Followers

Tuesday, 28 March 2017

Sakit Gigi Bongsu? Wisdom Teeth...

Kronologi sakit gigi bongsu (wisdom teeth) aku ni still belum habis lagi. Dah 2 hari sakit gigi sampai demam dan cramp kaki serta sakit-sakit satu badan baru la pergi ambil ubat kat Klinik My Care.


Sakit gigi, gigi bongsu, wisdom teeth, teeth surgery, pembedahan gigi bongsu,
Ubat deman dan ubat tahan sakit


1 biji ubat tahan sakit (Declofenac Sodium 50g) 3 kali sehari dan 2 biji ubat demam (Paracetamol 500g) 4 kali sehari da cukup untuk menghilangkan sakit gigi untuk sementara waktu.

Lepas makan ubat sakit pun beransur hilang dalam masa setengah jam. Dapat la lelapkan mata dan bila tersedar je peluh tak payah cakap la sampai meleleh-leleh. Lencun satu badan. Tilam pun basah. 

Sekarang ni alhamdulillah da tak demam lagi cuma kena pergi follow up appointment untuk X-ray wisdom teeth tu nak tengok sama ada kalau buat surgery akan bagi effect pada nerve system tak. 

Sakit gigi ni memang akan buat seseorang tu rasa tak tentu arah. Macam kucing nak beranak je. Baring tak kena, duduk pun serba tak kena. Kalau tak makan ubat memang temperature badan akan cepat naik sebab badan kita tengah melawan kesakitan tu. Tapi bila antibodi da tak kuat kena makan ubat sebab akan berlaku high fever sampai cramp kaki, sakit satu badan, sakit pinggang, dan sebagainya.

Jadi kalau sakit gigi lagi-lagi wisdom teeth ni better korang makan ubat tahan sakit dan ubat demam, dapatkan rehat yang secukupnya, dan walaupun sakit gigi korang tetap kena makan supaya badan kita dibekalkan dengan nutrisi yang secukupnya supaya badan kita tak lemah, makan makanan yang lembut dan mudah dihadam seperti bubur, sup, buah-buahan, nestum atau oat, dan sebagainya. 

Selain itu, air manis pun kena minum juga supaya badan kita ada tenaga, dan yang penting jangan lupa minum air kosong yang secukupnya atau 2 Liter setiap hari supaya badan kita mudah membuang toksik. Untuk mengurangkan kadar pembiakan bakteria dalam mulut dan juga di kawasan gusi yang bengkak amat la disyorkan agar korang menggunakan mouth wash seperti Listerin atau berkumur dengan air garam sekerap yang mungkin.

Terima kasih kerana membaca artikel Sakit Gigi Bongsu? Wisdom Teeth... ini.

No comments:

Post a Comment