Followers

Tuesday, 1 August 2017

Resepi Laksa Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang...apa khabar? Lama rasanya aku tak update blog ni...rindu nak membebel sebenarnya...aku pendam je rindu ni tapi apakan daya banyak komitmen lain yang membuatkan aku terpaksa ikat jari-jari runcing aku ni dari menulis kat sini...sobsobsob...

Hari ni aku nak share Resepi Laksa Utara dengan korang...lama da masaknya tapi hari ni baru sempat update entry blog ni...

Resepi Laksa Utara





Bahan-bahan:-

1 bungkus laksa


Bahan-bahan untuk kuah laksa:-


1 kg ikan selayang
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
5 keping asam gelugur/keping
1 sudu belacan
5 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ulam dan hiasan:-


1 biji timun
1 labu bawang besar
5 tangkai daun selom
10 biji cili api
5 biji telur rebus

Cara-cara memasak:-


1. Rebus ikan selayang bersama garam dan asam gelugur/keping.
2. Asingkan isi ikan yang di rebus tersebut dan kisar bersama bawang besar, bawang putih, asam keping, belacan, dan cili kering.
3. Didihkan air bersama bahan yang di kisar dan daun kesum sehingga betul-betul masak.
4. Rebus laksa menggunakan api sederhana dan sementara itu potong semua bahan-bahan ulam tersebut.
5. Laksa sedia untuk dihidang.

Sampai sini je entry Resepi Laksa Utara ni. Korang mungkin berminat juga nak baca entry Air Asam Jawa Rawat Batuk Kronik ni. Terima kasih sebab singgah kat blog ni tau. Selamat mencuba Resepi Laksa Utara ni.

5 comments: