Followers

Wednesday, 26 April 2017

Pasemboq - Kedai Makan Husin Yahya di Kangar, Perlis Indera Kayangan


Pasemboq - Kedai Makan Husin Yahya di Kangar, Perlis Indera Kayangan


Hangpa,

Mai la Singgah Pekena Pasemboq kat Kedai Pak Penakan Kami sat...

Kedai Makan Husin Yahya
Kangar, Perlis.

PATI Turut Bawa Penyakit kusta/Gangren

SUNGAI BULOH – Penyakit kusta adalah antara penyakit yang dikesan dibawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, PATI yang menghidap penyakit kusta paling banyak dikesan di Sabah dan beberapa negeri lain termasuk Pahang dan Selangor.

“Daripada 307 pesakit kusta baharu yang dilaporkan pada tahun 2013, 50 peratus merupakan golongan PATI,” katanya selepas majlis sambutan ulang tahun ke-85 Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dan Pelancaran Galeri Kusta Hospital Sungai Buloh di sini semalam.

Sumber dari Kosmo

Ini pula kisah yang dikongsi oleh seorang netizen yang bernama Mak Liza di laman Facebooknya berkaitan dengan jenis penyakit yang besar kemungkinannya dihidapi oleh seorang pelajar Tahfiz, Mohamad Thaqif 11 tahun yang buruk kaki setelah di rotan menggunakan getah paip di kaki oleh seorang warden Madrasah di Johor sehingga menemui ajal hari ini (26/4/2017).






Gangren / Apabila Sel sel mati 


Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum. 

Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya. 

Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren. Gangren ini berlaku apabila sel sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman. 

Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/ pasif. 

Suatu hari maid saya terjatuh , terjelepok kelantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh. Salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit. 

2 hari selepas tu maid saya demam. Saya bawa ke klinik, doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitam hitaman. Doktor kata seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam. Bimbang akan lebih mudarat doktor menasihati agar dibawa ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta. Hospital Pakar Johor. 

4 hari berada di wad. Doktor pakar benar benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam. Doktor memaklumkan kepada saya bahawa sel sel telah mati. Kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihati saya agar maid dipindahkan ke Hospital Kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ. Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM 5,500.00. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan. Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak nak bagitahu kenapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan. Doktor pakar menasihati saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah. 

Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah. Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing. 

Baru 2 hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya. 

Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif. Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel sel dikaki mati. Pendek kata kuman ni serang kaki dulu. Sebenarnya kuman tu telah berada diseluruh tubuh tapi yang lain masih tidor. Jelas kelihatan kulit dibeberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa. Itu pun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci disetiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simpton lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta. 

Kusta bukan alang alang penyakit. Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin. Hidup dalam pengasingan. Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah Hospital untuk merawat orang orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma. 

Plan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik keatas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki. Asalnya jatuh terseliuh tu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren dikedua dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan dikedua dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut. Doktor kata kuman tu baru merosakkan sel sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua dua kaki. 

Plan seterusnya doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti dihantar pulang ke negara asalnya. Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia. Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes  yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan. 

Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB. Hari hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung. Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan. 

Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00. Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut. Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya. Bukan pulang ke rumah. Jika ikutkan saya , saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambik peduli kesihatan dan rawatannya. 

 Benar maid ini bukan orang kaya. Kos rawatan kesihatan dinegaranya tinggi. Ubat ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi maid tidak mampu. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat khabar, bekas maid saya ini telah meninggal dunia. Kuman kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging daging busuk. Banyak sel sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu tu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela. 

Kesan keatas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun. Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja. Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun. Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.  Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta. 

Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan. Seluruh ahli keluarga terdedah dengab kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingg tiba saat diaktifkan dan apabila sudh aktif tidak dapat dihentikan lagi. Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak anak saya masih kecil ketika itu. 

Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta. Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Tidak lagi keluarga saya perlu menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.  

Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong.  Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel sel.  Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong. 

Takut takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf. 

Melihat sel sel kaki mati, daging busuk boleh muntah. Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging tu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan. 

Ambillah pelajaran dan iktibar bahawa setiap berlaku ada asbabnya sedang itu memang sudah tertulis sejak azali. 

Wahai anak anak, Ahmad Ali Aqbar, Ali Gaban, Dr Najdah Othman , Dr Amiratun Nazihah,احمد بيهقي بن عثمان , Omar Abdul Aziz, Abdullah Mubarak , Ali Imran , Darjah Satu

Masih ingatkah kamu semua? 

Muna Liza Binti Ismaill dan Dr Othman Al-Banjarii
22/04/2017

Rentetan kisah adik MUHAMMAD THAQIF AMIN BIN MOHD GADAFFI

Didakwa telah disebat pembantu warden hingga menyebabkan beliau kehilangan kedua belah kaki.. dan kini tangannya pula terpaksa dipotong..😢
Jom terus kirimkan doa buat anak ini.

Dari FB ibu Dayang Thaqifah

Allah....berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu......kuat yea sayang...setiap minit..setiap saat.. nafas ini..doa mama sentiasa bersamamu....hanya kpdmu saja kami berserah...ya Allah...

Mohon rakan2  fb mendoakn anak saya Mohamad Thaqif Amin bin Mohd Gadaffi...sedar dari koma dan sihat seperti sediakala...

Hari Ke2 - 20 April 2017

Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil...buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..

Hari Ke3 - 21 April 2017

Keadaan makin worst...keadaan otot2 kaki sudah mati... pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya...that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..

Mohon doa rakan2...agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula..

Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali dgn pertolongñmu ya Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Ya Allah...kau berikan yang terbaik buat anak syurgaku dan diriku...berilah daku kekuatan dan ketabahan utk mengharungi dugaanMu..ya Allah... aamiin
Mohon rakan-rakan doakn yg terbaik buat anak syurga saya....

Hari ke3  - 22 April 2017

Semalam lps potong kaki... tangan kanan dh mula bengkak dan  kehitaman...Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran...utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan... kuman merebak sgt cepat....Sya dh redha apa jua ketentuan Allah....

Hari ke 4 - 22 April 2017

Keadaan Thaqif ada nampak perubahannya....lebih baik dari semalam... selepas proses dialisis...muka yg bengkak..dh npk susut.. tangan yg hitam dh npk beransur cerah selepas operation...
Alhamdulillah..

Alhamdulillah...syukur....terima kasih ya Allah... kau dengar doaku, rakan taulan dan org ramai.. yg tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Thaqif ...
Jutaan terima kasih pd semua yg tidak putus mendoakan kesembuhan ank sya...
Harapan saya...agar semua tidak putus2 mendoakan Mohamad Thaqif Amin berjuang untuk melepasi tahap kritikal... Amin ...

Hari ke 6 - 24 April 2017

Thaqif masih ditidokn...hanya zikir, doa dan bicara sepi mama bersamamu.  Pemantauan rapi setiap 4 jam..ubat cair n beku darah perlu di balancekn....buah pinggang nampaknya ada progress...moga ank syurga mama terus kuat utk sembuh... Allahuakbar....

Hari ke 7 - 25 April 2017

Alhamdullillah pagi ini,  DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah  berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif... semoga dgn kedatangan Permaisuri.. memberi impak yg positif kpdnya...

Tegok muka Thaqif nampak sihat...cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemari tangan kanannya  makin kecut....Ya Allah ...berilah keajaiban utknya...
Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon... hati mama makin pilu....camnelah Abg nk hadap...bila abg sedar nanti.... Allahuakbar...kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku...
Thaqif demam... suhu semakin meningkat... tangan kanan.....otot-otot dh mati... doktor tggu sehingga jam 8 malam ni... pemantauan setiap jam...sekiranya tiada perubahan jua... terpaksalh memilih pilihan terakhir....

Allahuakbar.... Allahuakbar... Allahuakbar
Ya Allah... Engkaulh Maha Penyembuh....berilah kesembuhan buat anaku.... kurniakanlah kekuatan buat diriku... aamiin... aamiin... aamiin ya rabbal alamiin...

Demi menyelamatkan nyawa thaqif, tangan kanan thaqif akan dipotong.. supaya kuman tidak merebak.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 😭😭😭... berat sungguh dugaan dan ujian yg Allah berikan... moga Thaqif dan kami sekeluarga terus diberikan kekuatan..

Hari ke 8 - 26 April 2017

Assalamualaikum...wbt..
Doakan yang terbaik buat Thaqif... operation tangan tak jadi... keadaannya tak stabil. Semakin tenat.

Thaqif disahkan meninggal dunia pada petang 26 April 2017. Berakhirnya episod penderitaan Thaqif di dunia ini... insyallah syurga tempatmu nak.. innalillahiwainnailaihirajiunn..
Sedekah alfatihah untuk Thaqif😭

Berakhirnya sebuah episod duka dan menggemparkan negara..

Sunday, 23 April 2017

Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UiTM

Tahap Pengkelasan Diploma UiTM



Tahap Pengkelasan Diploma bagi semua program-program di UiTM adalah seperti berikut:

Diploma Kelas Pertama
CGPA: 3.50 - 4.00

Diploma Kelas Kedua
CGPA: 2.00 - 3.49


Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UiTM



Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda UiTM



Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda bagi semua program-program di UiTM adalah seperti berikut:

Kelas Kepujian Pertama
CGPA: 3.50 - 4.00

Kelas Kedua (Tinggi) 
CGPA: 3.00 - 3.49

Kelas Kedua (Rendah)
CGPA: 2.20 - 2.99

Kelas Ketiga
CGPA: 2.00 - 2.19



Tahap Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UiTM


Sumber: https://missobsesi.blogspot.my/

Saturday, 22 April 2017

Valentino Rossi - Gaya Rambut Terbaru (2017)

Tengah malam tadi dapat pun aku tengok Valentino Rossi beraksi dalam ujian masa MotoGP dekat litar lumba di Amerika. 

Penampilan terbaru Valentino Rossi ni menarik perhatian aku. Nampak lebih kemas bila Rossi botak macam ni. 



Valentino Rossi, Gaya Rambut Terbaru Rossi, MotoGP, MotoGP 2017, Grand Prix, Yamaha, Italy, The Doctor,


Dalam ujian masa tersebut Valentino Rossi berjaya mendapatkan petak yang ke-6 untuk perlumbaan MotoGP malam esok.



Valentino Rossi, Gaya Rambut Terbaru Rossi, MotoGP, MotoGP 2017, Grand Prix, Yamaha, Italy, The Doctor,


Sejak menonton MotoGP, aku da mula menjadi peminat Valentino Rossi yang di gelarkan sebagai 'The Doctor' oleh kerana prestasi perlumbaannya di litar lumba yang jauh lebih hebat berbanding pelumba MotoGP yang lain.


Valentino Rossi, Gaya Rambut Terbaru Rossi, MotoGP, MotoGP 2017, Grand Prix, Yamaha, Italy, The Doctor,


Selain prestasinya yang mengagumkan, sifat semulajadi Valentino Rossi yang tak sombong dan suka melayan kerenah fans dia ni la yang membuatkan aku tertarik sangat nak menonton MotoGP ni. Harap-harap ada la rezeki nanti untuk bertemu dan bergambar dengan Rossi bersama motor kesayangan dia.

Dan harapan aku untuk MotoGP 2017 ni da tentu la aku nak tengok Valentino Rossi naik podium bagi setiap perlumbaan dan sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk perlumbaan MotoGP 2017 ni.

Tuesday, 18 April 2017

Stay FOCUS!

Padang Jawa - UiTM Shah Alam - iCity Junction


If we realised our specific goal in life then we will not easily change our direction eventhough we have to pass through it in a bit longer and difficult path with slower steps. 

The only thing we need to do is focus and just stay until the finishing line because we only have this much of capability at this moment!

Empathy is the Key of Innovation

Recently I have to come up with an innovation idea to be contribute into construction industry. Our final product is safety shoe with some different function and technology not only for safety but it also for cormfirtable of our end users. 


Empathy, sympathy, innovation, construction tool idea, business idea,


This photo is part of Behind the Scence of our Technology Entrepreneurship (ENT600) Project prepared for IR DR HJH Che Maznah binti Mat Isa.

This is actually our second idea. The concept is to ease construction site labours during working hour and hopefully it works! 

Our first idea was great and outstanding but it is not related to construction industry and to be fair we have to come up with another innovation idea which something that can be contribute to construction industry.

Why we have to get feedback from our end users? It is because we need to go through the empathy process before we make any decision for our final innovation product.

What does it mean by the word of empathy?

Empathy and sympathy are two different word with a different meaning but they are interrelated to each other.

Sympathy means feelings of pity or sorrow for someone else's misfortune while empathy means the ability to understand and share the feelings of another or in another word empathy means we put ourselves in another person's shoes in order to feel their situation.

Thank you so much for reading this article of Empathy is the Key of Innovation.

Sunday, 16 April 2017

Blog Tutorial: Cara Tukar Template Blog (Blogspot)

Lama da aku fikir nak tukar TEMPLATE blog tapi asyik postpone je sebab masa awal-awal aku blogging dulu rasa macam susah je nak tukar template blog ni sampai stuck dan terus malas nak fikir pasal benda-benda teknikal pasal blog. 

Tapi bila aku cari info kat Google senang je rupanya nak tukar template blog ni. Tak ada la complicated macam yang aku fikir sebelum ni...So, alang-alang terlebih rajin hari ni aku buat jela Blog TUTORIAL Cara Tukar Template Blog ni sekali...hahahaha...

Sebenarnya ada dua cara macam mana nak tukar template blog ni. 

First, boleh tukar dekat Theme dalam Blogger dashboard, apply je template blog mana-mana yang korang suka. 

Cara yang kedua korang boleh download template blog sama ada secara PERCUMA atau BERBAYAR mengikut preferences template blog yang korang suka dekat website BloggerThemes atau pun THEMEXPOSE ni. Dalam tutorial ni aku download template blog ni dari website BloggerThemes.

Cara untuk tukar template blog ni senang je, just follow je steps dari gambar yang aku provide kat dalam tutorial ni ye...


Step 1: Pilih template blog yang disukai dari BloggerThemes then klik Download



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Pilih template blog yang disukai dari BloggerThemes then klik Download


Step 2: Bila da Download tu kena UNZIP kan ZIP FOLDER tadi and then cari XML document



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Bila da Download tu kena UNZIP kan ZIP FOLDER tadi and then cari XML document 


Step 3: Untuk memudahkan kerja, EXTRACT je XML document ni ke dekstop supaya senang nak cari



blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Untuk memudahkan kerja, EXTRACT je XML document ni ke dekstop supaya senang nak cari



Step 4SIGN IN ke BLOGGER dashboard then klik menu Theme kat side bar dan klik BACKUP/RESTORE kat bahagian atas belah kanan screen




blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
SIGN IN ke BLOGGER dashboard then klik menu Theme kat side bar dan klik BACKUP/RESTORE kat bahagian atas belah kanan screen


Step 5Klik CHOOSE FILE 




blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Klik CHOOSE FILE 



Step 6: Pilih XML document then klik UPLOAD. Then klik OPEN


blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Pilih XML document then klik UPLOAD. Then klik OPEN. 


So, boleh VIEW blog sekarang. Da siap!


blog tutorial, blogspot tips, cara tukar template blog, Tutorial,
Macam la rupanya bila da siap tukar template blog.



Tapi aku tukar template blog yang lain tau. Bukan blog Qiya Saad ni. Tapi sebenarnya kan apa yang aku maksudkan dan fikirkan selama ni bukan la template blog semata-mata tapi overall blog. Aku nak tukar semua sekali supaya blog aku nampak professional macam blog lain yang ada menu dan devide entry dalam category masing-masing tu. 

Macam blog aku sekarang ni bersepah kot, nak cari entry pun susah sebab tak ada menu semua tu. Lepas ni mungkin aku kena spend masa lama sikit untuk blog aku ni kalau tak rasa blog aku ni macam rumah orang pemalas je gayanya. 

Contohnya bila orang masuk rumah aku dan tanya aku " Weh, nak tumpang tandas kejap. Tandas kat mana ye?" Then aku pun jawab "Entah la, ko cari jela, ada tu...tapi aku pun da tak tau kat mana..." 

Hahaha... 

Macam tu la lebih kurang keadaan blog aku ni. 

So, nanti ada masa aku come up dengan tutorial untuk tukar overall blog kalau aku ada masa free la kan. Faham-faham jela kan selagi aku belum grad ni memang susah nak provide masa untuk buat sesuatu yang aku selalu classify kan sebagai "UNCERTAIN THINGS'. Means sesuatu yang kita buat tu belum tentu ada hasilnya. 

So, macam biasa aku kena keep priority first. Kena STUDY, STUDY, dan STUDY... Ni pun sebab aku ada gap dari pukul 12 pm sampai pukul 2.00 pm baru ada kelas semula, tu yang ada masa aku godek-godek blog kat makmal komputer ni. Hehehe...

Ok la, thanks sebab sudi singgah blog aku dan baca entry Blog Tutorial: Cara Tukar Template Blog (Blogspot) ni. Aku doakan semoga korang dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat. Amin...

Flower of MINE!




I don't know the name of this flower but it makes me smile this morning when I saw it blooms because I wait so long to witness the beauty of nature!

If you feel grateful to see this beautiful flower then say "Alhamdulillah".

Roti Paratha - Original Malaysian Puff Paratha jenama Tisha's

First time aku makan Roti Paratha Original Malaysian Puff Paratha jenama Tisha's ni. Aku beli kat kedai sejuk beku Az-Zain. Harganya RM5.00 lebih dan ada 5 keping.


Roti paratha tisha's


Nak masak roti paratha ni senang je. Goreng dalam kuali tanpa minyak. Bila warna da bertukar keperangan means da masak la. Pastu makan dengan susu pekat tu...best ooooo...hehe...

Roti paratha ni sesuai untuk buat sarapan pagi atau makan di waktu petang. Tapi jangan la makan selalu sangat nanti pipi tu naik macam kuih pau jangan salahkan aku plak...

Seludup Rokok dan Arak, Denda Minimum RM100,000.00

Denda minimum RM100,000.00 atau 10 kali nilai cukai akan dikenakan kepada penjual rokok dan arak seludup ekoran pindaan Akta Kastam 1967.


Rokok seludup, rokok tiruan, jenama rokok tiruan,


Ni maklumat yang aku dengar kat dalam berita TV3 tadi. Sekarang ni harga sekotak rokok Dunhill da RM17.50 sebab tu banyak rokok seludup dijual kat kedai-kedai runcit. 

Katakan la seorang perokok tegar hisap sekotak rokok setiap hari. Sebulan perbelanjaan untuk rokok (kalau hisap rokok Dunhill) je da RM525.00. 

Cuba bayangkan kalau buat pelaburan dalam unit amanah setahun nilai pelaburan da jadi RM6,300.00 dan tahun berikutnya akan terima dividen anggaran 8%-12% sebanyak RM504.00. Kalau konsisten melabur selama 5 tahun duit tu boleh la digunakan untuk tunaikan haji ataupun buat dana travel kan lebih bagus.

Macam mana la nak ubah mentaliti orang yang suka hisap rokok ni ye? Tak sayang ke duit tu lepas hisap rokok jadi asap je pun. Pastu boleh mendatangkan penyakit plak tu. Orang yang menghidu asap rokok dari korang lagi la teruk kesan dia. 

Kalau tak nak fikir pasal kesihatan diri korang cuba la prihatin sikit kat kami-kami yang tak hisap rokok ni akan terkena tempias dari asap rokok korang tu dan akan menjejaskan kesihatan kitorang ni tau tak. 

Kan bagus kalau pendapatan negara kita ni tak bergantung dengan hasil kutipan cukai import rokok. Nak jugak merasa duduk dalam negara yang udaranya bersih dari segala toxic dan racun-racun yang boleh mengancam nyawa ni.

Servis Fotografi Terbaik di Kaio Studio

Selama aku berkecimpung dalam dunia talents dan modelling hampir setahun ni ramai yang bagi semangat aku down sangat-sangat antaranya fotografer la. 


Susah nak jumpa fotografer yang bagus macam team Kaio Studio yang menawarkan servis fotografi yang terbaik dan tau jaga hati pelanggan macam jaga periuk nasi sendiri.



Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Aku sedar aku masih mentah dalam industri seni dan kreatif ni tapi at least jangan la condem aku yang baru nak belajar ni. 


Aku memang tak pandai posing, tak confirtable depan camera, dan tak confident. Sebab tu aku paksa dan cabar diri aku buat sesuatu yang aku selalu fikir aku tak akan mampu lakukannya. 



Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Aku pergi casting berlakon untuk TVC, casting untuk modelling, hantar profile dan portfolio sana sini, join macam-macam contest, dan macam-macam lagi semuanya semata-mata untuk build aku punya confident. 


Alhamdulillah ada yang offer untuk pelakon extra, casting modelling dan sebagainya tapi macam biasa la aku belum boleh bagi commitment untuk betul-betul berkecimpung dalam industri seni ni atas sebab-sebab tertentu.


Bila aku buat keputusan untuk menyertai sesi fotografi bersama Kaio Studio ni mental aku mula rasa down sebab aku sememangnya tak ada bakat. Takut kena kutuk dan kena marah dengan fotografer semua ada. 


Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Pernah kot aku kena marah dengan fotografer sebab tak pandai posing dan fotografer tu memang annoying gila tapi tak apa la aku tak nak mentioned siapa nama fotografer tu. Setakat model yang tak berapa nak ada job tak payah la berlagak sangat!

Tapi sejujurnya aku da serik untuk dapatkan servis fotografi daripada diorang even diorang offer RM50 sejam pun aku tak akan gunakan servis diorang lagi. Sebab diorang ni poyo gila dan bajet best je... 

Tapi bila sampai kat Kaio Studio tu aku sendiri yang offer untuk mulakan shoot sebab rasa confirtable sangat dengan diorang. Nak buat pose macam mana  pun semua diorang yang ajarkan. 


Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


Team Kaio Studio ni memang supporting sangat. Gambar pun superb! Da la sehari je shoot gambar da dapat. Banyak plak tu, just pilih je yang mana paling cun...

Tapi rugi sangat-sangat sebab aku cuma ada 3 pasang baju je waktu tu. Kalau aku tau servis Kaio Studio ni tip-top macam ni aku bawa je 5 6 pasang...hahaha...

Kalau nak tau Nora Danish ni adalah antara selebriti terbaru yang pernah berkunjung kat Kaio Studio ni tau. Bukan artis-artis biasa. Artis yang da berpengalaman pun gunakan servis fotografi dari Kaio Studio ni.


Servis fotografi, studio fotografi, fotografer shah alam, wedding photographer, photography service,


SIAPA KAIO STUDIO NI?


✅ Official videographer wedding of the year Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
✅ Official videographer wedding Ainan Tasneem & Ariffudin
✅ Official videographer pre-wedding Saharul Ridzwan & Deena Emir
✅ Official videographer wedding henna night Shukri Yahaya & Tya Adnan


Wah! Meletop kan team KAIO STUDIO ni! Sampai artis-artis pun guna servis diorang untuk majlis kahwin. Selain tu, team KAIO STUDIO ni bukan jadi pilihan artis je tau tapi turut menjadi pilihan golongan VVIP!


PENCAPAIAN KAIO STUDIO


✅  Top Fashion Videographer Award Winner by Glam Magazine Malaysia
✅  Fashion & travel video shoot with Anuar Zain in Paris.
✅  Fashion campaign video shoot for Ezuwan Ismail in Cairo, Egypt.
✅  Most viral wedding videographer 2016. (time freeze video)


APA SERVIS YANG DITAWARKAN?


✅ Wedding videography & photo
✅ Pre-wedding photo & video
✅ Wedding anniversary photo & video
✅ Oversea post wedding photo & video
✅ Multi Camera Production - Live feed video (MCP)
✅ Live update photography to social media
✅ Dan banyak lagi!


KENAPA KENA PILIH KAIO STUDIO?


1. BERPENGALAMAN dalam wedding video sejak tahun 2012 lagi.
2. Sudah merakamkan detik perkahwinan golongan SELEBRITI dan VVIP
3. Krew produksi yang berpengalaman serta sentiasa mempunyai idea-idea FRESH!
4. Turut terlibat dengan shooting di luar negara.
5. Produksi yang terlibat dalam program TV, muzik video, filem pendek dan banyak lagi.
6. Menggunakan peralatan shooting dan suntingan yang TERKINI DI PASARAN!
7. Harga yang super reasonable untuk kualiti TUJUH BINTANG!
8. Syarikat berdaftar bertaraf SENDIRIAN BERHAD.
9. Studio yang easy access terletak di Seksyen 13 Shah Alam.


KENAPA KENA BOOKING SEKARANG???


Slot Kaio Studio ni seminggu hanya ada 5 je. So, diorang akan fokus kepada setiap event dengan slot yang LIMITED EDITION ini! Kena booking cepat sebelum terlepas peluang mendapat sentuhan KAIO STUDIO. Booking cepat sebelum Kaio Studio ni FULLY BOOK!


Untuk sebarang pertanyan, sila hubungi 013-7707410 (Puan Aishah) dan 017-2360967 (Encik Anwar).

Atau walk-in ke KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD yang beralamat di

1-06 Metia Residence Office,
No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Waktu operasi: 12 tengah hari - 9 malam
(*tapi kena call diorang dulu ye.)


Atau kalau korang nak team KAIO STUDIO contact korang,
sila la komen 'HI KAIO STUDIO, SAYA NAK KAWEN'
atau PM diorang kat Facebook Page KAIO STUDIO di https://www.facebook.com/KaioStudio/ ni dan tunggu la diorang reply.

Ataupun kalau nak tengok hasil sentuhan Kaio Studio ni korang cari je hashtag #kaiostudio dan hashtag-hashtag lain macam kat bawah ni dekat Instagram atau Facebook.

#malaywedding 
#malayweddingguide 
#chinesewedidng 
#indianwedding 
#weddingvideo
#weddingvideography 
#weddingphoto 
#weddingphotography
#liveupdatephotography

Sampai sini je dulu untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry Servis Fotografi Terbaik di Kaio Studio.

Saturday, 15 April 2017

Makan di Restoran Sanoook Thai & Japanese di Sunway Pyramid dan Rasakan Kelainannya

Walaupun busy sempat jugak aku pergi makan tengahari kat Restoran Sanoook Thai & Japanese dekat Sunway Pyramid West Mall Hotel baru-baru ni. Sejujurnya menu-menu kat Sanoook ni agak baru bagi aku sebab aku ni bukan la jenis yang kaki makan dan jalan sana sini tu. Lagipun masa aku pergi Hatyai dulu tak ada plak menu Miengkam semua tu. Tom Yam tu biasa la kan...


japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,


Kalau pergi buat review Buffet Ramadhan pun aku tak akan makan semua benda sebab perut aku ni tak ada kapasiti nak makan banyak-banyak. Biasa kalau aku pergi kedai makan pun aku order makanan Thai jela contohnya off course la Tom Yam...hahaha...


japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,


Apa yang best kat Restoran Sanoook Thai & Japanese ni? 


Antara menu yang aku makan kat sini adalah 4 Seasons Plater/Miengkam, Sushi Burger - Chicken/beef, Tuna / Salmon / Vegetarian Sushi Roll, Coconut Soup with Chicken Wanton, Beef/chicken skewers with Massaman sauce, Tom Yam Fried Rice/Phad Thai, dan Thai Volcano/Mango Sticky Rice Ice Cream.

1) 4 Seasons Platter / Miengkam


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


2) sushi burger - chicken/beef


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


3) tuna / salmon / vegetarian sushi roll


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


4) coconut soup with chicken wanton


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


5) beef / chicken skewers with Massaman sauce


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


6) Tom yam fried rice / Phad Thai


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


7) Thai Volcano / mango sticky rice ice cream


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food, japanese food,


Sebelum aku cerita details tentang menu makanan kat Restoran Sanoook Thai & Japanese ni apa kata kita tengok dulu macam mana rupa restoran ni dari luar dan dalam. Aku suka suasana restoran dengan lighting yang tak menyeluruh macam ni. Sesuai dijadikan tempat untuk sambut Anniversary sebab aku rasa tema restoran ni nampak romantik sangat. Sweet tau kalau bawa husband atau wife kat sini.


japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,


japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,


japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,


Convenient kan Restoran Sanoook Thai & Japanese ni? Meja pun banyak. Interior design pun cantik, dan yang paling aku suka sebab konsep restoran ni ala-ala Go Green sebab warna-warna yang digunakan pun kebanyakannya dari warna-warna tumbuhan semulajadi.

Ok, aku rasa korang pun da tak sabar nak tau macam mana rasa makanan yang aku makan kat Restoran Sanoook Thai & Japanese ni kan.

Tapi biar aku bagi tau dulu taste aku macam mana so that nanti korang tak ada la cakap aku ni menipu korang plak kan. Aku ni simple je, makan semua benda kecuali batu dengan kayu...

Dan aku suka makanan yang masam-masam sikit, pedas tak pedas sangat dan favourite food aku da tentu la masakan Thai sebab kat mana-mana aku pergi pun aku akan order Tom Yam, tak payah susah-susah bagi menu kat aku...

Kat Restoran Sanoook Thai & Japanese ni mula-mula aku makan Phad Thai (Nasi Goreng Tom Yam) dan overall taste bagi aku nice jugak sampai dua kali tambah la. Rasa Tom Yam dia memang terasa sangat dan yang bestnya udang dia segar dan besar, nasi goreng tak kering dan tak berminyak, dan ada rasa masam-masak sikit.


japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,


japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,



Then aku makan Tuna/ Salmon/ Vegetarian Sushi Roll dan Beef Skewers with Massaman Sauce. Aku tak reti nak describe rasa sushi tu in details macam mana tapi rasa dia lain sikit dari sushi yang aku biasa beli kat hypermarket tu. Rasa dia off course lebih fresh dan lembut sebab yang kat hypermarket tu mungkin lama sikit terbiar kan. 

Beef skewers plak bagi aku rasa daging dia tawar sikit mungkin sebab aku tak makan dengan sos...so, Sanoook Thai & Japanese please jangan marah aku ye...hehe...tapi Massaman Sauce memang terbaik, sebab kombinasi rasa masam dan pedas yang tak berlebihan tu kena sangat dengan selera aku. Terlupa plak aku nak makan beef skewers ni dengan sos warna hijau atau Massaman Sauce tu, kalau tak mesti beef tu tak rasa tawar. 

Hishhhh...teruknya aku ni kalau bab-bab makanan, kadang-kadang orang cakap itu ini aku blur je sebab tak dapat nak imagine apa yang orang ceritakan kat aku. Banyak nama menu-menu makanan aku tak tau sebenarnya. Even yang simple-simple pun aku tak tau. 

Selain tu, aku makan Coconut Soup with Chicken Wanton. Kalau masakan Melayu kita ni rasa dan rupa Wanton tu lebih kurang je macam masak lemak putih cuma ada tambahan rasa sedap yang lain macam. Yang ni sapa yang belum pernah makan chicken Wanton aku syorkan korang makan kat Restoran Sanoook ni sebab rasa dia memang sedap sangat tapi macam biasa la semuanya bergantung pada taste kita sama ke tidak. Kalau tak sama mungkin lain la sikit rasa chicken Wanton ni bila korang makan. Setuju tak? Hahaha...layankan jela aku yang suka merepek ni kan...



japanese food, Restoran Sanoook Thai & Japanese Sunway Pyramid, Sanoook, tempat makan thai sedap, thai food,



Ok, sampai sini je entry Makan di Restoran Sanoook Thai & Japanese di Sunway Pyramid dan Rasakan Kelainannya. Terima kasih sebab korang sudi jengah blog aku ni. Bye and have a nice weekend guys...

Wan Nong Muzafar - Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni aku sempat bertemu dan bersembang secara santai dengan seorang tokoh usahawan yang bernama Tuan Wan Nong Muzafar di pejabatnya iaitu ILM Legacy Sdn. Bhd. yang bertempat di Putra Height Subang Jaya, Selangor dalam satu event yang diberi nama 'Bloggers Day Bersama Wan Nong Muzafar'.


Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017,


Topik perbualan kami adalah berkisar tentang latar belakang beliau dan jatuh bangun perniagaan Tuan Wan Nong Muzafar ini sehingga hampir diisytihar muflis pada suatu ketika dulu.

Nama Tuan Wan Nong Muzafar ini pernah menjadi viral apabila kisah hidupnya di tulis oleh The Vocket tahun lalu. Jika anda membuat carian di Google anda akan terjumpa beberapa portal online lain juga pernah menulis tentang beliau.


Profil Tuan Wan Nong Muzafar



Tuan Wan Nong Muzafar memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan dari Massey University, New Zealand pada tahun 1997 dan memulakan kerjayanya di Bank Bumiputera Discount House sebagai 'dealer' pasaran kewangan selama tiga tahun.

Merasakan kerjayanya tidak begitu mencabar beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan pada tahun 2001 bersama beberapa rakan lain dengan membuka syarikat pelopor Bumiputera yang dikenali sebagai MYGO (Malaysian Gamers Online). 

Syarikat tersebut yang menawarkan perkhidmatan 'Online Gaming Solutions' kepada portal Telekom Malaysia iaitu Blue Hyppo dan berjaya mendapatkan geran sebanyak RM500,000 dari Credit Guarantee Corp dalam tempoh setahun penubuhan MYGO.


Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017,


Beliau juga pernah menjadi penasihat perniagaan di Amir Consults yang memberi khidmat runding kewangan dan latihan kepada syarikat-syarikat korporat. England Optical Group, UEM MARA, dan FELDA adalah antara pelanggan beliau.

Pada tahun 2005 beliau diberi peluang bekerja di Kumpulan Media Karangkraf sebagai eksekutif di jabatan pemasaran di bahagian majalah dan dalam masa setahun beliau terus dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jabatan Pemasaran yang mempunyai 30 orang pekerja.

Antara program yang dijalankan oleh beliau semasa di Kumpulan Media Karangkaraf dan berjaya membuat keuntungan sebanyak RM200,000.00 adalah Malam Anugerah Perlancongan Libur yang disokong oleh Kementerian Perlancongan.

Beliau juga bekerjasama dengan jabatan pengiklanan untuk mengetuai kempen pemasaran akhbar Sinar Harian dan setelah sebulan akhbar Sinar Harian menjadi rujukan utama di Pantai Timur.

Pada tahun 2010 beliau telah berpindah ke Jabatan Perancangan Strategik Korporat yang mana beliau melaporkan diri terus ke COO (Chief Operating Officer) dan CFO (Chief Financial Officer) dan tugas utama beliau adalah memformulasikan sistem Key Performance Index (KPI) untuk setiap majalah.

Terkini, beliau adalah CEO kepada syarikatnya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan merangka strategi perniagaan berkaitan dengan aspek penjenamaan, pemasaran, pengurusan operasi, dan kewangan.

Secara keseluruhannya beliau mempunyai pengalaman lebih dari 16 tahun dalam bidang keusahawanan dan korporat. Beliau juga telah melatih lebih dari 2000 orang usahawan berpandukan pengalaman yang ditempuhi oleh beliau sendiri.

Beliau juga telah menghasilkan tiga buah buku ilmiah 'Best Seller' iaitu buku Kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1, dan Kuasai Perniagaan Internet Siri 2.


Projek Bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)



Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017, eUsahawan


Pada tahun 2014 beliau telah menghasilkan modul eUsahawan yang bertajuk 'Kuasai Formula Perniagaan' yang mana ianya menjadi rujukan kepada usahawan desa dan pelajar-pelajar vokasional (TVETS - Technical Vocational College) dan kejayaan program eUsahawan ini diukur dengan jumlah jualan terkumpul peserta program sebanyak RM7 Juta pada tahun pertama program eUsahawan ini dijalankan.


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017



Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017, eUsahawan


Tidak lama lagi Tuan Wan Nong Muzafar selaku CEO kepada ILM Legacy Sdn. Bhd. akan mengadakan satu seminar yang bertajuk Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 seperti maklumat yang tertera di bawah:-

Tarikh: 13 & 14 Mei 2017 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 am - 6.30 pm
Tempat: Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)

Seramai 7 orang ahli panel dijemput untuk berkongsi pengalaman menguruskan dan jatuh bangun perniagaan masing-masing sehingga berjaya antaranya adalah CEO Akademik Sinergy Tuan Fairul Ismail, CEO Jelitasari Tuan Wan Zaki, Pengarah Pemasaran Vidmill Faisal Badry, CEO Emorra & GGL Tuan Noorizam, selebriti Fynn Jamal dan Fizo Omar.


Siapa yang patut hadir ke seminar IBBP 2017 ini?



-berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula
-berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan
-usahawan yang 'STUCK' atau berniaga cukup-cukup makan
-usahawan yang ingin memahami pengurusan kewangan perniagaan
-usahawan yang ingin 'UPGRADE' perniagaan


Tokoh korporat, tokoh usahawan, Tuan Wan Nong Muzafar, ILM Legacy Sdn Bhd, Ini Bisnes Bukan Propa, IBBP 2017,


Petikan kata-kata Tuan Wan Nong Muzafar yang di ambil dari laman The Vocket yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi sekalipun bertentangan dengan pengalaman dan kelulusan akademik yang dimiliki.

"Jangan memilih sangat kerja, saya ada degree in finance tapi buat kerja kontraktor siap pakai baju lusuh, memang kalau tak kenal fikir saya ini SPM pun tak lepas. Never judge people, hanya tuhan yang layak jadi hakim kita. Yang penting apa jenis kerja pun biarlah halal." - Wan Nong Muzafar

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 sila emelkan kepada admin@wannongmuzafar.com atau hubungi En. Ahmad di talian 0136109391 atau sila layari laman web Tuan Wan Nong Muzafar di www.wannongmuzafar.com

Selain itu anda juga boleh dapatkan maklumat yang berkaitan dengan Tuan Wan Nong Muzafar ini di Facebook beliau https://www.facebook.com/wannongofficial/.

Menang Contest PIXY Sempurnakan Ku

Alhamdulillah syukur sangat-sangat sekarang ni rezeki aku melimpah-ruah rasanya. Baru-baru ni saja je la join contest 'PIXY Sempurnakan Ku' kat blog Sabby Prue. Disebabkan contest tu terlampau senang dan cuma kena tinggalkan komen je kat blog Sabby aku pun join la...tak sangka plak boleh terpilih sebagai salah seorang pemenang.


Pixy, pixy malaysia, pixy sempurnakan ku contest, contest, beauty, make-up, pixy two way cake,


"PIXY Sempurnakan Ku kerana PIXY Two Way Cake ini dapat menutup semua cela di wajah saya sama ada dengan sapuan kering atau basah. Ianya tahan lama dan tidak melekit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan diantara percaya atau tak saya da pun gunakan bedak compact PIXY selama hampir 10 tahun. Hasilnya sangat memuaskan dengan harga yang mampu milik!" - Qiya Saad

So, sebagai penghargaan, aku dapat Beauty Box dari PIXY Malaysia disebabkan aku ni adalah diantara pengguna setia compact powder jenama PIXY ni dan yang paling best aku dapat something yang last week aku baru je terfikir nak beli sebab memang barang tu keperluan aku. Tiba-tiba hari ni aku dapat barang tu tanpa perlu mengeluarkan duit poket aku walau sesen pun. Terharu kot...


Pixy, pixy malaysia, pixy sempurnakan ku contest, contest, beauty, make-up, pixy two way cake,


Mesti korang nak tau barang apa la yang aku nak sangat tu kan? Fungsi barang ni sama dengan apa yang aku nak tu cuma barang ni comel sangat-sangat dan tak terfikir pun aku akan dihadiahkan benda yang cute macam ni sampai terasa diri aku ni macam ada kuasa sakti Sailor Moon "dengan kuasa bulan akan menghukum mu!"

Hahahahaha...

Actually benda ni adalah PENDRIVE yang ada tulisan PIXY truly asian beauty macam dalam gambar kat bawah ni. Cantik kan? Nanti kalau ada sesi photoshoot boleh la aku gunakan pendrive yang comel ni sebagai aksesori. Nampak tak aku appreciate this thing so much...hehehe...


Pixy, pixy malaysia, pixy sempurnakan ku contest, contest, beauty, make-up, pixy two way cake,


By the way, thanks aku ucapkan kepada Sabby Prue dan PIXY Malaysia for these meaningful gifts and thanks to you guys as well sebab membaca entry Menang Contest PIXY Sempurnakan Ku ini.

Wednesday, 12 April 2017

Drama Misteri Wan Peah (Full Episod)

Tadi aku terbaca header berita dari mstar online, Drama Misteri Wan Peah ni ditoton oleh 10 Juta orang. Wow! Hebat kan drama Misteri Wan Peah ni...

Walaupun setiap minggu ada je netizen update status di Facebook tentang drama Misteri Wan Peah ni tapi malangnya aku belum sempat lagi nak tengok drama ni sampai la drama ni da pun tamat siarannya kat TV3 baru-baru ni.

So, aku mampu kumpulkan semua episod drama ni dan bila ada masa terluang nanti baru la aku boleh marathon dari satu episod ke episod seterusnya tanpa henti menonton drama seram Misteri Wan Peah ni.

Judul: Misteri Wan Peah
Episod: 20 episod
Tarikh Tayangan: 13 Febuari 2017
Hari / Masa: Isnin-Rabu, 10.00 malam
Siaran: Slot Seramedi TV3
Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Azman Yahya (Jinggo)
Terbitan: JS Pictures Sdn Bhd


Drama, drama melayu, misteri wan peah, drama seram,


Pelakon:
Normah Damanhuri, Ariff Aziz, Sasqia Dahuri, Ashraf Jamaludin, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Sweet Qismina, Usop Wilcha, Dalimawati, Indah Emeerlda, Sherry Alhadad, Cat Farish, Zarina Zainuddin.


Tonton Misteri Wan Peah Full Episod





Drama-drama Melayu terbaik sepanjang zaman