof Hariz di gelar Online Marketing Specialist atau pakar SEO dan pemasaran atas talian oleh rakan-rakan kerana pencapaian beliau yang sangat membanggakan dalam bidang Internet Marketing.

Bagi yang tidak mengenali siapa Prof Hariz berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz


  • Menganjurkan program diet "Prof Hariz Kongsi Tips Kurus" bersama Utusan Malaysia pada Ogos 2014 yang melibatkan seramai 500 peserta dari seluruh Malaysia secara online
  • Diiktiraf sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya kerana beliau telah berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA.
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate menggunakan BLOG yang bertempat di Karangkraf pada Disember 2014 yang mana beliau berkongsi pengalaman beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan khususnya melalui pemasaran Affiliate dan bagaimana beliau berjaya menjana pendapatan 5 angka dalam masa yang begitu singkat.
  • Menganjurkan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
  1. Bengkel/seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai pada Mac 2015
  2. Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
  3. Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
  4. Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk mencapai target jualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016
  • Bekerjasama dengan Dr Irfan Khairi pada Febuari 2016 dalam seminar khusus untuk peniaga-peniaga membuat jualan melalui blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah dan berjaya membantu 10 orang suri rumah menghasilkan pendapatan bulanan sebanyak RM10,000 secara konsisten 
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 untuk memberi pandangan berkaitan dengan Potensi Ekonomi Digital di Malaysia dan pada masa yang sama Jack Ma (Pengasas dan pemilik syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet


Servis yang ditawarkan oleh Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Prof Hariz menawarkan servis SEO untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan atas talian. Selain itu, beliau juga menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. 

Servis SEO yang ditawarkan oleh Prof Hariz kepada usahawan online termasuk;
  • Marketing di Google
  • Funnel Marketing
  • Review
  • Personal coaching Zero to Hero Marketing 
Kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan atau sudah lama berniaga tetapi tidak tahu bagaimana untuk membuat pemasaran yang betul anda boleh menghubungi Prof Hariz sebagai perunding dan penasihat perniagaan anda melalui info yang tertera di bawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp: 6012-53336713


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet


Prof Haris kini bekerja sebagai Pengurus Internet Marketing di sebuah syarikat Insurans iaitu PolicyStreet.


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet


PolicyStreet

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans seperti berikut: 
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan muzik
  • Perberhentian kerja

Selain itu PolicyStreet ini juga menawarkan servis insurans yang mempunyai perlindungan menyeluruh iaitu:
  • Keracunan makanan 
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan muzik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian

Kepada sesiapa yang belum mempunyai insurans boleh hubungi PolicyStreet untuk maklumat lanjut.


Info Mengenai PolicyStreet


Instagram: https://www.instagram.com/policystreet/


Terima kasih kerana membaca artikel Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet yang merupakan sebuah contest. 

Contest Cash RM1100 by PH × Emas Putih di Sponsor oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini.

6 comments:

  1. banyak pencapaian beliau :)

    jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
  2. banyak award yg beliau dapat..tahniah atas kejayaan beliau..

    ReplyDelete
  3. hye..LN dari GA yang sama..good luck dear
    http://leylanurjatiey.blogspot.my/2017/11/prof-hariz-internet-marketing-by.htm

    ReplyDelete
  4. Gudluck dari GA yang sama.

    http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/11/prof-hariz-internet-marketing-by.html

    ReplyDelete