Followers

Sunday, 28 May 2017

Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah hari ni da masuk hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa. Walaupun cuaca agak terik dan keadaan kesihatan pun tak begitu baik namun puasa tetap puasa. Bila tiba bulan Ramadhan ni mesti ada yang standby air bikarbonat untuk berbuka puasa kan sesuai la dengan tajuk entry kali ini iaitu Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan.


Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan


Baru-baru ni sebuah syarikat peneraju air mineral berkilauan, Perrier memperkenalkan mixologi minuman sihat yang menyegarkan bagi penjagaan kesihatan rakyat Malaysia sepanjang hari. Majlis tersebut telah berlangsung di Broadway Lounge, Hotel Berjaya Time Square pada 25hb Mei 2017.

Air mineral semulajadi berkilauan Perrier ini sesuai dijadikan sebagai minuman harian terutamanya ketika berbuka puasa disebabkan oleh kandungan bikarbonat dan sodium yang paling rendah membolehkan ianya di campur dengan minuman dan bahan lain. 

Menurut Duta Perrier, Mathieu Marchal, minuman Perrier ini juga boleh di campur dengan kandungan segar seperti beri dan halia bagi mencapai manfaat kesihatan yang lebih baik.

"Antara cara yang inovatif untuk menikmati Perrier adalah dengan mencampurkan hirisan tembikai dan timun untuk menghasilkan minuman yang menyegarkan. Ia adalah sihat, dan melegakan dahaga," - Mathieu Marchal, Duta Perrier


Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan


Kalau korang nak tau Perrier ni bukan sekadar air mineral semulajadi yang berkilauan je tapi Perrier ni juga terkenal dengan kualiti premium untuk raja-raja yang mana pada tahun 1905 Perrier telah diberi penghormatan untuk membekal minuman kepada Raja England. Manakala hari ini pula Perrier tersedia kepada mereka yang mementingkan kualiti dan prestij.

Ada beberapa mixologi atau campuran air mineral semulajadi berkilauan Perrier ni yang sangat sesuai dijadikan sebagai minuman harian terutama di bulan Ramadhan ni kerana ianya di campur mengikut citarasa tempatan. 

Antara minuman campuran Perrier yang popular ciptaan Mixologi terkenal Malaysia iaitu Kelvin Lee adalah campuran bunga sirap teh rosella, thyme, lemon segar dan Perrier yang dikenali sebagai Perrier Garden Twist. 


Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan


Cara penyediaan minuman mixologi Perrier Garden Twist


1. Masukkan bunga sirap teh rosella di dalam cawan.
2.  Campurkan dengan lemon segar dan thyme yang dibakar terlebih dahulu menggunakan spark lighter.
3. Tuang air mineral semulajadi berkilauan Perrier kedalamnya, kacau sebati dan siap untuk di minum.

Korang tau tak thyme ni apa? Ok, meh aku share ye... thyme ni adalah sejenis tumbuhan herba yang berasal dari kawasan selatan Eropah dan Mediterranean yang mana ianya amat popular digunakan sebagai bahan perasa dalam kebanyakan resepi Itali, Macedonian, Greek, Perancis dan Sepanyol.

Masa Kelvin Lee tengah prepare minuman ni one of our online media ada tanya soalan kenapa perlu bakar thyme dan lemon segar ni. Thyme dan lemon segar ni dibakar sebab nak naikkan bau mixologi tersebut dan menambah keenakan minuman campuran Perrier.


air mineral semulajadi berkilauan, minuman campuran, Mixologi, Perrier,


Satu lagi minuman mixologi Perrier yang di cipta oleh Kelvin Lee adalah Perrier Merry Berry yang terdiri dari gabungan jus lemon segar, campuran sirap berry, madu dan Perrier. Rasa minuman mixologi Perrier Merry Berry ni sangat sesuai dengan citarasa aku sebab rasa masam dan manis nya sangat sebati dan molekul campurannya sangat-sangat kaya dengan pati buah berry. Korang patut cuba Perrier Merry Berry tau. I am highly recommended for this Perrier drink mixology.

Cara penyediaan minuman mixologi Perrier Merry Berry


Masukkan jus lemon segar, campuran sirap berry, madu, ais, dan air mineral semulajadi berkilauan Perrier mengikut sukatan yang sesuai dan kacau hingga sebati. Perrier Merry Berry telah sedia untuk di minum.


air mineral semulajadi berkilauan, minuman campuran, Mixologi, Perrier,


3 manfaat minuman mixologi Perrier 

  • dapat meningkatkan imuniti
  • pencegahan risiko diabetes
  • pengurangan berat badan yang sihat

Apakah kelebihan madu dalam makanan dan minuman? Sapa boleh jawab aku bagi duit raya. Dalam kiraan 3, 2, 1. Masa da tamat...hehe. Madu ni sebenarnya digunakan sebagai penambah rasa  dalam makanan dan minuman. Aku pun suka bubuh madu dalam masakan tau. Ada kelaianan rasa pada masakan tersebut. Kalau nak tau macam mana rasa sedap yang aku maksudkan tu kena cuba sendiri la kan...

Mesti ada yang tertanya-tanya kat mana nak beli minuman mixologi Perrier ni kan? Sama je macam mana-mana produk minuman premium yang lain, Perrier boleh didapati di rangkaian terpilih seperti di bawah.

  • Hotel
  • Restoran
  • Kafe


Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan


Kalau korang nak jadikan air mineral semulajadi berkilauan Perrier ni sebagai minuman segera untuk manfaat kesihatan, korang boleh dapatkan Perrier ni di restoran khidmat pantas, mesin layan diri, dan pasaraya terpilih.

Mengapakah Perrier ini di gelar sebagai air mineral semulajadi berkilauan?


Berasal daripada punca mata air yang unik serta dikelilingi persekitaran semulajadi yang dilindungi di Vergeze, Perancis, Perrier adalah minuman 100% air mineral semulajadi berkilauan yang telah menempa nama di 140 buah negara di serata dunia dengan kapasiti pembuatan sebanyak satu bilion botol setiap tahun. Dibotolkan dalam kilang berkaca di tapak galian, proses pembotolan Perrier telah mengikut ketetapan panduan ISO 14001 (Persekitaran) dan ISO 22000 (Keselamatan Makanan) serta menepati kualiti standard Skim Tanda Kualiti Nasional (NQMS).


Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan

Latar belakang Perrier


Perrier diasaskan pada tahun 1898 oleh Dr. Perrier dan diberikan keberadaan antarabangsa pada 1903 oleh Sir Saint John Harmsworth. Pada tahun 1992, Nestle Waters telah mengambil alih Perrier dan membina kilang berkaca di atas punca mata air tersebut untuk tujuan ketelusan proses pembotolan. Perrier telah menyambut ulangtahun ke-150 pada tahun 2013 dan merupakan peneraju air mineral semulajadi berkilauan dunia.

Di Malaysia, air mineral semulajadi berkilauan Perrier ini diedarkan oleh satu-satunya pengedar tunggal Perrier di Malaysia iaitu Muihua Sdn. Bhd. Terima kasih kerana membaca artikel yang bertajuk Mixologi minuman Perrier untuk penjagaan kesihatan sepanjang Ramadhan ini. Selamat berbuka puasa dan selamat menunaikan solat tarawih ye.

5 comments:

  1. Menarik. Tenu rasanya sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling sedap Perrier Merry Berry tau...

      Delete
  2. I think Perrier is always fascinating but I do not drink too much carbonated mineral water. It might be nice with fruit juice though, I think

    ReplyDelete
  3. Walaupun hanya air, tapi nampak sedap. Should try :)

    ReplyDelete