Followers

Saturday, 30 July 2016

Cara Orang Cina Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu amalan tradisi yang perlu dipatuhi untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin. Tempoh berpantang pula berbeza. Ada yang berpantang 44 hari, 60 hari, dan 100 hari. Jika masyarakat Melayu berurut selepas bersalin, masyarakat Cina juga mempraktikkan amalan yang sama. Tetapi ada beberapa perkara yang membezakan cara masyarakat Cina di Malaysia ini berpantang.

Amalan-amalan tradisi seperti berurut, bertungku, bertangas, mandi air herba, dan berlulur adalah sinonim dengan kaum Melayu. Ibu yang diurut oleh bidan bersalin dipercayai dapat membantu keadaan urat yang kembang dan cedera kembali pulih. Keadaan ibu yang baru lepas bersalin adalah sangat lemah kerana seluruh tenaganya digunakan untuk proses meneran bayi dalam kandungan ketika bersalin.

Amalan berurut ini biasanya akan dilakukan selama 3 hari dan 7 hari. Ketika proses berurut seluruh badan akan diurut oleh bidan bersalin dan ketika ini bahagian peranakan yang perlu diberi perhatian. Peranakan atau rahim wanita yang mengembang dan jatuh perlu diperbetulkan iaitu ianya perlu ditolak perlahan-lahan oleh bidan urut supaya ianya kembali ke kedudukan asal. Jika tak diberi perhatian wanita akan mudah mengalami prolaps ataupun dipanggil tombong. Tombong ini adalah pangkal rahim atau peranakan yang terkeluar dari kemaluan wanita. Sebab itu lah pentingnya amalan berurut bagi perempuan yang baru lepas bersalin ini.

Ketika dalam proses berurut, bertungku juga akan dilakukan bertujuan untuk mengecutkan semula urat yang bengkak, membuang angin, dan juga melancarkan peredaran darah. Tapak kaki, peha, betis, punggung, pinggang, bahagian peranakan, dan belakang badan akan ditungku menggunakan batu sungai yang sederhana saiznya.

Wanita Melayu biasanya berpantang akan ditemani oleh ibu, ibu mertua, atau saudara mara selama tempoh berpantang atau beberapa hari. Segalanya akan diuruskan oleh mereka bagi meringankan beban si ibu yang baru lepas bersalin. Tetapi lain pula dengan wanita yang berbangsa Cina. Biasanya ketika dalam tempoh berpantang mereka akan mengupah orang gaji untuk menguruskan hal rumahtangga. Bayi mereka juga kebiasaannya akan tidur bersama pembantu mereka. Mereka hanya akan berehat tanpa melalukan apa-apa kerja termasuklah menjaga bayi semata-mata untuk kembali sihat. Kos upah orang gaji pula adalah sekitar RM5000 sepanjang tempoh berpantang.

Sunday, 24 July 2016

Pampers Goo.N Murah di Lazada Big Baby Fair 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pening jugak kepala kadang-kadang bila nak pilih jenama pampers ni. Maklum la yang pakainya baby..bukannya kita..kalau boleh biar la anak kita tu rasa selesa walaupun pampers cuma salin 3 kali je sehari. Kalau pampers tu 8 jam dipakai tapi still tahan lagi, tak bocor, baby tak gatal..means pampers tu bagus la kan...

Korang pernah tak dengar pampers jenama Goo.N? Aku first time tau pasal pampers jenama Goo.N ni..Disebabkan tak pernah dengar sebelum ni so aku pun Google la..Brand Goo.N ni dari Jepun rupanya... Kalau kereta Mitsubishi Lancer keluaran syarikat Jepun tu boleh jadi kegilaan ramai disebabkan kualiti yang bagus dan harga yang mampu milik, tak mustahil pampers Goo.N ni pun akan disukai ramai dan lagipun memang da jadi satu barang keperluan kalau ada baby..betul tak? 




Sempena Lazada Big Baby Fair yang akan diadakan secara langsung dari 27-31 Julai 2016, korang boleh dapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi pelanggan baru dengan menggunakan kod Baucer '20LAP20'. Jadi jangan lepaskan tawaran hebat ni!

Wednesday, 20 July 2016

Althea Korea - Sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Pertama (AltheaTurns1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni 20hb Julai 2016 adalah sambutan ulang tahun yang pertama buat gedung barangan kecantikan  online dari Korea atau K-Beauty iaitu Althea. So, let's wish HAPPY BIRTHDAY to Althea. Althea already turns 1 this year. Yeah!


Althea Korea, Althea Malaysia, Qiya, Qiya Saad, Altheaturns1
#altheaturns1


Althea Korea, Althea Malaysia, Qiya, Qiya Saad, Altheaturns1
Happy Birthday to ALTHEA ( #altheaturns1 )


Actually aku ni bukan la pandai sangat beli barang secara online, lagi-lagi barang kosmetik atau produk kecantikan..mesti nak kena belek dan fikir banyak kali baru beli..tapi disebabkan brand produk-produk yang di jual dari website Althea ni banyak yang popular contohnya Skinfood, Innisfree, W.Lab, The Face Shop, dan macam-macam lagi sebab tu la misi shopping online aku BERJAYA! 




Kalau shopping online apa benda yang paling penting korang rasa? Kualiti produk? Off course la kena fikir kualiti dulu then baru boleh decide nak beli barang apa kan...Selain kualiti produk kecantikan K-Beauty dari Althea ni, servis penghantaran pun kena ambil berat jugak. Bagus ke tak delivery service dia...yang tu kena fikir..tapi kalau shopping kat Althea jangan risau sebab tempoh penghantarannya sangat pantas tapi bergantung juga la pada barang yang korang order. Kalau barang ready stock tak lama, 2 3 hari da sampai ke doorstep korang..Tapi kalau stok tak standby dekat Althea Malaysia mungkin barang yang korang order tu lambat sikit dapat sebab diorang shipping dari Korea. Macam contoh gambar bungkusan kat bawah ni..aku order hari Isnin, Jumaat da sampai..tu pun tolak cuti raya puasa 6 & 7hb Julai 2016 hari tu..cepat kan delivery Althea ni..


Althea Korea, Althea Malaysia, Qiya, Qiya Saad, Altheaturns1


Nak tau produk apa yang aku pilih? Aku shopping tak banyak pun..3 barang je dengan harga yang sangat-sangat berpatutan cuma RM158 je untuk produk dari jenama Skinfood, Innisfree, dan W.Lab. Nak tau barang apa yang aku beli dari Althea ni korang boleh tengok dekat bawah..dan ada 2 barang FREE gift dari brand Innisfree iaitu green tea cleansing foam dan the green tea seed serum. Tak sabar nak pakai!


Althea Korea, Althea Malaysia, Qiya, Qiya Saad, Altheaturns1
Produk kecantikan jenama Innisfree, W.Lab, dan Skinfood dari Althea.


1. Skinfood - Royal Honey Essential Emulsion


Althea Korea, Althea Malaysia, Qiya, Qiya Saad, Altheaturns1
Skinfood - Royal Honey Essential Emulsion


2. Innisfree - No Serum Blur Primer


Althea Korea, Althea Malaysia, Qiya, Qiya Saad, Altheaturns1
Innisfree - No Serum Blur Primer



3. W.Lab - Honey Beam Soap


Althea Korea, Althea Malaysia, Qiya, Qiya Saad, Altheaturns1
W.Lab - Honey Beam Soap

Apa kelebihan kalau shopping online di Althea Korea ni? Haaa..part ni yang paling best tau..sempena sambutan ulang tahun #altheaturns1 dari 20hb sehingga 31hb Julai 2016 ni ada 3 kelebihan kalau korang shopping online dari website Althea ni..


1. Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit.




2. Free Goodies untuk 1,500 pembeli terawal. Sementara stok masih ada.




3. Birthday Giveaway. Pilih 3 Top Seller untuk dapatkan REBATE 100%. Rebate akan dikreditkan dalam akaun.




Untuk meraikan sambutan ulang tahun Althea yang pertama ni, satu pertandingan telah pun berlangsung bermula dari hari ni 20hb Julai - 15hb Ogos 2016. Caranya senang je, shopping barang-barang kecantikan K-Beauty kegemaran korang dari website Althea Korea di my.althea.kr ni then bila pesanan korang da sampai wish la happy birthday to Althea dengan hash tag altheaturns1 (#altheaturns1) dekat Instagram dan korang mungkin berpeluang memenangi hadiah menarik seperti Macbook Air, IPad Air 2, iPhone 6s, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, kredit Althea, dan hamper barangan kecantikan dari Althea. Jumlah keseluruhan hadiah untuk dimenangi adalah KRW10,000,000. WOW! Banyak tu...



So, apa tunggu lagi? Jom la shopping barang-barang penjagaan kulit dan alat-alat solek yang berjenama dari KOREA hanya di Althea! dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dari #altheaturns1 CONTEST!!!

Monday, 18 July 2016

Kenapa Genting Highlands Boleh Maju?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Genting Highlands. Ingat lagi dulu nak sampai kat puncak Genting Highlands tu rasa kecut je perut. Dalam hati puas doa jangan la putus tali clutch kereta. Kalau tak memang tersadai la kat bukit Genting tu.

Sejujurnya aku tak pernah menikmati keindahan Genting Highlands tu dan hari ni aku bukan nak cerita apa yang menarik yang ada kat Genting Highlands. Tapi aku nak share info yang aku dapat dari training FIFR atau pun nama penuh dia Fund Information & Financial Report. Semua ni training untuk pelaburan Unit Amanah.


Sumber: theluxurytravelexpert.com


Hari ni satu hari dari pagi sampai petang aku spent masa dekat Office Public Mutual Cawangan Shah Alam tau. Sakit betul pinggang aku ni..hahaha..mengada-ngada je! Sebenarnya aku sampai lewat tadi. Sepatutnya training start pukul 9 pagi tapi aku sampai pukul 10 pagi..hahaha..adoi..teruk betul aku ni..

Tapi bukan aku sengaja lewat tau, aku tak berapa sihat sebenarnya..semalam satu hari aku sakit perut..da la petang semalam kena jumpa client, da pergi kat lokasi tu client pulak tunggu supplier dia kat Shah Alam tak sampai-sampai. Terpaksa set appointment hari lain plak..

Dengan aku belum makannya lagi masa tu sebab busy set appointment dengan client...perut plak buat hal..pagi tadi memang aku tak larat nak bangun..celik mata tidur balik..sedar-sedar pukul 8.30 pagi..ikut hati memang tak nak pergi da training tu tapi aku paksa juga walaupun badan aku langsung tak bermaya..

Tragis tak cite aku ni? Hahaha...tapi kan..lepas dapat breakfast nasi goreng free tu terus aku sihat..hihi

Ok, now kita back to cerita pasal macam mana Genting Highlands boleh maju ataupun apa industri terbesar yang dapat menyumbang kepada kemajuan Genting Highlands. Aku rasa satu sebab ni semua orang tau. Betul tak?

Aku tak nak kupas panjang-panjang dengan lebih detail tentang faktor-faktor peningkatan ekonomi Genting Highlands tu. Apa yang aku boleh ringkaskan kat sini adalah berkaitan dengan tiga sektor utama yang betul-betul bagi impak kepada Genting Highlands iaitu Kasino, Theme Park, dan Hotel.

Sebagai seorang perunding unit amanah aku kena tahu semua info-info ni. Lagi-lagi aku terlampau baru dalam bidang pelaburan ni so aku kena share info yang aku tahu supaya aku tak lupa fakta-fakta penting ni.




Lagi satu kalau korang berminat dengan pelaburan contohnya saham tahniah aku ucapkan sebab korang tergolong dalam golongan orang-orang yang bijak merancang masa depan. Tapi aku nak ingatkan korang sebagai Muslim kita patut pilih instrumen pelaburan yang patuh shariah ataupun dalam bahasa English dia Shariah compliant.

Macam aku walaupun aku ada pilihan sama ada aku boleh offer client aku untuk melabur dalam unit amanah conventional atau patuh shariah tapi aku da buat keputusan aku lebih confident dengan instrumen pelaburan patuh shariah sebab pelaburan conventional dah terang-terang tak halal sebab saham-saham dia termasuk perniagaan arak, rokok, tembakau, dan yang seumpama dengannya.

So korang kalau nak melabur kena pilih pelaburan yang betul-betul Islamik dan Genting Highlands bukan la satu pilihan pelaburan yang tepat untuk orang yang beragama Islam sebab ada unsur-unsur riba' dan aktiviti perniagaan yang haram dari sisi agama.

Sampai sini je dulu untuk entry kenapa Genting Highlands boleh maju ni. Harap-harap dapat bagi input yang bermanfaat buat pembaca diluar sana.. Bye...

Monday, 11 July 2016

Miss Raya Glam ShareShare Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tengah mood beraya lagi ke korang? Aku...raya macam tak raya jela tahun ni..dan mungkin tahun-tahun seterusnya pun sama..sebab??? Sebab kena beraya sendiri la..beraya macam orang bujang..ermmm malas nak cite panjang-panjang nanti banjir plak food court Aeon Mall Rawang ni..huhuhu..

Untuk ubat kesedihan aku pun join la contest Miss Raya Glam ShareShare ni..senang je nak join..pakai baju raya, selfie atau ambil gambar sorang then post kan ke wall FB page ShareShare tu dengan ayat-ayat yang diorang da sediakan untuk kita.. Contohnya macam kat bawah ni...

Hai Hai buddiez, aku dah join contest ni! Tolong banjirkan 'like' pic aku & 'like' ShareShare page ye... Selamat Hari Raya!! 
#shareshareraya #ashbarzstudio www.shareshare2u.com/shareshare-fb.html

Senang kan? Tapi yang susahnya kena cari LIKE banyak-banyak..hadiahnya pun boleh tahan lumayan jugak korang boleh tengok dari link yang aku sediakan kat penghujung entry ni..


Miss Raya Glam ShareShare contest Qiya Saad
Miss Raya Glam ShareShare Contest 2016


Contest Miss Raya Glam ShareShare ni adalah contest ke empat (4) yang aku join sepanjang aku aktif dalam dunia maya ni..chewah..hahaha..poyo je ayat..sejak hujung tahun lepas laa..kat bawah ni gambar aku pakai baju raya 2 tahun lepas..recycle je baju-baju mana yg ada..baju raya baru tahun ni aku simpan je utk raya tahun depan plak..hahaha..tak la, sebenarnya aku tak ada mood nak beraya tahun ni sebab tu sekeping gambar raya pun aku tak snap..


Korang yang terbaca entry aku ni tolong la LIKE aku kat Facebook Page ShareShare ni ye..

Thank you guys for your loyal support..muahciked!!!