Followers

Saturday, 21 October 2017

Resepi Kuey Teow Goreng Oyster Orang Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Korang pernah makan Kuey Teow Goreng Oyster Orang Kampung? Ada tak menu ni kat mana-mana restoran? Rasa macam tak ada je kan...heeee


Resepi, Kuey Teow Goreng Oyster Orang Kampung,


Disebabkan mood terlebih rajin da sampai, 2 3 hari ni memang rajin sesangat la Qiya masuk dapur. So, hari ni Qiya masak simple-simple je. Guna semua bahan-bahan yang ringkas dan mana yang ada stock dalam peti sejuk je untuk masak Kuey Teow Goreng Oyster Orang Kampung ni.

Mood memasak ni tercetus lepas Qiya pergi event Lee Kum Kee 'My Fun Cooking 2017' - Round 1. Seronok tengok diorang masak. Muda-muda pun da kreatif dan nampak sangat minat dan bakat diorang dalam bidang masakan ni memang semulajadi. Sesuai la kalau diorang belajar dalam bidang kulinari dan kembangkan kerjaya sebagai chef bila besar nanti!

Owh...terpanjang plak cerita Qiya di kala subuh nan sunyi ni... hehe




Jom kita sambung semula Resepi Kuey Teow Goreng Oyster Orang Kampung ni ye...bahan-bahannya adalah seperti yang Qiya senarai kan kat bawah ni...

Bahan-bahan:-

1 bungkus kuey teow
1/2 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram/oyster 
2 sudu kicap manis
4 sudu minyak
Daun kucai
Daun bawang
100 ml air

Cara memasak:-

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar yang ditumuk halus sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis yang juga ditumbuk sederhana halus bersama daun kucai dan daun bawang yang telah di potong.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, dan kicap manis. Kacau seketika.
4. Tambah 100 ml air, masukkan kuey teow dan biarkan ia mendidih seketika.
5. Siap untuk di makan bersama keluarga tercinta 😊

Senang je kan nak masak Kuey Teow Goreng Oyster Orang Kampung ni... Tema masakan ni adalah 'Less is more' 😅. Selamat mencuba Resepi Kuey Teow Goreng Oyster Orang Kampung ni ye!

4 comments:

  1. Ingatkan ada letak oyster. Rupanya oyster sauce

    ReplyDelete
  2. Di restoran masakan thai kebanyakkannya menggunakan sos tiram. Begitu juga char kuey teow masakan cina

    ReplyDelete
  3. Wow sedapnya Nye. Favourite mama ni

    ReplyDelete