Followers

Saturday, 19 August 2017

Collagen Facial Treatment DF Nusantara Spa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Da lama aku plan nak pergi spa tapi macam-macam halangan yang membuatkan aku tak dapat pergi spa sebelum ni.


Collagen Facial Treatment DF Nusantara Spa


Akhirnya semalam sempat pun aku manjakan diri dekat DF Nusantara Spa yang terletak dekat Saujana Utama atau SU Mall Sungai Buloh. Tu pun sebab kebetulan hari khamis tu aku pergi post office. Sambil jalan-jalan cari toilet ternampak la Spa kat situ. Tanpa berfikir panjang aku pun terus set appointment untuk buat Collagen Facial Treatment yang berharga RM80 dalam masa 1 jam 45 minit.

Spa ni guna produk Mary Kay sebagai skincare ketika sesi treatment tu. Untuk overall treatment aku rasa ok je. Selesa jugak sampai dan la jugak aku tertidur. Pastu rasa malas je nak bangun sebab da syok tidur...haha

Selain Collagen Facial Treatment, banyak lagi treatment lain yang korang boleh buat kat sini. Sauna pun ada tau. RM50 je kalau tak silap aku.

Okay la sampai sini je entry Collagen Facial Treatment DF Nusantara Spa ni. Jangan lupa join Contest Raikan Cinta Bersama Wedding & Catering Services by Qiya Saad yang baru je berlangsung semalam dan tarikh tutup contest ni plak akan diumumkan bila-bila masa saja. Thanks sebab sudi baca entry ni. Bye

Friday, 18 August 2017

CONTEST RAIKAN CINTA BERSAMA WEDDING & CATERING SERVICES BY QIYA SAAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang, jom la join CONTEST RAIKAN CINTA BERSAMA WEDDING & CATERING SERVICES BY QIYA SAAD ni ramai2 nak??




Senang aje CONTEST ni... 

Apa yg korang perlu buat? 

1. Like & Follow FB Wedding & Catering Services by Qiya Saad dan set see first
2. Share post ini dan tag 3 kawan anda bersama hashtag #weddingbyqiyasaad
3. Print screen langkah 1&2 dan hantar ke inbox FB Wedding & Catering Services by Qiya Saad
4. Komen "DONE"

Kami mencari 1 orang pemenang bertuah untuk contest ini. Pemenang layak menerima MAKE-UP pengantin secara PERCUMA.

Contest ini bermula dari sekarang dan tarikh tutup penyertaan akan di umumkan bila-bila masa sahaja. Share la post ni seberapa banyak yg korang nak. 

Viralkan CONTEST RAIKAN CINTA BERSAMA WEDDING & CATERING SERVICES BY QIYA SAAD ni kepada semua bakal pengantin yg korang kenal tu.

Artikel terbaru:-
Resepi Laksa Utara

Tuesday, 1 August 2017

Resepi Laksa Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang...apa khabar? Lama rasanya aku tak update blog ni...rindu nak membebel sebenarnya...aku pendam je rindu ni tapi apakan daya banyak komitmen lain yang membuatkan aku terpaksa ikat jari-jari runcing aku ni dari menulis kat sini...sobsobsob...

Hari ni aku nak share Resepi Laksa Utara dengan korang...lama da masaknya tapi hari ni baru sempat update entry blog ni...

Resepi Laksa Utara





Bahan-bahan:-

1 bungkus laksa


Bahan-bahan untuk kuah laksa:-


1 kg ikan selayang
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
5 keping asam gelugur/keping
1 sudu belacan
5 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ulam dan hiasan:-


1 biji timun
1 labu bawang besar
5 tangkai daun selom
10 biji cili api
5 biji telur rebus

Cara-cara memasak:-


1. Rebus ikan selayang bersama garam dan asam gelugur/keping.
2. Asingkan isi ikan yang di rebus tersebut dan kisar bersama bawang besar, bawang putih, asam keping, belacan, dan cili kering.
3. Didihkan air bersama bahan yang di kisar dan daun kesum sehingga betul-betul masak.
4. Rebus laksa menggunakan api sederhana dan sementara itu potong semua bahan-bahan ulam tersebut.
5. Laksa sedia untuk dihidang.

Sampai sini je entry Resepi Laksa Utara ni. Korang mungkin berminat juga nak baca entry Air Asam Jawa Rawat Batuk Kronik ni. Terima kasih sebab singgah kat blog ni tau. Selamat mencuba Resepi Laksa Utara ni.