Followers

Saturday, 15 April 2017

Menang Contest PIXY Sempurnakan Ku

Alhamdulillah syukur sangat-sangat sekarang ni rezeki aku melimpah-ruah rasanya. Baru-baru ni saja je la join contest 'PIXY Sempurnakan Ku' kat blog Sabby Prue. Disebabkan contest tu terlampau senang dan cuma kena tinggalkan komen je kat blog Sabby aku pun join la...tak sangka plak boleh terpilih sebagai salah seorang pemenang.


Pixy, pixy malaysia, pixy sempurnakan ku contest, contest, beauty, make-up, pixy two way cake,


"PIXY Sempurnakan Ku kerana PIXY Two Way Cake ini dapat menutup semua cela di wajah saya sama ada dengan sapuan kering atau basah. Ianya tahan lama dan tidak melekit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan diantara percaya atau tak saya da pun gunakan bedak compact PIXY selama hampir 10 tahun. Hasilnya sangat memuaskan dengan harga yang mampu milik!" - Qiya Saad

So, sebagai penghargaan, aku dapat Beauty Box dari PIXY Malaysia disebabkan aku ni adalah diantara pengguna setia compact powder jenama PIXY ni dan yang paling best aku dapat something yang last week aku baru je terfikir nak beli sebab memang barang tu keperluan aku. Tiba-tiba hari ni aku dapat barang tu tanpa perlu mengeluarkan duit poket aku walau sesen pun. Terharu kot...


Pixy, pixy malaysia, pixy sempurnakan ku contest, contest, beauty, make-up, pixy two way cake,


Mesti korang nak tau barang apa la yang aku nak sangat tu kan? Fungsi barang ni sama dengan apa yang aku nak tu cuma barang ni comel sangat-sangat dan tak terfikir pun aku akan dihadiahkan benda yang cute macam ni sampai terasa diri aku ni macam ada kuasa sakti Sailor Moon "dengan kuasa bulan akan menghukum mu!"

Hahahahaha...

Actually benda ni adalah PENDRIVE yang ada tulisan PIXY truly asian beauty macam dalam gambar kat bawah ni. Cantik kan? Nanti kalau ada sesi photoshoot boleh la aku gunakan pendrive yang comel ni sebagai aksesori. Nampak tak aku appreciate this thing so much...hehehe...


Pixy, pixy malaysia, pixy sempurnakan ku contest, contest, beauty, make-up, pixy two way cake,


By the way, thanks aku ucapkan kepada Sabby Prue dan PIXY Malaysia for these meaningful gifts and thanks to you guys as well sebab membaca entry Menang Contest PIXY Sempurnakan Ku ini.

1 comment: