Followers

Saturday, 15 April 2017

Wan Nong Muzafar - Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni aku sempat bertemu dan bersembang secara santai dengan seorang tokoh usahawan yang bernama Tuan Wan Nong Muzafar di pejabatnya iaitu ILM Legacy Sdn. Bhd. yang bertempat di Putra Height Subang Jaya, Selangor dalam satu event yang diberi nama 'Bloggers Day Bersama Wan Nong Muzafar'.


Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017,


Topik perbualan kami adalah berkisar tentang latar belakang beliau dan jatuh bangun perniagaan Tuan Wan Nong Muzafar ini sehingga hampir diisytihar muflis pada suatu ketika dulu.

Nama Tuan Wan Nong Muzafar ini pernah menjadi viral apabila kisah hidupnya di tulis oleh The Vocket tahun lalu. Jika anda membuat carian di Google anda akan terjumpa beberapa portal online lain juga pernah menulis tentang beliau.


Profil Tuan Wan Nong Muzafar



Tuan Wan Nong Muzafar memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan dari Massey University, New Zealand pada tahun 1997 dan memulakan kerjayanya di Bank Bumiputera Discount House sebagai 'dealer' pasaran kewangan selama tiga tahun.

Merasakan kerjayanya tidak begitu mencabar beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan pada tahun 2001 bersama beberapa rakan lain dengan membuka syarikat pelopor Bumiputera yang dikenali sebagai MYGO (Malaysian Gamers Online). 

Syarikat tersebut yang menawarkan perkhidmatan 'Online Gaming Solutions' kepada portal Telekom Malaysia iaitu Blue Hyppo dan berjaya mendapatkan geran sebanyak RM500,000 dari Credit Guarantee Corp dalam tempoh setahun penubuhan MYGO.


Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017,


Beliau juga pernah menjadi penasihat perniagaan di Amir Consults yang memberi khidmat runding kewangan dan latihan kepada syarikat-syarikat korporat. England Optical Group, UEM MARA, dan FELDA adalah antara pelanggan beliau.

Pada tahun 2005 beliau diberi peluang bekerja di Kumpulan Media Karangkraf sebagai eksekutif di jabatan pemasaran di bahagian majalah dan dalam masa setahun beliau terus dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jabatan Pemasaran yang mempunyai 30 orang pekerja.

Antara program yang dijalankan oleh beliau semasa di Kumpulan Media Karangkaraf dan berjaya membuat keuntungan sebanyak RM200,000.00 adalah Malam Anugerah Perlancongan Libur yang disokong oleh Kementerian Perlancongan.

Beliau juga bekerjasama dengan jabatan pengiklanan untuk mengetuai kempen pemasaran akhbar Sinar Harian dan setelah sebulan akhbar Sinar Harian menjadi rujukan utama di Pantai Timur.

Pada tahun 2010 beliau telah berpindah ke Jabatan Perancangan Strategik Korporat yang mana beliau melaporkan diri terus ke COO (Chief Operating Officer) dan CFO (Chief Financial Officer) dan tugas utama beliau adalah memformulasikan sistem Key Performance Index (KPI) untuk setiap majalah.

Terkini, beliau adalah CEO kepada syarikatnya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan merangka strategi perniagaan berkaitan dengan aspek penjenamaan, pemasaran, pengurusan operasi, dan kewangan.

Secara keseluruhannya beliau mempunyai pengalaman lebih dari 16 tahun dalam bidang keusahawanan dan korporat. Beliau juga telah melatih lebih dari 2000 orang usahawan berpandukan pengalaman yang ditempuhi oleh beliau sendiri.

Beliau juga telah menghasilkan tiga buah buku ilmiah 'Best Seller' iaitu buku Kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1, dan Kuasai Perniagaan Internet Siri 2.


Projek Bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)



Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017, eUsahawan


Pada tahun 2014 beliau telah menghasilkan modul eUsahawan yang bertajuk 'Kuasai Formula Perniagaan' yang mana ianya menjadi rujukan kepada usahawan desa dan pelajar-pelajar vokasional (TVETS - Technical Vocational College) dan kejayaan program eUsahawan ini diukur dengan jumlah jualan terkumpul peserta program sebanyak RM7 Juta pada tahun pertama program eUsahawan ini dijalankan.


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017



Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017, eUsahawan


Tidak lama lagi Tuan Wan Nong Muzafar selaku CEO kepada ILM Legacy Sdn. Bhd. akan mengadakan satu seminar yang bertajuk Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 seperti maklumat yang tertera di bawah:-

Tarikh: 13 & 14 Mei 2017 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 am - 6.30 pm
Tempat: Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)

Seramai 7 orang ahli panel dijemput untuk berkongsi pengalaman menguruskan dan jatuh bangun perniagaan masing-masing sehingga berjaya antaranya adalah CEO Akademik Sinergy Tuan Fairul Ismail, CEO Jelitasari Tuan Wan Zaki, Pengarah Pemasaran Vidmill Faisal Badry, CEO Emorra & GGL Tuan Noorizam, selebriti Fynn Jamal dan Fizo Omar.


Siapa yang patut hadir ke seminar IBBP 2017 ini?



-berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula
-berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan
-usahawan yang 'STUCK' atau berniaga cukup-cukup makan
-usahawan yang ingin memahami pengurusan kewangan perniagaan
-usahawan yang ingin 'UPGRADE' perniagaan


Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017,


Petikan kata-kata Tuan Wan Nong Muzafar yang di ambil dari laman The Vocket yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi sekalipun bertentangan dengan pengalaman dan kelulusan akademik yang dimiliki.

"Jangan memilih sangat kerja, saya ada degree in finance tapi buat kerja kontraktor siap pakai baju lusuh, memang kalau tak kenal fikir saya ini SPM pun tak lepas. Never judge people, hanya tuhan yang layak jadi hakim kita. Yang penting apa jenis kerja pun biarlah halal." - Wan Nong Muzafar

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 sila emelkan kepada admin@wannongmuzafar.com atau hubungi En. Ahmad di talian 0136109391 atau sila layari laman web Tuan Wan Nong Muzafar di www.wannongmuzafar.com

Selain itu anda juga boleh dapatkan maklumat yang berkaitan dengan Tuan Wan Nong Muzafar ini di Facebook beliau https://www.facebook.com/wannongofficial/.

No comments:

Post a Comment