Monday, 27 November 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 Anjuran Balai Seni Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi peminat karya seni visual jika dapat luangkan masa seketika di galeri seni pun sudah memadai. Rasa tenang je bila dapat menatap pelbagai lukisan yang dipamerkan di Kuala Lumpur Biennale 2017 anjuran Balai Seni Negara baru-baru ni walaupun kadang tu kita sendiri pun tak faham pun apa maksud di sebalik karya tersebut.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Program Kuala Lumpur Biennale 2017 yang menjadikan Balai Seni Negara sebagai tuan rumah ini mungkin jadi tanda tanda kepada orang ramai apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'Biennale' itu sendiri.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Biennale dalam Bahasa Latin bermaksud sesuatu yang diadakan selang 2 tahun. Sejarah Biennale bermula di Eropah pada tahun 1985 di Venice, Itali. Antara Biennale yang popular di rantau Asia adalah di Bangladesh, Republik Rakyat China (RRC), Republik Korea, Indonesia, India dan Singapura. Jumlah Biennale ini bertambah berkali ganda di seluruh dunia sejak tahun 1990-an.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Bagi acara Kuala Lumpur Biennale 2017 kali ini yang di ketuai oleh Professor Zulkifli Yussof iaitu seorang ahli akademik dan juga penkarya seni visual tempatan yang mempunyai pengamalan bukan saja di arena tempatan tetapi juga di persada antarabangsa.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


KL Biennale 2017 ini diterajui oleh kumpulan kuratorial dari Balai Seni Negara yang terdiri daripada Faizal Sidik, Tan Hui Koon dan Baktiar Naim.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,



Kuala Lumpur Biennale 2017 ini juga dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz iaitu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Balai Seni Negara ini di buka kepada orang ramai bermula dari 1 November 2017 sehingga 30 Mac 2018 secara PERCUMA.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Majlis perasmian Kuala Lumpur Biennale 2017 yang dijayakan oleh Balai Seni Negara ini menampilkan pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk membuka platform baru bagi merperkembangkan seni visual Negara selama acara yang berprestij ini berlangsung adalah:


  • YBhg. Prof Dato'Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa - Ketua Pengarah Balai Seni Negara
  • YBhg. Datuk Seri Farid Ridzuan - Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
  • YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
  • YBrs. Puan Nor Yahati Awang - Timbalan Ketua Setiausaha Pelancongan
  • YBrs. Encik Johan Ishak - Pengerusi KL Biennale 2017


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Dengan mengangkat tema 'BELAS' sebagai tema utama, Kuala Lumpur Biennale 2017 ini juga meraikan seramai 114 pengkarya sepanjang zaman yang terdiri daripada 103 pengkarya Malaysia dan 11 pengkarya antarabangsa.

Terdapat beberapa galeri di Balai Seni Negara yang mempamerkan pelbagai karya seni yang mempunyai tema BELASnya yang tersendiri. Antaranya ialah:


  1. Galeri Tun Razak - Belas Alam
  2. Galeri Reka - Belas Haiwan
  3. Galeri 2A - Belas Insan & Belas Warisan
  4. Galeri 2B - Belas Insan
  5. Galeri 3A - Belas Kerohanian
  6. Galeri 3B - Belas Kerohanian




Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Antara pengkarya seni prolifik yang diberi penghormatan sempena Kuala Lumpur Biennale 2017 ini adalah:


  • Awang Damit Ahmad
  • Sharmiza Abu Hassan
  • Bibi Chew Chon Bee
  • Ahmad Zakii Anwar
  • Jeganathan Ramachandran
  • Hayati Mukhtar
  • Bayu Utomo Radjikin
  • Jalaini Abu Hassan
  • Shoosie Sulaiman
  • Noor Azizan Paiman
  • HH Lim
  • K Thanggarajoo
  • Lisa Foo
  • Abdul Muid Abdul Latif
  • Saiful Razman
  • Anniketyni Madian dan ramai lagi


Selain itu Kuala Lumpur Biennale 2017 ini juga turut memperingati pengkarya tempatan yang pernah mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa yang terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Nirmala Shanmughalingam, Odon Peris dan Anthony Lau.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Semasa acara Kuala Lumpur Biennale 2017 ini berlangsung terdapat pelbagai aktiviti yang menjadi tarikan selama program KL Biennale 2017 ini dijalankan.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang KL Biennale 2017 adalah seperti yang tertera di bawah ini.



  1. Pameran Utama - Pameran Utama ALAMI BELAS akan diadakan di semua Galeri di bangunan Galeri Balai Seni Negara
  2. Pameran Satelit- Pameran Satelit akan diadakan di beberapa buah galeri dan lokasi di sekitar Kuala Lumpur
  3. Simposium (Azam belas) - Seramai 300 peserta akan menyertai simposium ini terdiri daripada peserta dalam dan luar negara dengan tajuk "Azam Belas: Menjana Resolusi Generasi Ihsanat" yang diadakan selama 2 hari di Auditorium LPSVN. Simposium ini akan dihadiri oleh pelajar IPTA, IPTS, Sarjana, Penggiat Seni dan juga terbuka untuk orang awam
  4. Program Penghayatan Seni dan Anugerah - Program yang akan diadakan adalah Bicara Seni, Bengkel Lestari Seni, Sembang Seni, Sesi Apresiasi Bersama Pelukis yang melibatkan 4,000 peserta dari pelbagai komuniti dan masyarakat awan termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur. Rakan pintar LPSVN iaitu Akademi Sains Malaysia (ASM) juga turut menganjurkan The ASM Art Science Prize, suatu Anugerah Seni dan Sains ASM 2017/2018 sempena KL Biennale 2017.



Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Latar Belakang Balai Seni Negara Malaysia


Balai Seni Negara ditubuhkan pada tahun 1958 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan merupakan galeri seni yang terawal dan terkemuka dirantau Asia Tenggara. Mempunyai koleksi terawal tentang seni moden Asia Tenggara, Balai Seni Negara telah pun mengadakan lebih daripada 20 pameran yang menampilkan pelbagai artis antarabangsa dan tempatan.


Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,


Untuk maklumat lanjut mengenai Kuala Lumpur Biennale 2017 ini sila hubungi Pejabat KL Biennale yang tertera di bawah.


Balai Seni Negara
No. 2 Jalan Temerloh
Off Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
Tel: 03-40267122
Fax: 03-40244998
Website: www.artgallery.gov.my



Kuala Lumpur Biennale 2017, Biennale, Balai Seni Negara, seni lukis, seni visual, pameran lukisan,



Setakat ni je dulu untuk entry Kuala Lumpur Biennale 2017 Anjuran Balai Seni Negara. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog Qiya ni. Kalau boleh nak minta korang LIKE page Qiya Saad Dot Com dan jangan lupa baca juga Kemeriahan Karnival Upin & Ipin 2017 ni. 

5 comments:

  1. Walaupun bukan berlatarbelakangkan seni, tapi bila melihat sendiri hasil karya yang dipamerkan terasa kagum dengan pengkarya tersebut..

    ReplyDelete
  2. walaupun kita dulu belajar seni, tapi x pernah lg sampai sini.

    ReplyDelete
  3. Siapa suka seni, bolehla pergi sini kan..menarik

    ReplyDelete