Followers

Tuesday, 24 January 2017

Koleksi Ayat Pick-Up Line Ala-ala Sepahtu

Sapa yg belum tidur tu meh aku belanja pickup line untuk eratkan hubungan suami isteri. 

Sekarang ni macam da jadi trend kan orang suka buat ayat pick-up line macam Sepahtu yang ada perkataan Cia Cia Cia Cia tu. Tak kira la budak-budak baru nak up atau pun orang dewasa mesti pandai bergurau atau update status ayat pick-up line ni termasuk la aku. Hahaha...


Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google


Ayat pick-up line macam yang selalu artis-artis atau pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega guna tu sweet sebenarnya lagi-lagi budak-budak Sepahtu si Jep, Shuib, dan si Rahim tu. Ada je idea diorang ni nak buat lawak. 

Lagi-lagi si Jep tu memang panjang akal dan cepat je tangkap keadaan sekeliling dia. Kadang-kadang apa yang si Jep tu cakap kita tak pernah terfikir pun. Spontan plak tu.

Meh try ayat pick-up line ni kat pasangan korang atau korang ubah la sikit. Mesti best nanti. Tak ada la bosan sangat rumahtangga korang tu atau pun kalau yang da bertunang tu boleh je gunakan ayat pick-up line yang ke dua tu untuk bergurau.

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 1


Suami: Sayang, kipas ni nombor berapa ye?
Isteri: Kenapa, sejuk sangat ke?
Suami: Aah.
Isteri: Entah la abg, tak tau la kipas ni nombor berapa, yg sayang tau abang nombor satu dihati sayang. Hahahahaha...
Suami: Cia cia cia cia (sambil tergelak)

Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 2


Isteri: Abang, abang ni memang seorang pemandu yg berjaya ke?
Suami: Ha? (Blur sekejap)
Isteri: Sebab abang da berjaya membawa cinta sayang kat dalam hati abang.

Hahaha...



Ayat pick up line, sepahtu, maharaja lawak mega, jep sepahtu, shuib sepahtu, rahim sepahtu, astro, maharaja lawak, super spontan, sepahtu reunion
Sumber gambar dari Google




Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 3


Suami: Hujan ke?
Isteri: Aah la hujan. Sejuk kan abang kalau hujan?
Suami: Aah (senyum). Kenapa?
Isteri: Sejuk je hati ni rasa macam sejuk bila tengok muka abang (senyum).
Suami: (ketawa)

Ingat sejuk-sejuk nak buat apa?

Hahaha...

Kuning sangat otak...


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 4


Isteri: Nah selimut.
Suami: Panas la... Panas sebab terkena panahan cinta awak...
Isteri: Hahahaha...owh da pandai ye sekarang guna ayat pick-up line.
Suami: Ingat sayang sorang je ke ada ayat pick-up line.


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 5


Isteri: Abang, sayang nak beli sesuatu lah. Tapi mesti abang tak bagi.
Suami: Sayang nak beli apa?
Isteri: Sayang nak beli cinta di hati abang... Hahaha


Koleksi ayat pick-up line ala-ala Sepahtu 6


Suami: Panas lah sayang.
Isteri: Tak lah!
Suami: Abang panas...sebab abang terkena bahang cinta sayang. Cia cia cia cia...


Kalau korang ada banyak ayat pick-up line yang best share la kat komen kat bawah ni tau. Terima kasih sebab sudi baca entry Koleksi Ayat Pick-Up Line Ala-ala Sepahtu kat blog aku ni.

No comments:

Post a Comment