Followers

Monday, 19 June 2017

IDP Capstone Project: Building Information Modeling - BIM (UiTM 2017)

Assalamualaikum dan sejahtera.

Lately aku busy sangat-sangat dengan macam-macam assignment yang kena complete kan. Boleh kata setiap malam aku akan tidur awal dalam pukul 9.30 malam. Pastu bangun semula pukul 1.00 atau 2.00 pagi siapkan kerja sekali bersahur. Sampai tak sempat nak update blog ni. Previous entry EXA Global SetiaWalk Outpost - Let's Explore into the Dimension 12 of Hyper-Reality Entertainment! ni pun di tulis pada 2hb June 2017. Lebih kurang 20 hari jugak la aku tak tulis blog...

Baru-baru ni aku ada record satu video pendek yang berdurasi 2 minit lebih dengan kawan-kawan group IDP aku, Dyg, Ateh, dan Yana. Video ini adalah satu assignment yang bertajuk Building Information Modeling (BIM). Ianya berkaitan dengan sebuah software yang digunakan dalam bidang construction (Civil Engineering works) untuk design struktur bangunan selain guna software Esteem dan AutoCAD.

Contribution dari video ini untuk the whole marks adalah 10% tu pun kalau video IDP Capstone kitorang ni dapat 500 LIKEs dan ke atas dekat YOUTUBE. Selebihnya adalah dari Design Project & Presentation, 20% (14/6/2017) dan Final Exam, 70% (5 jam exam - 17/7/2017).






So, secara ringkasnya IDP Capstone video ini adalah sebahagian daripada projek untuk menyempurnakan kursus Integrated Design Project (ECC584) kami dan ianya di nilai mengikut berapa banyak LIKE yang kami perolehi. Harap-harap kawan-kawan semua dapat LIKE dan SHARE video yang tak seberapa ni.

Terima kasih kerana membaca entry IDP Capstone Project: Building Information Modelling - BIM (UiTM 2017) ini. Jangan lupa untuk baca jugak entry Pengalaman untung trade Bitcoin ni, mungkin boleh di jadikan inspirasi untuk jana pendapatan tambahan ke kan... Aku doakan semua pembaca blog aku ni akan jadi jutawan suatu hari nanti termasuk la aku...amin...

1 comment: