Followers

Monday, 30 May 2016

Ezad Lazim – Demi Cinta Lyrics & Chord

Intro: Dm Gm C F A# Am

Dm Gm
Ku sedar ku berdosa
C F
Kerna sering menyakitimu
A# Am
Membuat Kau terluka
Gm A
Berteman rasa kecewa

Dm Gm
Walau berdepan derita
C F
Kau selalu terus setia
A# Am
Dan bertahan Demi cinta
A# A
Yang pernah ku janji dulu

A# Em
Besar salahku pada dirimu
F Dm
Tak terbanding kasih yang kau beri
A# C
Dan tetap menggenggam erat cinta

*
A# C
Sayang Kaulah cahaya
F – C/Am – Dm
Menyuluh Jalanku untuk kembali
Gm A
Dan pegang Pada tali cinta
Dm – C/Em – F
Yang pernah ku lafaz Dahulu

**
A# C
Sayang Buka hatimu
F – F/Am – Dm
Biar ku rawat segala deritamu
Gm Am
Agar kita mampu terus hidup
Dm/A# A
Nikmati bahagia

Dm Gm
Walau berdepan derita
C F
Kau selalu terus setia
A# Am
Dan bertahan Demi cinta
Gm A
Yang pernah ku janji dulu

A# C
Besar salahku pada dirimu
F – Am – Dm
Tak terbanding kasih yang kau beri
A# C
Dan tetap menggenggam erat cinta

Ulang *

Ulang **

Solo:
F A#m D# G# C# Gm C

Ulang *

Ulang **

A
Oohh
Dm
Bahagia

P/s: sedap lagu Ezad Lazim - Demi Cinta ni. Lirik dia menyayat hati.

Lirik Lagu Hang Pi Mana - Khalifah

Sunday, 29 May 2016

Subang Emas Penyeri Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Persiapan hari raya Aidilfitri bukan boleh disiapkan dalam masa sehari dua. Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli sesuatu tu lagi-lagi di zaman yang serba gawat ni. Kalau boleh apa yang kita beli sekarang ni mesti ada nilai di masa depan supaya boleh menyelamatkan kita ketika sesak nanti. Satu-satunya barang yang tinggi nilai dan kalis inflasi adalah emas. Emas bukan saja perhiasan bagi kaum wanita, tapi juga adalah aset yang sangat berharga. 

Antara barang kemas yang mampu dimiliki adalah subang emas. Subang adalah barang kemas yang agak murah selain loket emas berbanding barang kemas yang lain seperti rantai tangan, rantai leher, cincin, gelang kaki dan sebagainya.

Di bawah ini adalah gambar-gambar subang emas 916, loket emas 916, rantai tangan emas 916, dan rantai kaki emas 916 dari koleksi Sayap Infiniti Network.

Subang Gantung Emas 916

SG001
Berat 1.39g

subang, gantung, emas, 916, qiya, saad, sayap, infiniti, network

Subang Cincin Berbuah Emas 916

SCB001
Berat 1.37g

SCB002
Berat 1.28g

Subang Cincin Berbuah Budak Emas 916

SCBB001
Berat 0.77g

Subang Cincin Budak Emas 916

SCB001
Berat 0.48g

Loket Emas 916 

L001
Berat 0.88g   

Rantai Tangan Emas 916

RT001
Berat 1.97g
Panjang 17cm

Rantai Kaki Emas 916

RK001
Berat 2.49g
Panjang 26cm

Jika berminat boleh terus hubungi saya, Qiya (0122668424). Penghantaran akan dibuat melalui pos dan juga Cash on Delivery (COD) disekitar kawasan Lembah Klang seperti Shah Alam, Klang, Puchong, Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan sebagainya.

Saturday, 28 May 2016

Maksud SURRENDER!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak terangkan maksud SURRENDER. Of course dalam bahasa Melayu Surrender ni maksudnya mengalah, pasrah atau berserah. Dalam bahasa pasar kita cakap 'lantak'. Ataupun selalu kita dengar orang cakap 'lantaklah, apa nak jadi pun jadi lah!'. Surrender dengan GIVE UP lebih kurang je maksud dia. Budak-budak Generasi Y sekarang ni selalu cakap 'kipidap, dongibab' kalau ada kawan-kawan yang LOSER tu. Macam-macam bahasa ada..

So, hari ni aku nak tambah lagi satu maksud perkataan surrender dari sudut pemikiran aku sendiri. Maksudnya adalah seperti dibawah ni...

S - Something
U - Unusual
R - Reflected
R - a Reinforcement
E - of Emotion
N - Never
D - be Disturbed
E - Even
R - a Regression

Faham ke tak? Biar aku terangkan sikit lagi ye. Maksudnya sesuatu perkara yang tak selalu kita lakukan yang mana ianya mencerminkan kekuatan emosi kita yang tak akan terganggu walaupun sebuah penyesalan. Maksudnya kita betul-betul berserah dan tak nak fikir lagi walaupun perkara tersebut adalah perkara yang paling kita sesalkan dalam hidup kita. Tapi disebabkan kita da pasrah atau surrender kekuatan tu datang dan emosi kita tak akan terganggu lagi dengan perkara tersebut walaupun setiap saat dan setiap masa kita pernah menangis dan bersedih disebabkan satu perkara tu dulu.

Image dari Google

Faham ke tak faham? Kalau tak faham juga biar aku terangkan dari konteks agama pulak. Surrender dari sudut agama Islam adalah REDHA. Bila kita redha dengan sesuatu musibah atau suatu ketentuan yang Allah aturkan pasti jiwa kita akan menjadi kuat dan bila kita benar-benar percaya takdir dan janji Allah tentu perasaan sesal tu akan hilang hari demi hari.

Ni maksud SURRENDER dari kamus hidup aku. Apa pulak maksud surrender dari kamus kehidupan korang? Nak juga aku tahu..at lease ada perkara baru yang aku belajar hari ni..

Khalifah - Hang Pi Mana Lirik & Chord Gitar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Da lama aku tak tulis lirik lagu dalam blog aku ni. So, hari ni aku nak update chord gitar dan lirik lagu Khalifah Hang Pi Mana. Nanti kalau aku nak main gitar senang. Godek je semula kat blog sendiri..hehe..

Khalifah - Hang Pi Mana

Intro:
Em Em Am Am
Em Em Am Am

B-D#m-F#m-Am - B

Em
Hang pi mana
pi mana pi mana pi mana
Bm
Hang pi mana
pi mana pi mana pi mana
Am
Hang pi mana
pi mana pi mana pi mana
E
Hang pi mana

Em
Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Bm
Aku nak kemana

Am
Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Em
Duduk atas tangga

Em
Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
D
Mak ayah tercinta

C
Cek nak p kerja
D
Insyaallah
E
Bukan nak p mana

Em
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Bm
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Am
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
E
Hang pi mana

D
Pergi sekolah
B Em
Bukan cikgu di sana
D
Baju bunga bunga
B Em
Bukan tukang kebun juga

D
Mak ayah tanya
Bm Em
Cek pi buat kerja apa
D
Malu nak kata
B Em
Nanti apa tau juga

Dikir:
Em/E
Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja Depa tanya p mana bukan mintak duit kita Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa Memang cek nak habaq

C-D-Em
tunggu lepas solo gitar

Solo:
Em D D Em Am

D
Cek p sekolah
Bm Em
Memang kerja di sana
D
Kerja duduk saja
Bm Em
Sambil tengok sini sana

D
Kerja mulia
B Em
Bukan cek buat dosa
D
Gaji sederhana
B Em
Kerja jadi jaga saja

Em
Hang p mana
Dah tau dah
Hang p mana
Dah tau dah
Bm
Hang p mana
Dah tau dah
Hang p mana
Dah tau dah
Am
Hang p mana
Dah tau dah
Hang p mana
Dah tau dah
E
Hang p mana

Outro: E

Lirik Lagu Cikgu Ayu - Khalifah | Lirik Lagu & Chord Gitar Demi Cinta - Ezad Lazim

Make-up, Make-up, Make-up! Tak Ada Kerja Lain Nak Buat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kalau korang pernah baca entry Percubaan Make-up Part 1 ni mesti korang tahu aku tengah obses buat apa sekarang ni kan...

Lepas aku join Kelas Make-up Asas ni semangat aku terus membara nak belajar, belajar, dan belajar lagi sampai betul-betul pandai.

Paling susah nak make-up bahagian kening. Sebab tu kalau sempat aku akan cuba belajar lukis kening ni. So, hari ni aku rasa kening aku paling cantik aku pernah buat..hehehe..Ni teknik lukis kening tanpa perlu mencukur nama dia...

Make-up
Kening asal. Tanpa lukis.

Make-up
Kening asal. Tak lukis.

Make-up

Make-up

Make-up

Make-up

Make-up

Make-up

Make-up

Kening still nampak tebal lagi. So, aku kena cuba improve lagi la kan...pastu da pandai make-up kening, aku nak belajar contour plak..belajar buat shading dan highlight bagi pipi nampak cengkung, hidung plak nampak mancung macam Scarlet Johanson yang berlakon dalam filem Lucy dan Avengers tu..huhu..semua ni boleh buat kalau pandai teknik-teknik make-up yang betul...so, have fun ye...

Thursday, 26 May 2016

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni aku sempat menghadiri satu majlis sambutan Ramadhan yang bertema Selera Desa Nostalgia 60'an di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur pada 12 Mei 2016 yang lalu. Antara sajian utama Buffet Ramadhan yang disediakan pada hari tersebut dan juga sepanjang bulan Ramadhan ini adalah Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar, Rendang Itik, Burung Puyuh Goreng Lengkuas, Sambal Udang Petai, Lemak Ketam Nenas, Kacang Sepat Bercendawan, Daging Opor, Ayam Tandori bersama Sos Pudina, Ikan Jenahak dan banyak lagi. Semua menu sajian ini diberi ilham oleh Chef Yohanis dan Chef Mariam yang mana mereka ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kulinari.

Biasanya selepas menjamu hidangan utama, tetamu pasti ingin menikmati manisan pencuci mulut. Di Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur terdapat puluhan jenis manisan pencuci mulut akan disajikan seperti Kuih Melayu, Rempeyek, Tapai, Dodol, Wajik, Kerepek, Sago Gula Melaka, Puding Gula Hangus, Puding Roti bersama Sos Vanila dan Jeli Puding Krim.

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Selain itu, kalau anda peminat muzik zaman P Ramlee anda amat beruntung kerana setiap tetamu yang berbuka puasa di Saffron Brasserie AnCasa Hotel & Spa ini akan dialunkan dengan muzik era 60an sepanjang bulan Ramadhan ini.

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Bergambar bersama Chef Yohanis

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60'an Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Jika anda menempah untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa ini sebelum 31 Mei 2016 ini anda layak menerima baucar tawaran harga istimewa serendah RM58. Selepas tawaran ini berakhir, baucar ini akan kembali ke harga asal iaitu RM68 bagi dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak Saffron Brasserie di talian 03-20266060 (sambungan 7703) atau talian bebas tol di 1300-88-0032. Selain itu, anda juga boleh ke laman sesawang AnCasa Hotel & Spa di www.ancasahotels.com untuk mendapatkan maklumat tambahan atau boleh terus hubungi Pengurus Perhubungan Awan Kumpulan, Puan Uma Koenen Rengarajoo di talian 03-20266060 ext 7900 dan di talian mudah alih 012-6903927. 

Wednesday, 25 May 2016

10 Tips Kuruskan Badan Tanpa Perlu Berlapar

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak kebelakangan ini bermacam-macam jenis dan jenama produk untuk kuruskan badan terjual di pasaran. Ada produk yang mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ada juga produk yang tidak mempunyai kelulusan dari KKM. Tapi ramai orang yang terlalu obses untuk kuruskan badan tanpa mengambil kira bahaya yang menanti akibat dari kandungan produk pelangsingan badan yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

The Malay Mail Online melaporkan pada 3hb Januari 2016, kira-kira 30 juta rakyat Malaysia berdepan masalah kesihatan yang membimbangkan apabila separuh daripada mereka mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan kadar obesiti dikalangan yang berumur 18 tahun ke atas meningkat secara mendadak.

"Kelaziman obesiti telah meningkat dengan mendadak iaitu daripada 4.4 peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada tahun 2006. Kemudian telah meningkat kepada 15.1 peratus pada tahun 2011 dan terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015.

"Kelaziman berat badan berlebihan dalam kalangan orang dewasa pula sebanyak 30 peratus. Jika dijumlahkan kedua-dua kelaziman ini, hampir separuh rakyat Malaysia berlebihan berat badan atau obes," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dilapor Sinar Online.

Kajian perubatan British, The Lancet pada tahun 2013 mendapati Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Antara faktor utama berlakunya masalah obesiti ini adalah disebabkan oleh kaitan pengambilan jumlah kalori dalam makanan atau minuman yang berlebihan dengan aktiviti seharian. Kalori atau tenaga berlebihan yang tidak digunakan akan ditukarkan kepada lemak yang mengakibatkan terjadinya masalah kegemukan, obesiti atau berat badan yang berlebihan. Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran rakyat Malaysia terhadap jumlah kalori yang diperlukan dalam badan.

Cara kira jumlah kalori yang diperlukan dalam badan.

1) Basal Metabolic Rate (BMR)

Perempuan

BMR = 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun)

Lelaki

BMR = 66 + (6.23 x berat dalam pounds) + (12.7 x tinggi dalam inch) - (6.8 x umur dalam tahun)

Contoh pengiraan BMR untuk perempuan:-

Berat = 53kg
Tinggi = 158cm
Umur = 28 tahun

BMR = 655 + (9.6 x 53) + (1.8 x 158) - (4.7 x 28)
          = 1316.6 kalori

2) Active Metabolic Rate (AMR)

i) BMR x 1.1 jika kurang bergerak (Sedentary)
ii) BMR x 1.2 jika sederhana aktif dan melakukan aktiviti hanya 3-5 kali seminggu (Active)
iii) BMR x 1.3 jika sangat aktif dan bersenam 5-6 hari seminggu (Very Active)
iv) BMR x 1.4 jika terlebih aktif ( Professional Athlete)

Sebagai contoh, aku dalam kategori sederhana aktif jadi pengiraan AMR aku adalah seperti di bawah:-

AMR = BMR x 1.2
          = 1316.6 x 1.2
          = 1579.92 kalori

Jadi setiap hari kita kena ambil hidangan yang cukup dengan jumlah kalori yang diperlukan dalam badan. Jika kalori berlebihan perlu bersenam untuk mengelakan gejala obesiti. Korang boleh semak di www.myfitnesspal.com untuk mendapatkan maklumat jumlah kalori dalam setiap hidangan makanan yang di ambil. Sebagai contoh, waktu saparan kita makan 250 gram Nasi Dagang yang mempunyai 508.7 kalori. Tengahari, petang, dan malam kita makan makanan yang berbeza. Katakan keseluruhan kalori yang kita makan hari ni adalah 2000 kalori. Jadi jumlah kalori yang perlu di bakar hanya lebih kurang 200 kalori je. Jumlah kalori dalam badan tak boleh kurang dari jumlah kalori mimimum (BMR) yang diperlukan oleh badan seseorang tu. Kalau tak badan akan jadi lesu dan tak bermaya sebab kekurangan tenaga.

Ataupun kalau rasa malas nak kira jumlah kalori, korang boleh kira Body Mass Index (BMI) je. Sebagai contoh, berat badan aku 53kg, tinggi aku dalam meter ialah 1.58 m. So, pengiraannya macam kat bawah ni...

BMI = Berat / (Tinggi x Tinggi)
        = 53 / (1.58 x 1.58)
        = 21.23 kg/sqm

Then bila refer kat kategori Skala BMI dalam table kat bawah ni aku dalam kategori Normal (healthy weight). Dari sekolah menengah memang aku sentiasa monitor BMI aku. Dah jadi habit pun sampai la sekarang ni.

Tapi kalau korang nak fit and slim better korang kira kalori. Macam sekarang aku target nak turunkan berat badan aku dari 53kg ke 45kg. So, pengiraan kalori memang penting bagi aku sebab aku nak monitor kalori intake. Berapa banyak kalori aku ambil dalam diet seharian. Tapi janganlah obses sampai berlapar, nanti korang tak cukup tenaga. Kalau korang pengsan jangan cari aku plak..hehe..

Ataupun korang boleh cuba 10 tips kuruskan badan tanpa perlu berlapar macam apa yang aku amalkan ni.

10 Tips kuruskan badan tanpa perlu berlapar.

1. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 Liter satu hari.
2. Kurangkan minus ais.
3. Kurangkan minum dan makan yang manis.
4. Amalkan minum air suam setiap hari.
5. Kurangkan pengambilan nasi.
6. Kurangkan makan makanan yang berlemak.
7. Banyakkan makan makanan berserat tinggi. Contohnya oat, sayur-sayuran, ulam-ulaman, dan  buah-buahan.
8. Ambil sarapan pagi setiap hari.
9. Makan dalam jumlah hidangan yang sedikit tetapi secara kerap.
10. Buat senaman kardiovaskular. Contohnya berjalan, berlari, berbasikal, dan berenang.