Followers

Friday, 13 October 2017

Bayar saman trafik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara rayuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa pernah kena saman trafik atau kena kompaun sebab parking kereta ikut suka hati? Siapa yang kerap travel mesti pernah kena kan...sama la dengan Qiya, kalau pergi tempat yang tak berapa biasa mesti kekok dan tak tau nak parking kereta kat mana.


DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hutang, kewangan, kompaun, rayuan saman DBKL, Saman, travel,
Sumber: Google


Bila nampak ada banyak kereta parkir kat bahu jalan kita pun tumpang la sekaki tapi dalam hati tetap ada rasa ragu-ragu 'tak apa ke parking kereta kat sini?', 'tak kena saman ke?' tapi tetap degil parkir juga kereta kat tempat yang tak dibenarkan oleh penguatkuasa tu.

Tahun 2017 ni rasanya ni la pertama kali Qiya kena saman trafik. Kadar kompaun 1-15 hari RM100, 15-30 hari RM150, dan selepas 30 hari RM250. Banyak tu... boleh buat beli skincare Hada Labo 1 set yang saiz besar tu...hehe

Tapi mujurlah boleh bayar saman atau kompaun trafik ni kat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara rayuan. Tak ada la nak kena bayar ikut rate sebenar. Kalau tak termenung jugak la kan...

Qiya kena saman DBKL ni bulan lepas, 20hb September 2017 dekat Sri Hartamas Shopping mall. Masa tu da la DUIT tak berapa nak ada. Berapa puluh ringgit je ada dalam purse. Qiya memang tak boleh ada banyak cash dalam purse, habis nanti Qiya shopping bukan-bukan...sebab tu Qiya suka tinggal puluh-puluh ringgit je dalam purse... kalau tak jangan harap la dapat menyimpan...

Bila duit ada ngam-ngam untuk bayar tol, minyak, makan, dan parking yang biasa-biasa tu mula la terfikir 'cukup ke duit ni nak bayar parking dalam Sri Hartamas Shopping mall ni?'. Mind set Qiya plak 'Sri Hartamas ni tempat orang kaya, mesti parking mahal...' 

Hahahahahahaha....

That's why la Qiya ambil jalan mudah dan parking je kat bahu jalan depan Sri Hartamas Shopping mall sebab Qiya ingat kalau parking setengah jam tak sempat la kena saman... tapi hampeh...kena jugak kompaun dengan DBKL tu...

So tadi Qiya pergi la bayar kompaun kat DBKL. Sebenarnya boleh je bayar online kat website MYEG tapi bila Qiya nak register akaun guna main email Qiya tiba-tiba tak boleh dan keluar error message email address Qiya tak dibenarkan tapi tak tau plak kenapa tak boleh. Malas nak fikir panjang atau try and error guna email address yang lain so Qiya decide pergi jela DBKL tu.

Bila sampai kat DBKL tadi Qiya nyaris-nyaris nak bayar kompaun tu kat kiosk je tapi tergerak hati nak ambil nombor dan bayar kat kaunter. Bila sampai kaunter staff DBKL tu pun tanya 'da buat rayuan ke?', pastu dengan penuh excited dan muka pun da macam kerang busuk tersengih-sengih secara spontan Qiya pun tanya la 'boleh ke buat rayuan?' dan staff tu pun jawab 'boleh, pergi bilik nombor 13'. 

Bila buat rayuan kompaun tu dikurangkan dari RM150 menjadi RM30 je...huhuhu...balance duit spare Qiya tu dapat la beli skincare Hada Labo...kebetulan pencuci muka pun da nak habis, toner pun nak habis jugak...hehe

Owh tapi sebelum tu Qiya ada tanya staff DBKL tu kalau bayar kompaun tu secara online kat website MYEG boleh buat rayuan ke, dia kata tak boleh. Offline je boleh buat rayuan sebab nak kena dapatkan pengesahan daripada pegawai DBKL tu.

Alhamdulillah. Complete pun misi bayar saman DBKL hari ni. Lepas ni kena complete kan misi bebas dari saman trafik plak. Penat la kalau kena saman ni. Selagi tak bayar saman selagi tu la hidup ni rasa tak aman. Hari-hari terfikir pasal saman je. Sama la rasanya bila kita fikir tentang hutang...rasa terbeban sangat-sangat...lepas ni Qiya nak settle kan hutang Aeon Kredit plak, sikit lagi tu...jia you jia you!

Sekian dulu cerita Bayar saman trafik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara rayuan dari seorang Qiya yang noob ni...hehe

No comments:

Post a Comment