Followers

Thursday, 16 February 2017

Resepi Daging Masak Minachi

Resepi Daging Masak Minachi. First time aku makan daging masak minachi ni kat rumah cousin aku kat Felda Kota Gelanggi 3, Pahang time hari raya puasa. Wife cousin yang masak. 

Memang sekali rasa macam tak nak berhenti makan je. Tapi aku tak pasti plak daging masak minachi ni original dari mana tapi wife cousin tu orang Melaka.

Minachi ni adalah perkataan dalam Bahasa India yang bermaksud perempuan muda yang masih belum kahwin. Maybe asal dia perempuan muda yang masak kot resepi ni so jadi la dia Resepi Daging Masak Minachi ni.


Resepi Daging Masak Minachi, Resepi, masakan Melayu, resepi daging,
Daging Masak Minachi

Resepi Daging Masak Minachi


Bahan-bahan:-

Daging 500g
Bawang putih 5 biji
Bawang kecil 5 labu
Bawang besar 2 labu
Cili kering 10 tangkai
Halia 1 inci
Kentang 1 biji
Asam keping 1 keping
Kicap secukupnya
Garam secukup rasa
Gula 2 sudu makan
Air 500 ml
Minyak


Cara-cara memasak:-

  1. Rebus daging sehingga empuk.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, bawang besar 1 labu, dan cili kering. Kemudian tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan daging yang telah empuk, kentang yang dipotong enam, bawang yang dipotong sebagai hiasan, asam keping, kicap, garam, dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Bila kentang dan bawang sudah masak tambahkan 2 sudu makan gula. Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dihidang bersama nasi putih atau nasi impit.


Sila klik gambar untuk ke laman web Lazada Malaysia


Selamat mencuba Resepi Daging Masak Minachi dan terima kasih kerana membaca blog Qiya Saad dotcom.

No comments:

Post a Comment