Followers

Monday, 10 April 2017

Tips untuk Mendapatkan Pekerjaan/Jawatan Kosong di Malaysia

Hai semua, hari ni aku nak share beberapa Tips yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk Mendapatkan Pekerjaan/Jawatan Kosong di Malaysia.





1) Daftar, deposit Resume, dan mohon pekerjaan di portal-portal untuk mencari pekerjaan atau jawatan kosong bagi sebarang jawatan yang sesuai dengan kelayakkan seperti yang disenaraikan di bawah ini.



2) Layari laman web syarikat yang diinginkan, klik pada menu kerjaya atau hubungi syarikat tersebut untuk bertanyakan tentang jawatan kosong yang ditawarkan ketika ini. 

Sebagai contoh, dapatkan senarai syarikat seperti di bawah ini. Untuk makluman, senarai di bawah ini adalah senarai firma-firma perunding dan kontraktor dalam bidang Kejuruteraan Awam.


3) Buat carian di Google berkaitan dengan senarai syarikat mengikut bidang kelayakkan seperti senarai syarikat perunding Kejuruteraan Awan di Selangor. Bila da ada list, boleh call atau hantar emel ke setiap syarikat yang ingin di pohon. 

Senarai Firma Perunding Berdaftar di Kementerian Kewangan Malaysia

4) Memohon pekerjaan di sektor awam

Selain memohon pekerjaan di sektor swasta korang boleh juga memohon jawatan kosong di sektor awam iaitu bekerja sebagai salah seorang kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan.

Sebagai contoh jika ada kelayakkan dalam bidang Kejuruteraan Awam, korang boleh memohon jawatan Jurutera Awam di jabatan-jabatan seperti di bawah ini.

Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS)
Jabatan Kerja Raya (JKR)

Atau mohon terus beberapa jawatan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di http://www.spa.gov.my.

Semoga artikel Tips untuk Mendapatkan Pekerjaan/Jawatan Kosong di Malaysia ini dapat memberi manfaat untuk korang semua yang tengah berusaha untuk mencari pekerjaan termasuk la aku...

No comments:

Post a Comment