Followers

Tuesday, 2 May 2017

Program Syahadah Musim ke-12 (2017) - "Raikan Nur Islam"

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga sebab diberi peluang oleh seorang kenalan yang bertugas di RTM untuk sama-sama memeriahkan Majlis Penyerahan Tajaan Program Syahadah 2017 yang bertempat di Wisma TV, RTM, Angkasapuri Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai tetamu jemputan Puan Leny Adam iaitu salah seorang penaja barangan penjagaan kesihatan kulit jenama Asianic untuk Tajaan Hadiah segmen Kuiz Mingguan dan Utama bagi Program Syahadah kali ini.



Program Syahadah Musim ke-12 (2017) - "Raikan Nur Islam", Leny Adam,


"Dari kecil sampai la dewasa, bagi aku Radio Televisyen Malaysia (RTM) tak pernah menghampakan penonton setia TV1 dan TV2. Kalau nak dibandingkan dengan stesyen TV lain, RTM sangat-sangat menekankan program-program yang berbentuk ilmiah lagi-lagi bila tiba bulan Ramadhan seperti Program Syahadah Musim ke-12 yang bertemakan "Raikan Nur Islam" ini yang mana ianya adalah sebuah program TV yang sangat sesuai di tonton untuk santapan rohani bagi umat Islam yang sedang menyempurnakan Rukun Islam yang ke-3 iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan ini."


Program Syahadah Musim ke-12 (2017) - "Raikan Nur Islam"


Program Syahadah Musim ke-12 yang bertemakan "Raikan Nur Islam" ini bakal ditayangkan di RTM1 dan RTM2 setiap hari bermula 25 Mei 2017 ini. Sebanyak 30 episod diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari (UMD) RTM yang mana 15 episod pertama telah pun selesai sesi penggambarannya di Malaysia dan baki 15 episod lagi masih dalam sesi penggambaran di Maghribi (Morocco).






Semenjak tahun 2005 diterbitkan maknanya sudah 12 tahun la Program Syahadah ini ditayangkan di RTM. Namun ianya tidak seperti musim-musim sebelumnya, kali ini program Syahadah ini akan memaparkan tentang keindahan Islam di negara Maghribi (Morocco) termasuk seni bina bangunan yang terdapat di sana dan juga asimilasi atau perubahan budaya saudara kita yang baru memeluk agama Islam (Mualaf) di Malaysia ini bagi berkongsi suka duka kehidupan mereka yang kini menjadi ikon dakwah yang di segani ramai.

Antara ikon dakwah yang dimaksudkan ialah Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Firdaus Wong yang dikenali sebagai Bro Firdaus, pelakon Muhamad Roger Arnold, dan pelakon Adam Corrie yang sering membawa watak antagonis yang mana jika orang tidak mengenal peribadi sebenarnya mungkin menyangka perwatakan sebenar beliau adalah sama seperti yang dipertontonkan dalam drama-drama tempatan yang pernah dibintangi beliau. 

Selain itu, keunikan seni bina masjid di beberapa lokasi seperti Masjid Zahir (Alor setar, Kedah), Masjid Cina di Melaka, Masjid India di Kuala Lumpur dan Masjid Muhammadiah di Ipoh, Perak bakal dipaparkan di dalam program Syahadah Musim ke-12 tidak lama lagi dan dipercayai mampu memberi impak yang tersendiri kepada program tonggak RTM ini.






Untuk program Syahadah Musim ke-12 ini terdapat dua kumpulan produksi penerbitan ditubuhkan khas untuk sesi penggambaran TV di Maghribi (Morocco) yang diketuai oleh Rosli Mohd Nordin dan dibantu oleh Ikram Abdul Latif (koordinator), Muhammad Saiem (jurukamera), Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan (jurukamera), Mohd Badlyshah Amiruddin (editor) dan Mohammad Nur Ridzuan Abdullah (jurugambar).

Manakala penerbitan di Malaysia diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar yang dibantu oleh Saliza Ibrahim, Amrina Ahmad, Mohd Nazree Mohamed, Mohamad Haikal Hamzah, Hanif Nordin, dan Hafizah Rosli.


Program Syahadah Musim ke-12 (2017) - "Raikan Nur Islam"


Selain itu, program Syahadah Musim ke-12 ini juga bakal mengetengahkan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang berperanan membantu umat Islam yang kurang bernasib baik bagi meneruskan kehidupan mereka.

Disamping itu, peranan syarikat EZ Qurban menjalankan ibadah Qurban di luar negara seperti Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, dan beberapa negara Afrika membuktikan konsep dakwah tidak mempunyai sempadan walaupun berbeza negara, budaya, kefahaman dan sebagainya. 

Selain syarikat EZ Qurban, peranan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Islamic Relief dan Aman Palestin juga membuktikan bahawa masih ramai lagi umat Islam yang sangat-sangat prihatin terhadap umat Islam lain yang kurang bernasib baik dan mereka ini sanggup mempertaruhkan nyawa dan juga harta benda sendiri demi memastikan nasib umat Islam yang dalam kesusahan itu terbela. 

"Inilah yang dinamakan perjuangan di jalan Allah (fii sabilillah) dan sedikit sebanyak intipati program Syahadah Musim ke-12 ini membuatkan hati insan kerdil seperti aku ini tersentuh bila menghayati detik-detik perjuangan umat Islam seperti mereka terutamanya bila berlaku peperangan, pembunuhan, dan kekejaman terhadap rakyat Palestin yang mana aku cuma mampu melihat di kaca TV saja."
"Betapa bertuahnya mereka ini kerana terpilih menjadi khalifah Allah yang sangat istimewa disamping berhati mulia. Semoga mereka ini tergolong dalam golongan orang-orang yang teguh imannya dan juga sentiasa dalam keredhaan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..."





Program Syahadah Musim ke-12 dari episod ke-15 hingga episod terakhir iaitu episod ke-30 bakal memberi tumpuan kepada kehidupan masyarakat Maghribi (Morocco) yang kurang mendapat perhatian atau pendedahan secara eksklusif di negara Malaysia ini dalam bentuk paparan dokumentasi. 

Jadi bingkisan dari negara Maghribi ini akan mengetengahkan bagaimana peranan pejabat kedutaan Malaysia di Rabat menjadi ejen kepada Malaysia dan Maghribi bagi menjalinkan hubungan dua hala dalam pelbagai dimensi sehingga ke hari ini.

Apa yang istimewanya tentang program Syahadah Musim ke-12 ini ialah mengenai paparan umat Islam di Maghribi menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang memberi satu kelainan dan pembaharuan.

Selain itu, keunikan budaya seperti seni bina masjid, bangunan lama, menara kota, makanan, muzik, dan persembahan tradisi mereka bakal disiarkan setiap hari dalam program Syahadah Musim ke-12 ini di saluran TV1 jam 6.30 petang, 9.30 malam, dan 5.30 pagi manakala siaran di TV2 pula pada pukul 7.00 petang dan 10.00 malam bermula 25 Mei ini.


Program Syahadah Musim ke-12 (2017) - "Raikan Nur Islam", Leny Adam,


Kos produksi dan tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama berjumlah RM246,600.00 untuk penerbitan program Syahadah Musim ke-12 yang bertemakan "Raikan Nur Islam" ini telah mendapat tajaan secara rasmi oleh pihak EZ Group & EZ Qurban sebanyak RM200,000.00 untuk Kos Produksi, EZ Group (EZ Qurban, EZ Kembara, dan Ainon Kaman) sebanyak RM33,600.00, dan RM13,000.00 dari pihak Asianic bagi Hadiah Kuiz Mingguan dan Utama dalam Majlis Penyerahan Tajaan Program Syahadah 2017 pada hari Jumaat lepas.

Dalam Majlis Penyerahan Tajaan Program Syahadah 2017 tersebut, kami juga sempat didendangkan dengan nyanyian yang sangat merdu dan persembahan muzik gambus oleh seorang penghibur yang dikenali sebagai Fauziah Gambus.

Terima kasih kepada semua yang membaca artikel Program Syahadah Musim ke-12 (2017) - "Raikan Nur Islam" ini. Semoga isi kandungan program Syahadah ini nanti dapat memberi manfaat untuk kita semua dan semoga RTM terus maju dalam usaha memartabat dan memperkukuhkan identiti masyarakat Malaysia demi agama, bangsa, dan negara.

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, bila kerap pergi majlis-majlis ni memang akan kenal dengan ramai orang. Kenalan ni bukan kenalan rapat sebenarnya dan setakat ni kami pernah jumpa dua kali je tu pun atas urusan kerja...

      Delete