Followers

Sunday, 15 October 2017

Hafizh Syahrin menang tempat ke-3 di Litar Twin Ring Japan MotoGP 2017

Bagi peminat sukan MotoGP, Qiya memang tak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan semasa lagi-lagi bila ada pemenang dari Malaysia yang berjaya naik ke podium. 


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Hafizh Syahrin memenangi tempat ke-3 di Litar San Marino pada September 2017 (Gambar dari Google).


Berumur 23 tahun, Hafizh Syahrin Abdullah bukan lagi calang-calang pelumba bila berjaya menduduki tempat ke-3 dalam perlumbaan Moto2 di Litar Twin Ring Motegi, Japan semalam.

Ini adalah kali kedua Hafizh Syahrin berjaya naik podium setelah memenangi tempat ke-3 di Litar San Marino September lepas mewakili kumpulan Petronas Raceline.


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Gambar dari Google


Dalam perlumbaan di Litar Twin Ring Motegi ni Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan kurang 3.134 saat di belakang Alex Marquez (Marc VDS) yang menduduki tempat pertama pada catatan masa 32:08.091s manakala Xavi Vierge dari kumpulan Tech 3 Racing memenangi tempat ke-2 dan mencatat masa lebih 1.465 saat dari Hafizh Syahrin.

Ada ura-ura mengatakan Hafizh Syahrin akan bertukar ke Sepang International Circuit, SIC Racing Team tahun depan, juga untuk kategori Moto2. Dengar cerita pengumuman rasmi akan diadakan pada 24 Oktober ini. 


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Sumber gambar dari gettyimages Andreas Bolaro


Kata SIC Racing Team lagi Hafizh Syahrin adalah salah sorang calon yang paling sesuai untuk menyertai perlumbaan dalam kategori MotoGP pada tahun 2019 dan mereka mensasarkan pelumba dari Malaysia untuk berlumba dalam kategori MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang tidak lama lagi.

Perlumbaan MotoGP seterusnya akan berlangsung di Philip Island pada 20-22 Oktober 2017 manakala perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang pula akan berlangsung pada 27-29 Oktober 2017 ini.


Hafizh Syahrin, MotoGP, Moto2, Grand Prix, Litar Twin Ring Motegi, Litar San Marino, Petronas Raceline, Motor Sport,
Hafizh Syahrin ketika dalam perlumbaan Moto2 di Litar Twin Ring Motegi, Japan pada 15 Oktober 2017. Gambar dari New Straits Time.


Bangga kan bila ada anak Malaysia yang berjaya mengukir nama di persada antarbangsa ni? Qiya tak sabar nak tunggu Hafizh Syahrin berlumba dalam MotoGP dan bersaing dengan bintang-bintang ternama seperti Valentino Rossi, Marc Marquez, Dani Pedrosa, Jorge Lorenzo, Vinales dan ramai lagi.

Tahniah diucapkan buat pelumba Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin dan team Petronas Raceline kerana berjaya memenangi tempat ke-3 dalam perlumbaan Moto2, Grand Prix di Litar Twin Ring Motegi, Japan pada 15hb Oktober 2017.

Terima kasih sebab sudi baca post dari blog Qiya yang bertajuk Hafizh Syahrin menang tempat ke-3 di Litar Twin Ring Japan MotoGP 2017. Jangan lupa untuk baca juga post Kadar Dividen dan Bonus ASB 2016 ni ye.

2 comments:

  1. Replies
    1. Hehe... seronok tengok pelumba Malaysia naik podium tau...

      Delete