Followers

Thursday, 26 January 2017

Belajar Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda seorang usahawan, Blog adalah satu medium yang wajib anda miliki untuk memudahkan para prospek atau pelanggan berurusan dengan anda sama ada untuk membuat pembelian produk, mendapatkan perkhidmatan yang anda sediakan secara online, mencari maklumat tentang produk tersebut melalui perkongsian daripada testimoni, membuat perbandingan harga, memastikan anda adalah seorang peniaga yang benar-benar wujud, dan sebagainya.

Memiliki sebuah Blog bukan la satu perkara yang susah sangat sebenarnya. Tak perlu keluar duit pun kalau guna platform Blogger macam blog saya ni. Cuma kena sanggup buat satu Pelaburan iaitu pelaburan ilmu melalui pengetahuan yang boleh diperolehi dari E-Book Belajar Buat Blog ni.



advertorial, blogging tutorial, Event, launching event, Nuffnang, Part Time Job, Pendapatan sampingan, Review, Search Engine Optimization, SEO, SEO teknik, Tips Blogging, tips blogging untuk newbie, Ebook Belajar Buat Blog,



E-Book Belajar Buat Blog ini mempunyai 119 muka surat dan dibahagikan kepada 7 bab kesemuanya iaitu:

Bab 1: Nak buat blog tentang apa?
Bab 2: Langkah-labgkah buat blog dengan blogspot.
Bab 3: SEO Nadi Kekuatan Blog
Bab 4: Buat duit dengan blog
Bab 5: Rahsia Buat Duit dengan Affiliate
Bab 6: Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
Bab 7: Rumusan dan Penutup


Selain usahawan siapa lagi yang perlu memiliki blog? 


Semua orang yang ingin menjana pendapatan tambahan secara online atau secara digital wajib ada sebuah blog. Betul ke dari blog boleh dapat duit? Tu soalan pertama yang bermain difikiran anda kan? 

Betul, dari blog anda boleh dapatkan income seperti apa yang saya da capai sekarang ni iaitu setiap bulan saya ada income dari blog. Sikit ke banyak tu belakang kira. Yang penting saya boleh sambil-sambil online dan tulis blog secara santai, baring-baring, goyang goyang kaki, dan bila da siap tulis blog tu yang saya tau duit akan masuk ke dalam akaun bank saya tak lama lagi. 

Senang kan kerja sebagai seorang Blogger ni? Satu fakta yang anda perlu tau tentang Blogger Malaysia ni adalah kebanyakan blogger Malaysia ni cuma bekerja secara sambilan/part time 100% dari rumah je. Sambil-sambil jaga anak sambil-sambil Belajar Buat Blog.

Ada antara blogger yang berjaya menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan sama ada dalam bentuk RM ataupun USD hanya dari blog je. Saya kenal dan pernah jumpa mereka ni secara berdepan di sebuah event tahunan bukan saja untuk blogger Semenanjung Malaysia malah blogger dari Sabah, Sarawak, dan Indonesia juga hadir di event tersebut. 

Satu je persamaan antara semua blogger ni tak kira la blogger Malaysia atau blogger luar negara, pakar dalam teknik SEO atau pakar dalam teknik mengedit blog,  iaitu mereka ni tak pernah berhenti Belajar Buat Blog, belajar dan terus belajar semua teknik-teknik untuk menjana pendapatan yang lumayan dari blog.

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya dari mana duit tu datang kalau anda hanya tulis blog je kan? Pendapatan dari blog ni luas sebenarnya dan ada pakar-pakar blog yang menggelarkan blog ni adalah sebuah pelaburan yang bila mana cukup tempoh matang nanti ianya akan memberikan pulangan seperti dividen yang anda dapat dari pelaburan ASB tu. Ada juga pakar blog yang menggelarkan blog adalah lubuk duit

Tapi persoalannya macam mana nak jana income dari blog?


Ada banyak cara untuk menghasilkan pendapatan dari blog antaranya:

1. Menulis review atau advertorial untuk pelbagai produk contohnya produk kecantikan, produk digital, produk kesihatan, dan sebagainya. 

2. Dari platform pengiklanan seperti Nuffnang dan Innity.

3. Google Adsense yang terbukti memberi pulangan dalam nilai ribu-ribu USD.

4. Perkhidmatan link shortener untuk memendekkan link url sesebuah blog, dan sebagainya. 

Semua yang saya sebutkan diatas mungkin istilah yang terlalu baru untuk anda fahami jika anda tidak memiliki blog atau baru berjinak-jinak untuk menulis blog tapi jangan risau sebab semuanya yang berkaitan dengan blog ini anda boleh pelajari asas-asasnya dari E-Book Belajar Buat Blog ni. 

22 comments:

  1. semoga berjaya dalam kontest ini nanti..belajar buat blog..

    saya belum mahir lagi sebab itu sentiasa hendak belajar buat blog yang gempak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Saya pun belum mahir lagi tentang blog dan sentiasa cari ruang dan peluang untuk belajar lebih mendalam.

      Delete
  2. sebenarnya tak sia-sia belajar buat blog. Macam-macam boleh buat dengan blog. Kemudahan internet di restoran, kafe, hotel dan banyak lagi dah ada, so gunakan kemudahan tersebut untuk kita jana pendapatan. Anda buat anda dapat..Yer tak?

    http://www.myideakini.com/2017/01/belajar-buat-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lebih baik kita manfaatkan kemudahan internet yang disediakan tu...

      Delete
  3. paling best bila dapat bina networking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Saya pun baru 2 tahun lebih je aktif berblog da kenal ramai blogger lain seluruh Malaysia tak mengira bangsa. Networking la yang paling best. Ramai kawan baru kan...

      Delete
  4. smoga berjaya ye kpd smua pserta.. :D bkan sng nk main SEO ni.. huhu

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Inshaallah ada masa saya balas kunjung ye 😊

      Delete
  5. Semoga berjaya.

    Mohon tunjuk ajar blogger baru seperti saya ;-) . Salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan salam perkenalan kembali. Biasa blogger baru la ada idea yang baru dan segar boleh bagi ilham kat blogger biasa-biasa macam saya ni 😊

      Delete
  6. Good luck! Blogging memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ye betul saya setuju blogging memang best...

      Delete
  7. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali. Terima kasih ye 😊

      Delete
  8. Salam QiyaSaat.....

    Ramai blogger sekarang wslaupun dah hebat masih terus belajar buat blog.

    Moga betjaya buat Qiya Saat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Betul tu tuan Kamil Salleh. Nak berjaya tak boleh jemu belajar sehingga berjaya.

      Delete
  9. Blog satu pelaburan. Betul tu .. ada rakan blogger dia buat duit dengan domain nama blog je. Dah ada ranking baik, terus jual ... malah ada yang berjaya jual RM5K hanya untuk sebuah blog yang dah lama ditinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks untuk info ni Tuan Hasrul Hassan. First time saya tau ada blogger yang hebat sampai macam ni sekali. Saya ni jauh lagi perjalanan dalam dunia blog ni at least ada achievement...ekekeke

      Delete
  10. best kan bila dpt jana income... tak sia-sia menulis :D (salam kenal, done follow sini)

    ReplyDelete
  11. terima kasih...info yang sangat berguna

    ReplyDelete