Followers

Saturday, 15 July 2017

Air Asam Jawa Rawat Batuk Kronik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama plak rasanya aku tak update blog ni. Fokus aku terarah pada preparation for final exam, new business discovery dan investment sebenarnya sebab tu aku kurang menulis kat sini. Learning processes normally takes a lot of time is it so terpaksa la keep the priority first kan...

A few weeks dari bulan puasa hari tu aku start batuk-batuk. Batuk teruk jugak la. Bila batuk tu aku asyik terfikir ubat batuk dan supplemen je sampai terlupa ada je sebenarnya cara tradisional untuk rawat batuk yang kronik ni...haha kronik la sangat kan...kronik la jugak aku rasa sebab setiap kali batuk je terasa sakit kat bahagian rahim.

Last-last aku pun cuba la minum air asam jawa malam tadi dan alhamdulillah bila bangun subuh ni rasa kurang sikit batuk. Tak perlu ubat batuk dan tak perlu pun supplemen. Ada je sumber semulajadi untuk rawat batuk ni rupanya. Pada hal masa kecik-kecik memang air asam jawa la jadi ubat bila batuk tapi da tua bangka ni terlupa plak cara tradisional rawat batuk sebab terlampau ikut cara moden dan everything nak kena beli je. After this hopefully batuk ni sembuh la hendaknya...

Dulu-dulu ayah aku selalu beli bunga kembang semangkuk. Kecik je bunga tu tapi bila rendam dalam air yang di isi dalam mangkuk bunga ni akan kembang penuh mangkuk. Masa tu aku tak plak tanya ayah aku apa kegunaan bunga ni. Rupa-rupanya bunga kembang semangkuk ini juga di gunakan sebagai rawatan untuk menyejukkan badan secara tradisional. Kalau selalu sangat batuk-batuk tu maknanya dalam badan kita panas so kena cari la alternatif untuk kurangkan suhu badan secara semulajadi.

Banyak lagi bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk menurunkan suhu badan secara tradisional seperti air biji barli, halwa kundur, dan sebagainya.

1 comment:

  1. few weeks da ni CT batuk x brenti.. nak carila air asam jawa. tapi kat kedai tu da komersial ada gula. tapi tak rajin jugak nak buat sendiri hihi..

    ReplyDelete