Followers

Sunday, 16 April 2017

Seludup Rokok dan Arak, Denda Minimum RM100,000.00

Denda minimum RM100,000.00 atau 10 kali nilai cukai akan dikenakan kepada penjual rokok dan arak seludup ekoran pindaan Akta Kastam 1967.


Rokok seludup, rokok tiruan, jenama rokok tiruan,


Ni maklumat yang aku dengar kat dalam berita TV3 tadi. Sekarang ni harga sekotak rokok Dunhill da RM17.50 sebab tu banyak rokok seludup dijual kat kedai-kedai runcit. 

Katakan la seorang perokok tegar hisap sekotak rokok setiap hari. Sebulan perbelanjaan untuk rokok (kalau hisap rokok Dunhill) je da RM525.00. 

Cuba bayangkan kalau buat pelaburan dalam unit amanah setahun nilai pelaburan da jadi RM6,300.00 dan tahun berikutnya akan terima dividen anggaran 8%-12% sebanyak RM504.00. Kalau konsisten melabur selama 5 tahun duit tu boleh la digunakan untuk tunaikan haji ataupun buat dana travel kan lebih bagus.

Macam mana la nak ubah mentaliti orang yang suka hisap rokok ni ye? Tak sayang ke duit tu lepas hisap rokok jadi asap je pun. Pastu boleh mendatangkan penyakit plak tu. Orang yang menghidu asap rokok dari korang lagi la teruk kesan dia. 

Kalau tak nak fikir pasal kesihatan diri korang cuba la prihatin sikit kat kami-kami yang tak hisap rokok ni akan terkena tempias dari asap rokok korang tu dan akan menjejaskan kesihatan kitorang ni tau tak. 

Kan bagus kalau pendapatan negara kita ni tak bergantung dengan hasil kutipan cukai import rokok. Nak jugak merasa duduk dalam negara yang udaranya bersih dari segala toxic dan racun-racun yang boleh mengancam nyawa ni.

1 comment:

  1. macam-macam kan cara orang nak buat duit.. walaupun tau matlamat tak menghalal kan cara.. tapi merokok pun haram.. hee~

    ReplyDelete