Followers

Thursday, 30 June 2016

Koleksi Baju Raya 2016 Dari SH SweetHeart

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua..macam mana dengan baju raya, da beli ke belum? Kalau da beli, fesyen baju raya macam mana yang korang pilih untuk raya tahun 2016 ni? Jubah ke baju kurung? Color apa? E eh..banyak plak tanya dia ni ye..hehehe..of course le kan..nama pun da nak raya..mana la tau korang busy sangat sampai baju raya pun terlupa nak beli..tu yang aku tolong ingatkan korang ni..

Hari ni da 25 Ramadhan..elok sangat la kalau korang cari baru raya mula dari sekarang ni. Kalau tunggu sehari nak raya takut tak ada stok yang korang berkenan plak. Baru-baru ni aku tengok dalam news paper SINAR Harian, cantik la plak koleksi jubah wanita, baju kurung moden, dan jubah lelaki dari butik online SH Sweatheart. Then aku pun tengok la dekat instagram @sh.sweetheart dengan FB SHSweetheartOfficial. Memang cantik dan warnanya kebanyakkan adalah warna terang dan ceria je.




Aku berkenan dengan jubah Salsabella Sakura ni. Cantik kan combinasi warna two tones macam ni? Kebetulan plak sekarang ni berat badan aku da turun sampai 48kg sepanjang 25 hari berpuasa ni..lagi la aku rasa ghairah je nak beli baju..yela bukan senang nak dapatkan berat badan sekarang ni tau. Kalau dulu maintain 55kg ke atas. So, sekarang ni boleh la aku pakai banyak baju raya yang bermacam-macam design..hehe..korang tengok la kat bawah ni..scroll lagi..banyak juga pilihan warna dari koleksi Salsabella ni..














Selain jubah, baju kurung moden pun ada dari butik online SH Sweetheart ni. Aku berkenan dengan Mirabella Pink Blush ni. Cantik kan? Lagipun aku da lama sangat tak ada baju raya warna pink. Tapi yang color kuning Mirabella Butterscotch kat bawah ni pun cun jugak aku rasa. Kalau korang nak pilih yang mana? Cuba bagi idea kat aku...










Untuk lelaki plak, koleksi jubah Andalusia ni sesuai sangat kalau nak dijadikan sebagai baju raya. Banyak pilihan warna yang ada dekat butik SH Sweetheart ni. Lagipun fesyen baju raya tahun 2016 ni kan trend jubah untuk lelaki. So, kena la tau peredaran zaman..ye dak?? Hehe.. Kalau nak beli offline pun boleh sebenarnya. Dekat butik vendors Nanano yang beralamat di No 66, Jalan Persiaran Zaaba, TTDI, Kuala Lumpur. Tapi sebelum pergi tu korang call la dulu tanya ada stock ke tak. Nanti pergi pergi tak ada stock frust plak kan. Kalau ada apa-apa nak tanya, ada dua nombor korang boleh contact..017-7361967 (Masliwati) dan 017-3524553 (Lydiana Rosli).
















Daie Wan Dazrin ni adalah salah seorang selebriti yang berpeluang menggayakan koleksi jubah Andalusia untuk terbitan surat khabar Sinar Harian. Nampak selesa dan bergaya je kan...






Rambang tak mata korang hari ni window shopping kat blog aku ni? Hehe.. Ni pun bukan semua koleksi baju raya SH Sweetheart tau..banyak lagi..korang boleh tengok kat Instagram dan Facebook Page diorang kat @sh.sweetheart dan SHSweetheartOfficial

Da alang-alang nak raya ni aku nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk korang semua..0-0 ye..Bye..

Thursday, 23 June 2016

7 Cara Jana Pendapatan Sampingan RM1,800 dari Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kalau cakap pasal jana pendapatan sampingan dari rumah mesti ramai sangat yang teruja kan..sapa tak nak kalau duduk rumah pun boleh dapat duit. Sebenarnya banyak cara yang boleh dibuat untuk jana side income dari rumah secara online ataupun offline. Ikut kreativiti dan kemahiran masing-masing.  

Masa mula-mula aku melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ni aku tak tahu pun aku boleh jana income dari blog. Tujuan aku berblog untuk buat bisnes dan suka-suka je. Tapi makin lama aku menulis dan iklankan blog aku ni makin banyak plak rezeki yang aku dapat hanya kerana aku seorang Blogger.

Dengan platform Blogger ni rezeki aku datang dari pelbagai sumber. Kalau dulu aku cuma fikir 100% income tu dari blog. Memang betul sebenarnya..ada je yang 100% sumber pendapatan mereka hanya dari blog. Ada beberapa orang Blogger yang aku kenal dan juga mengenali aku diorang ni duduk rumah je tapi ada pendapatan sendiri. Income diorang ni empat angka ok..bukan sikit-sikit..da sama macam bekerja makan gaji plak kan..

Tapi macam mana tu? Mula-mula aku pun tak percaya sebab aku belum lalui apa yang diorang lalui. Tapi sekarang ni bila aku da lalui sendiri biar aku share macam mana cara aku jana income dari rumah secara online. Tapi terus terang aku cakap income aku dari pelbagai sumber. Blogger hanya sebagai sebuah platform untuk aku mendapatkan sesuatu tawaran pekerjaan sama ada dari rumah atau kena bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Banyak cara yang aku gunakan untuk jana income dari platform Blogger ni..antaranya adalah...


1. Affiliate Marketing

Bagi Blogger newbie yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni mesti tertanya-tanya affiliate marketing ni apa. Affiliate marketing ni adalah satu platform untuk menjana pendapatan dengan cara kita mengiklankan atau mempromosi produk orang lain. Pengiklanan tu tak semestinya dalam blog je. Dalam facebook dan Instagram pun boleh sebenarnya. Ikut kreativiti dan masa yang boleh kita spend untuk melakukan sesuatu promosi tu. Affiliate marketing ni biasanya kita akan dapat income atau komisen dari jumlah produk yang terjual dari sesebuah syarikat affiliate tu. Lagi banyak orang beli dari iklan kita lagi banyak la pendapatan kita. Bagi aku, better tulis tentang sesuatu produk yang korang rasa ada potensi tinggi untuk orang beli dalam blog dari korang iklankan secara direct dalam facebook atau twitter sebab banyak masa terbuang nanti. So, kalau nak senang korang tulis dalam blog then iklankan la dekat mana-mana platform pengiklanan contohnya dalam group bisnes FB ataupun ping entry korang dekat blogr.my ni. Banyak affiliate marketing yang aku join tapi setakat ni Involve Asia je satu-satunya affiliate marketing yang aku rasa senang sikit nak dapat komisen. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni sebagai bukti komisen aku dari Involve Asia.


7 Cara Jana Pendapatan Sampingan dari Blog
Bukti pendapatan dari Involve Asia
 

2. Advertorial/ Reviews

Advertorial ataupun Reviews ni pun salah satu sumber pendapatan sampingan aku dari blog jugak. Korang boleh tengok contoh-contoh REVIEWS yang aku tulis untuk sesuatu produk ataupun servis yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan dekat bawah ni. Scroll je entry ni ok..hehe.. Sebelum korang nak dapatkan kerja-kerja reviews yang berbayar ataupun paid reviews apa kata korang belajar dulu macam mana cara nak tulis reviews ni. Antara contoh reviews yang pernah aku tulis adalah seperti di bawah ni...










Dan banyak lagi reviews yang aku tulis. Semua ni adalah sumber pendapatan sampingan dari blog aku..


3. Event Coverage

Kalau korang tinggal di kawasan bandar yang ada banyak aktiviti disekitarnya memang akan jadi satu bonus untuk korang. Sekarang ni da jadi trend bila ada event contohnya event untuk pelancaran satu jenama produk baru, normally Blogger akan dijemput sebagai wakil media dan token penghargaan berupa cash plak disediakan. Aku pernah dapat satu offer untuk buat liputan media di sebuah event dalam tempoh beberapa jam je dengan bayaran (token) RM200. OK tak RM200 cuma untuk pergi event dan tulis reviews dalam blog? OK sangat kan..

Dekat bawah ni korang boleh tengok contoh-contoh event yang aku join selama beberapa bulan aku aktif semula dalam dunia penulisan Blog ni. 






4. Talent

Bila makin ramai orang kenal kita, makin senang la nak dapat job berbayar. Selain income dari blog, dari industri talent pun aku sapu tau. Kalau sebut talent ni biasanya kerja-kerjanya adalah berkaitan dengan kerja seni. Tak kisah la talent untuk filem ke, model ke, MTV ke, ataupun iklan komersial. Dari platform Blogger ni la aku cuba explore ke dunia seni plak. Contohnya macam ni, kalau korang ada terbaca iklan dalam fb group yang nak guna blogger dalam iklan produk atau apa-apa je korang apply je tau. Mana tau dapat ke kan. Selain dapat duit korang berpeluang untuk jadi femes..hihi..bukan untuk femes la, untuk cari rezeki yang halal..niat kena betul..Tapi serius kerja-kerja talent ni memang penat dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Biasa la kalau terlibat dengan kerja-kerja penggambaran ni yang pertama kena fikir betul-betul sebelum terlibat adalah masa dan lokasi. Kalau masa untuk shooting tu dari petang sampai subuh dan lokasi plak dekat India (hehehe..contoh je..) memang aku tolak je sebab aku tak akan boleh commit. So, aku cari la masa dan lokasi yang sesuai dengan kemampuan aku. Korang nak tau tak shooting apa yang aku pernah terlibat? Tak payah la..hahaha..


5. URL Link Shortener

Link shortener ni ada bagus dan ada buruknya. Yang bagusnya bila orang klik satu-satu link yang kita da pendekkan guna URL link shortener ni kita akan dibayar. Contohnya RM0.01 per klik. Memang macam sikit tapi kalau untuk long term bagus. Long term tu macam mana? Long term tu korang apply la link shortener ni untuk buat backlinks dalam blog korang. Selagi korang tak delete entry tu selagi tu la blog korang akan menjana pasif income untuk korang. Sebagai contoh..

1 klik = RM0.01
1 hari = 100 klik
1 bulan = RM0.01 x 100 x 30 = RM30

Sapa nak bagi RM30 kat korang FREE FREE je? Tak ada kan.. Lagipun kerjanya bukan susah, buat backlinks je. Korang kena fikir link shortener ni sebagai pelaburan. Buat dan buat je. Jangan fikir income dulu. Yang penting tulis dan terus menulis artikel blog yang berkualiti disamping tu korang relate kan dengan entry lama yang mana link entry tu korang singkatkan dulu dengan perkhidmatan www.lynk.my ni.




Macam yang aku cakap tadi anggap ianya sebagai pelaburan selama 5 tahun. Cuba kira berapa hasil yang korang akan dapat dari lynk.my ni...

1 bulan = RM30
5 tahun = RM30 x 12 bulan x 5 tahun = RM1,800

Wow! RM1,800...banyak tu..kalau korang tak terdesak korang tak payah la guna duit ni. Simpan je dulu, then buat real investment plak..semua ni tak mustahil tau.

Kalau korang nak tau lynk.my ni adalah sebuah syarikat pengiklanan dari Malaysia. So, I am proud of this guy name Mr Fakhrul because he had developed this easy money making platform especially for Bloggers. Big CLAP for him!!! 

Dan kalau korang nak tau lagi, tahun 2016 ni lynk.my ni da pun agihkan duit raya sebanyak RM10 untuk setiap satu akaun yang berdaftar dengan syarikat diorang. Jumlah duit raya yang di agihkan adalah RM3800 semuanya. Selain tu, bulan lepas je, RM17K pihak lynk.my ni bayar semua Publisher yang berdaftar dan yang paling tinggi RM2.9K dibayar untuk seorang publisher. Siapa yang layak jadi publisher ni? sapa-sapa je yang ada akaun facebook, blog, twitter, dan macam-macam lagi media sosial yang boleh dijadikan sebagai platform iklan. Macam mana cara nak daftar? klik je kat SINI dan ikut prosedur then da boleh start guna URL link shortener. 

Owh, lupa bagitau kenapa pentingnya guna URL link shortener ni? URL link shortener ni penting untuk kita memendekkan satu-satu link entry blog. Contohnya dari URL yang panjang http://www.qiyasaad.com/2016/06/fesyen-baju-raya-perempuan-2016-dari.html ni kita pendekkan jadi http://lynk.my/xc6J. Mana yang nampak lagi OK? Mesti la yang lebih pendek kan..nampak lebih kemas je..

Kebaikan lynk.my ni aku da cerita..tapi macam mana plak dengan keburukan ataupun kelemahannya? Kelemahannya adalah bila orang klik link tu page asal akan dialihkan sementara ke page lynk.my untuk paparan iklan. Kadang-kadang kalau orang yang tak tahu ataupun tengah rushing or so eager to get info daripada page asal tu contohnya dari blog www.qiyasaad.com tapi bila klik je tiba-tiba pergi ke page lain. Mesti ada rasa tak best sikit kan? kalau tak nak tengok iklan tu korang boleh klik menu SKIP dekat belah atas paling kanan dekat page lynk.my tu. Tapi bagi aku lynk.my ni simple je tak la macam syarikat pengiklan atau blogger lain yang betul-betul aggressive nak dapatkan duit tu kemain banyak lagi iklan diorang letak dalam blog.  

So. macam mana? Da dapat idea macam mana cara nak jana pendapatan sampingan dari perkhidmatan URL link shortener ni?


6. Paid To Click (PTC) Program

Paid-to-click (PTC) ni bagi aku kalau orang yang betul-betul tak ada kerja je boleh buat sebab hari-hari kena tengok dan klik iklan yang sama. Tapi still boleh jana income sampingan. Kalau nak tau macam mana nak dapatkan duit dari PTC program ni korang boleh tengok kat SINI. Fahamkan dulu then baru join...

7. Online Marketing

Online marketing ni cabang dia luas termasuklah pengiklanan dekat dalam blog, facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Yang ni biasanya korang boleh relax sikit sebab kerjanya 100% dari rumah. Tapi macam mana nak dapat job-job online marketing ni? Yang ni korang kena tambah kenalan korang dan kawan dengan ramai kawan-kawan blogger yang da banyak pengalaman. Once korang da join diorang punya aktiviti, and diorang berpuas hati..secara automatik diorang akan invite korang lagi untuk bekerja satu team dengan diorang. so, yang ni komitmen kena tip-top!

OK, setakat ni je dulu untuk entry 7 cara jana pendapatan sampingan RM1,800 dari BLOG yang aku dapat kongsikan dengan korang. Semoga bermanfaat...

Tuesday, 21 June 2016

Camera Sony A6000 16-50mm (Silver)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni da masuk Ramadhan yang ke-17, kebetulan plak cuti Nuzul al-Quran mesti ada yang duduk kat rumah je kan sambil-sambil berehat..tak pun tengah buat kuih raya. Aku pun pagi tadi sempat la jugak rebus dan asingkan isi ikan selayang ataupun ikan sardin untuk aku buat serunding. Nak buat mini popiah la konon nya..hehe.. Pastu da tak tahu nak buat apa aku usha-usha jela camera Sony A6000 16-50mm (Silver) ni. Dah lama da ku berkenan nak dapatkan sebuah kamera. Maklum jela aku ni kan suka sangat ambil gambar. Kalau ada camera digital macam ni kan nampak lebih profesional gambar-gambar aku nanti..


Sony A6000 16-50mm (Silver)
Sony A6000 16-50mm (Silver)


Sekarang ni camera Sony A6000 16-50mm (Silver) ni tengah ada offer 19%. Harga asal RM2,599.00 dan harga after discount plak RM2,099.00. Kalau nak buat monthly installment pun boleh jugak...12 bulan x RM174.92..

Geram betul aku tengok..lagi-lagi nak raya ni lagi la rasa membara je keinginan aku nak beli Camera Sony A6000 16-50mm (Silver) ni. Lagipun handphone Samsung J5 aku ni selalu je buat hal..memori asyik penuh je..dan tuannya plak malas betul nak transfer-transfer file ni..kalau la dapat Camera Sony A6000 16-50mm memang aku akan jaga dan gunakan sebaik mungkin..

Senarai Pemenang Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network ni adalah antara GIVEAWAY yang paling lama dijalankan dari Blogger untuk Blogger. Tujuan utama GIVEAWAY ni dijalankan adalah untuk memperkenalkan perniagaan barang kemas 916 secara online oleh saya sendiri iaitu perniagaan jenis pemilikan tunggal yang saya daftarkan dengan nama Sayap Infiniti Network (SA0341993-U) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Senarai Pemenang Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network
Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network


Hari ni dengan rasminya saya ingin mengumumkan bahawa nama-nama pemenang Gold Giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network adalah seperti di bawah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Dan kepada yang tak bernasib baik jangan rasa terlalu kecewa sebab inshallah saya akan lancarkan GIVEAWAY lain pula nanti.   


Pemenang Utama

1 x Barang kemas 916 0.5g - 1.0g (Top Referral)

Julia Jamaluddin



1 x Voucher discount 30% 

Pembelian barang kemas 916 2g ke bawah di FB page Qiya Infinity Trend atau dari blog Sayap Infiniti Network.

Syahidah Fadilah



5 x Hadiah saguhati

Royalty Card Member (10% discount pembelian barang kemas) Sayap Infiniti Network.

Sheila Adziz | Cikgu Norazimah @ CN | Lady SHAH | Yumida Huda | Maria Firdz

Semua pemenang di minta menghantar butiran peribadi seperti nama, nombor H/P, alamat, dan URL blog ke sitirokiyah.saad@gmail.com.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang sudi memeriahkan GIVEAWAY ni.

Saturday, 18 June 2016

Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion

Setiap tahun fesyen baju raya untuk perempuan mesti akan berubah-ubah. Kebanyakan fesyen baju raya perempuan tahun 2016 ni diperbuat dari kain kosong yang tidak bercorak atau kain lace dan hanya dihiasi dengan manik yang di jahit secara sederhana di bahagian depan baju. Warnanya pula pasti memikat hati setiap mata yang melihatnya. 

Dari sekolah rendah sampai la umur aku tengah 20-an aku suka fesyen baju kurung je. Tak kisah la baju kurung tu bercorak bunga-bunga ataupun plain je. Yang penting bukan baju kebaya ataupun baju kurung moden yang ikut bentuk badan tu. Sebab..kenapa entah..segan kot..hehe..Pada hal masa tu kurus je..berat badan aku maintain 45kg je..kalau berjalan time angin kuat rasa melayang-melayang je badan aku macam kena tiup dengan angin..hahaha


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Kalau korang berkunjung ke Jalan Masjid India Kuala Lumpur jangan lupa singgah di Butik Pinkz Fashion yang bersebelahan dengan kedai Emas Sri Pinang di dalam pusat membeli-belah Semua House. Butik Pinkz Fashion ini menawarkan pelbagai jenis baju kurung dan juga baju fesyen muslimah yang sesuai digayakan sempena hari raya nanti seperti jubah. Selain jubah dan baju kurung, baju kurung moden, blouse, dan baju kebaya juga ditawarkan di butik ini dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Memang berbaloi-baloi. 

Tapi kalau korang malas nak bersesak-sesak beli online pun boleh. Pinkz Fashion ada servis order secara online..so, tak payah susah-susah nak redah jam bagai..lagipun hari ni kan da hari ke-14 umat Islam berpuasa, so aku rasa shopping complex da mula busy sekarang. Semalam pun aku singgah dekat satu shopping mall ni, memang ramai juga family tengah tengok-tengok baju raya. Maybe ada yang tengah survey harga baju raya..macam aku dulu la..survey kemain lagi..walaupun masa tu ada da baju raya yang aku berkenan tapi aku survey je lagi. Bila datang semula kat kedai tu time dekat-dekat nak raya baju tu da tak ada stok. Sold out! Menyesal tak beli masa awal-awal survey tu..last-last aku beli je baju mana-mana je yang aku rasa cantik tapi still terfikir lagi baju yang mula-mula aku berkenan tu..hurmmmm..


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Banyak tau koleksi baju raya yang ada dekat Butik Pinkz Fashion ni. Antaranya adalah Koleksi Siti, Koleksi Ayue, Koleksi Madeena, Koleksi Zieta, dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Semuanya cantik-cantik dan harganya pula berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan.


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Untuk mengetahui saiz baju yang sesuai korang boleh tengok jadual saiz kat bawah ni. Tapi sebelum tu korang kena tahu ukuran asas badan korang contohnya ukur lilit dada, pinggang, dan punggung. Da ada ukuran asas baru la boleh tentukan saiz apa yang sesuai dengan badan korang. Ukuran badan aku 36-28-36, so saiz baju yang sesuai dengan aku adalah saiz S. Tu pun muat-muat je. Macam sarung nangka gitu..hehe..tapi bila aku pakai masa hari raya nanti mungkin longgar sikit kot sebab sekarang ni kan aku tengah usaha nak kuruskan badan at least turun 5kg lagi pun ok. Dari 50.8kg sampai 45kg tak mustahil kan..


Fesyen Baju Raya Perempuan 2016 dari Koleksi Pinkz Fashion


Lokasi: 

Butik Pink Fashion 
(sebelah Kedai Emas Sri Pinang)

Semua House,
No 3, Jalan Bonus 6, Jalan TAR, 
50100 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut berkaitan stok, saiz, warna, dan sebagainya bagi semua fesyen baju raya 2016 ini sila hubungi pihak Butik Pinkz Fashion melalui Facebook, Instagram, dan nombor H/P yang tertera di bawah.

Facebook: Pinkz Fashion
Instagram: @pinkzfashion
No H/P: 016-3266406

* Happy Shopping! *

Contest Gardenia RM30,000 30th Anniversary 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum aku pergi dengar talk tentang pelaburan dekat PFCC Puchong pagi tadi aku da niat dalam hati kalau jumpa lori Gardenia aku nak selfie dengan logo 30th Anniversary 2016 tu. Tup-tup aku balik dari Puchong tadi terserempak plak dengan lori Gardenia. Aku pun apa lagi..terus minta izin dekat salesman roti Gardenia tu untuk selfie dekat tepi lori..hehe..


Contest Gardenia 30th Anniversary 2016
Contest Gardenia 30th Anniversary 2016


Ni kiranya contest yang ke-3 aku join selepas Contest pencarian duta produk 3Bskin dan Contest Selfie & Menang Naura Art Studio. Kalau korang sudi VOTE aku KLIK SINI tau. Kalau korang nak join pun boleh. Sempat lagi sebab tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Jun 2016.

Contest ni simple je. Spot, Snap, & Win RM30,000. Just selfie je dengan logo Gardenia 30th Anniversary 2016 tu and then upload je gambar tu dekat page contest Gardenia. Untuk tengok contoh gambar selfie peserta-peserta Contest Spot, Snap, & Win RM30,000 Gardenia 30th Anniversary 2016 dan syarat-syarat penyertaan sila klik perkataan KLIK SINI kat atas tu.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi bagi sokongan kat aku.

Friday, 17 June 2016

Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam

Gelagat ostrich atau burung unta yang berlari di Federal Highway semalam (Khamis) telah menjadi topik viral di kalangan netizen. Ostrich tu da jadi macam-macam duta produk da sekarang ni. Antaranya Pizza, Pos Malaysia, Huawei, dan banyak lagi kot..hehe


Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam, burung unta di lebuhraya persekutuan


Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam, burung unta di lebuhraya persekutuan


Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam, burung unta di lebuhraya persekutuan


Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam, burung unta di lebuhraya persekutuan


Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam, burung unta di lebuhraya persekutuan


Semua gambar-gambar ni aku ambil dari Facebook Marou Apple Hijau. Banyak lagi gambar-gambar burung unta yang berlari tanpa arah tuju dekat Federal Highway semalam.


Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam, burung unta di lebuhraya persekutuan


Ostrich Berlari di Federal Highway Semalam, burung unta di lebuhraya persekutuan
Sumber: The Straits Times

Dalam laporan Berita Harian hari ni ostrich tu da berjaya ditangkap pada pukul 4.15 petang semalam dan dihantar ke pemilik ladang Ostrich Wonderlands di Semenyih.