Followers

Monday, 2 October 2017

Sihatkan tubuh badan anda di Rockafella Fitness

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama rasanya Qiya tak bersiaran kat blog kesayangan ni...macam bersiaran kat radio la plak...hehe

Sampai jadi terkejut bila buka dashboard blog ni sebab entry Sihatkan Tubuh Badan anda di Rockafella Fitness ni Qiya tak post pun rupanya. Tulis tajuk pastu upload gambar then terbiar je dalam draft. 


Sihatkan tubuh badan anda di Rockafella Fitness


Da sebulan kot tak update blog ni sampai ada rakan blogger yang tegur Qiya katanya sayang la kalau biarkan je blog tak berupdate. Kena tingkat kan jumlah follower dan bla bla bla bla...haha... 

Qiya bukan tak nak aktif tulis blog tapi kekangan masa sebenarnya sebab daily routine Qiya normally arrange appointment dengan client. Actually dalam schedule Qiya hari-hari pun ada appointment dan hari-hari la jumpa orang kalau appointment tu tak cancle. 

Pagi tadi pun Qiya ada appointment kat Sijangkang, dekat Telok Panglima Garang tu. Qiya perhati jugak kawasan tu sebab first time kan masuk kawasan Sijangkang tu. Memang kawasan kampung tapi not bad la...ramai jugak yg bawa kereta Merc...apa kaitannya kereta Merc dengan entry Sihatkan Tubuh Badan Anda di Rockafella Fitness? Haha...tak ada kaitan pun...saja je melalut ni...

Qiya tak boleh tulis entry panjang-panjang buat masa ni sebab I only have a limited time nowadays. Banyak masa nak kena focus pada career je. Hari ni sebab rasa tak sedap badan after a week tak rest. Setiap hari keluar jumpa client. Hari ni je Qiya surrender...lepas balik dari Sijangkang tadi tu ingat nak pergi Kota Kemuning sekejap sebab da delay kerja seminggu lebih kat situ tapi seriously tak larat. So, Qiya pun balik je rest kat rumah. Tapi pinggang still sakit lagi ni...masuk angin kot...hohoho

Owh cerita pasal Rockafella Fitness tu ye...terlupa plak... Gambar ni masa Qiya kerap ulang-alik ke Sg Buloh atas urusan kerja jugak...Rockafella Fitness ni bertempat di Saujana Utama Sungai Buloh...tempat ni memang aman damai...parking pun free...ada satu mall nama dia Saujana Utama (SU) Mall... kat SU Mall ni ada Spa, Saloon, Poslaju, dan yang paling best ada lift...1 tingkat je tapi ada lift...hehe

Walk-in kat Rockafella Fitness ni RM5 je kalau untuk weight workout tapi kalau nak guna alat untuk Cardio contohnya Treadmill tu ke RM8 per entry kalau tak silap. Kalau korang yang duduk berdekatan dengan area Saujana Utama ni boleh la singgah-singgah untuk sihatkan tubuh badan kat Rockafella Fitness ni kan.

Ok la ye... Qiya rasa cukup la entry ni sampai sini je...tak ada cerita ilmiah pun...so malas la nak cerita panjang-panjang...hehe

Thanks kepada semua yang sudi membaca bloga Qiya ni. Qiya doakan semoga rezeki korang bertambah, bertambah, dan terus bertambah ye...bye

No comments:

Post a Comment