Followers

Tuesday, 31 January 2017

Kadar Baru Minyak Petrol dan Diesel 1 FEB 2017

Trend harga barang-barang keperluan sekarang ni semakin lama semakin naik. Lagi-lagi harga minyak petrol dan diesel. Sejimat mana sekali pun kita bab-bab minyak petrol dan tol memang terpaksa surrender. Pusing ikut mana pun tak akan boleh berjimat punya.

Setiap tahun entah berapa kali harga minyak naik. Lebih dari dua kali aku rasa. Bukan la nak mengharapkan subsidi je kan tapi semua orang terbeban dengan kenaikan harga minyak ni sebab ianya satu keperluan harian. 

Lagipun status miskin bandar yang berpendapatan RM3,000  ke bawah sebulan ni ramai. Memang sangat-sangat terbeban la dengan harga barang mahal nak mampos macam da tak masuk akal ni.

Kadar baru minyak petrol dan diesel 1 FEB 2017


Ron95 RM2.30 seliter 
Ron97 RM2.60 seliter
Diesel  RM2.15 seliter

Berkuatkuasa pada pukul 12 A.M 1 FEB 2017.


Harga minyak petrol dan diesel feb 2017
Info dari mysumber.com


Dari info yang aku baca dari portal mysumber.com harga runcit RON97 ni bergantung kepada harga purata bulanan dunia yang dilaksanakan untuk penetapan harga runcit RON97 ataupun dipanggil apungan terkawal atau terurus.

Ini bermaksud jika harga pasaran minyak mentah meningkat maka harga minyak dunia juga akan meningkat. Harga minyak petrol dan diesel ni juga bergantung kepada nilai matawang RM berbanding USD. Jika nilai matawang RM naik, harga minyak petrol dan diesel akan turun.

Harga purata bulanan pula bermaksud setiap bulan harga minyak petrol dan diesel kemungkinan akan naik atau turun bergantung kepada berapa jumlah harga minyak petrol dan diesel setiap hari yang dibahagikan dengan bilangan hari yang terdapat dalam bulan tersebut. Harga purata minyak petrol dan diesel bulanan semasa akan menentukan berapa kadar baru minyak petrol dan diesel untuk bulan depan.

Nampaknya aku nak kena usha HYDBRID CAR la plak kalau macam ni. Selagi boleh tambah keuntungan selagi tu la ada je jalan diorang ni kan. Walaupun harga minyak petrol dan diesel ni mengikut harga pasaran dunia tapi rakyat tak sepatutnya dibebankan dengan harga pasaran dunia yang tak stabil disebabkan nilai RINGGIT yang tak kukuh. Inilah yang di panggil matlamat tak menghalalkan cara! 

1 comment:

  1. Aduhai... Harga petrol naik lagi. Bagaimanalah nasib rakyay Malaysia yang kini semakin tersepi?.

    ReplyDelete