Wednesday, 3 May 2017

Apa itu Pelaburan?

Definisi atau maksud pelaburan ni terlalu luas sebenarnya. Apa-apa saja yang berkaitan dengan duit, wang, fiat dan apa-apa saja modal yang kita simpan dalam suatu jangka masa tertentu untuk mendapatkan hasil, keuntungan, atau dividen dengan mengambil kira risiko yang dihadapi adalah dalam kategori pelaburan. 

Selain duit, tanah juga boleh dijadikan pelaburan contohnya beli tanah, bina rumah dan kemudian sewakan rumah tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atau tanam pokok kepala sawit, getah, mangga harum manis dan sebagainya kemudian tuai hasil apabila sudah matang juga dikira sebagai pelaburan.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Pelaburan tidak terhad hanya pada wang ringgit semata-mata. Ada juga pelaburan yang tak perlukan modal tetapi perlukan ilmu pengetahuan contohnya dalam bidang pelaburan atau jual beli saham. Bila sudah ada pengalaman dan kemahiran untuk menjana keuntungan kita mampu membantu orang lain belajar ilmu pelaburan dan saham ini dan dalam masa yang sama kita dapat menjana pendapatan atau mendapat keuntungan dari pelaburan masa yang kita luangkan untuk mengajar orang lain supaya mereka celik tentang pelaburan dan juga boleh menghasilkan keuntungan berupa wang ringgit dalam sesuatu pelaburan tersebut.

Untuk berjaya dalam pelaburan kita perlu mengenal tokoh-tokoh pelaburan terkemuka seperti Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary dan sebagainya. Kaji apa yang mereka lakukan sehingga mereka mampu berjaya hingga ke tahap ini dan cuba ikuti jejak langkah mereka.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Kalau mereka kata "buat la simpanan emas dan perak kalau tak mampu nak simpan duit" ikut jela walaupun tak berapa faham sangat kenapa begitu dan kenapa begini. Jangan asyik fikir terlalu lama dan akhirnya kita sendiri tiapa apa-apa simpanan untuk kegunaan masa depan atau ketika dalam kecemasan, sakit dan sebagainya.


Pelaburan, saham, Robert Kiyosaki, Warren Buffet, Syed Mokhtar al-Bukhary,


Selain itu banyak lagi definisi pelaburan yang lebih kurang maksudnya seperti yang ditulis oleh PemikirKaya.com dan Wikipedia ini.

"Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperloleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin." - PemikirKaya.com
"Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen. Ianya berkaitan dengan tabungan atau penundaan konsumsi. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan. " - Wikipedia

Satu fakta yang penting tentang pelaburan ini ialah ianya tidak terjamin contohnya ketika ekonomi merosot keuntungan yang kita dapat mungkin tak sebanyak yang kita kira sebelum ini disebabkan faktor ekomoni. 

Contoh lain, kalau kita pawahkan atau bela 100 ekor lembu belum tentu kita akan dapat semula semua lembu tersebut kerana mungkin waktu tersebut berlakunya kemarau yang teruk, banjir besar, dan bencana alam yang lain kerana ianya adalah luar dari kawalan kita begitu juga dengan pelaburan wang ringgit.

Kesemua pelaburan ada risikonya tersendiri dan tidak menjamin 100% pulangan yang kita bayangkan.

Tapi kenapa kita perlu belajar tentang pelaburan? Sebabnya simple je... daripada pelaburan la kita boleh mendapat keuntungan sekaligus mampu mencapai kebebasan kewangan dan bebas hutang selain dapat membantu orang yang susah. Dan lebih elok jika ianya disertakan dengan doa dan tawakkal kerana kebebasan yang hakiki adalah hasil dari ketenangan jiwa dan fikiran.

Dalam sebuah artikel yang bertajuk Kebebasan Kewangan yang ditulis dalam portal Sinar Harian ada menyebut tentang bahaya hutang yang mana Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi baginda dari hutang yang tertunggak. 

Selain itu, Dato' Haji Fadzilah Kamsah dan Dato' Vida juga ada mengajar tentang sebuah doa untuk menghindarkan diri kita dari bebanan hutang dan banyak lagi doa-doa berkaitan dengan hutang ini boleh didapati dari pencarian di Google.

Baru aku faham sekarang kenapa ayah aku Pakcik Saad tu tak nak berhutang dan marah betul kalau kitorang beli barang-barang secara ansuran atau hutang disebabkan ianya ada unsur riba dan ianya membebankan si penghutang.

Terima kasih kerana membaca artikel Apa itu Pelaburan? ini. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment