Followers

Tuesday, 29 March 2016

Tutorial Cara Connect WiFi YES 4g ke Netbook/Laptop

Assalamualaikum.

Dan Salam sejahtera.

Hai...

Kebiasaannya kalau bab-bab benda teknikal ni mesti fail sikit. Kalau boleh buat pun kena ambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan nak set-up set-up komputer, PC, Netbook, notebook, laptop dan smart phone bagai confirm fail...Hehehe...

So, untuk entry ni simple je nak share pasal tutorial cara connect WiFi YES 4g ke netbook ataupun laptop dan apa-apa je device yang boleh connect internet ni...

Tutorial ni saya tulis untuk rujukan diri sendiri sebenarnya sebab kali ni da masuk kali yang ketiga kena call YES 4g untuk setting semula WiFi YES 4g tu. Ni next step selepas call YES support, tapi sebab untuk setting setting ni orang YES 4g tak guide macam mana nak buat then that's why la hari ni kena rajin kan diri buat entry tutorial cara connect wifi yes 4g ke netbook ataupun laptop..hohoho..

Ok, sekarang kita terus ke step-step dia ye...

1. Klik icon internet connection dekat sebelah kanan screen netbook/laptop. Then, klik open network and sharing center.




2. Klik manage wireless networks.




3. Klik Add.




4. Klik manually create a network profile.




5. Isikan network name (nama WiFi), security type, encryption type, dan security key (password WiFi) untuk disambungkan tu. Then, klik Next.



So, da boleh guna internet sekarang...

Bye...

Monday, 28 March 2016

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Sunday, 27 March 2016

Bila Izrail Datang Memanggil...

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera

Bila Izrail datang memanggil...seluruh tubuh kan kedinginan...

Sapa tahu lagu ni???

Lagu ni saya selalu dengar masa kecik-kecik dulu je...

Tiba-tiba je teringat lagu bila Izrail datang memanggil ni sebab dalam masa terdekat ni ada dua orang saudara dan sorang kenalan telah meninggal dunia..mereka da pun pulang ke rahmatullah dijemput oleh malaikat Izrail..

Ketiga-tiga adalah perempuan dalam range umur 40-60 tahun.

Saudara yang pertama ni usia dia baru je 40 lebih. Sakit cuma beberapa bulan..tak sampai setahun pun..awal bulan 3 hari tu dah pun meninggal dunia..innalillah...

Saudara yang kedua pula umurnya dalam lingkungan 60 tahun..sakit da lama tapi tak ada la sampai terlantar..sakit sendi..tapi bukan sakit gaut..tak tau la sakit apa sebenarnya..Tapi beberapa hari sebelum beliau meninggal beliau diserang strok..dua tiga hari kena tahan wad dan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir selang beberapa hari selepas saudara yang pertama tu meninggal dunia...innalillah...

Dan yang ketiga pula seorang kenalan rapat saya..umurnya dalam lingkungan lewat 40 an..baik..peramah..lebih kurang dua minggu ni saya dapat tahu dia menghidap kanser hati tahap 4..minggu lepas masuk wad..dan pagi semalam ajalnya sampai..innalillah...

Salam takziah dan al-fatihah untuk mereka ni. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin..

Tuesday, 22 March 2016

Suhu Panas El-Nino dan Strok Haba

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera.

Suhu panas el-Nino mencecah ke paras 40 darjah Celsius di Pulau Pinang.

Uishhhh...panas tu..suhu demam pun 38 darjah Celsius tau.

Ingat lagi dulu masa kecik-kecik suhu bilik baru 27 darjah Celsius je. Sekarang suhu bilik berapa? kena Google la ye..

Bahaya musim panas ni...kena banyak minum air..sehari kena minum air kosong 3L tak termasuk air manis tu ye..teh tarik mamak, kopi janda, tongkat ali, manjakani semua tu tak di kira ok..

Cuaca panas dan suhu naik mendadak boleh menyebabkan strok haba. Dan strok haba ni paling dasyat boleh menyebabkan kematian. sila rujuk gambar Kat bawah ni.




Untuk elakkan strok haba ni sila baca selanjutnya ye. Saya copy paste dari group WhatsApp je ni...

Kita mandi 4 5 kali sehari tapi panas tak jugak hilang. Kenapa? Sebab kita mandi salah cara. 

Mandi cara sunnah mampu elakkan strok haba inshaAllah.

Mula jirus air dari kaki, naik ke betis, peha, pinggang, dada, belakang badan dan leher. Tunggu 10 ke 15 saat, kemudian baru jirus air di kepala.

Amalkan. Boleh buang panas badan inshaAllah.

-Salahuddin Al Ayubi-

Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016)

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera.

Hai semua...

Kalau Sepetang Bersama Blogger tahun lepas (SBB2015) iPhone 5s menjadi hadiah utamanya. Untuk Sepetang Bersama Blogger tahun 2016 ini (SBB2016) apa pula hadiah utamanya kan? 

Mesti ramai Blogger yang ternanti-nanti majlis perhimpunan 500 Blogger-blogger seluruh Malaysia ini kan. Kali ini majlis SBB2016 ini akan berlangsung seperti dalam maklumat di bawah.

Tarikh: 16 April 2016
Tempat: Dewan Campbell, Kuala Lumpur
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang

Untuk mendaftar sila ke link sbb.my ini. Yuran pendaftarannya adalah RM50.00 tapi bagi sesiapa yang mendaftar awal yuran pendaftarannya cuma RM30.00 je.


Dengar khabar ramai penaja SBB2016 kali ni antaranya adalah Abang Ensem, Ephyra, dan ramai lagi. Yang paling best, Adi Putra pun adalah salah sorang penaja SBB2016 ni juga tau.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang hadiah-hadiah menarik, pihak penaja yang terlibat dan apa saja yang berkaitan dengan majlis SBB2016 ini sila rujuk Blog Denaihati ini.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan penaja-penaja majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Semoga majlis ini akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Wednesday, 16 March 2016

Tutorial Cara Mudah Convert File Ke Format PDF

Assalamualaikum.

Dan Salam sejahtera.

Hai semua...

Hari ini saya nak share Tutorial Cara Mudah Convert File ke Format PDF.

Biasanya student akan hadapi masalah nak convert file ni. Biasanya student baru la...Junior...Student otai macam saya ni mesti la tau macam mana nak convert file dari format Microsoft Office ke format PDF tu..almaklum la..da senior..kalau tak tau malu kat orang je..hehe

Ok..malas nak bebel panjang-panjang..straight to the point jela ye...

Kat bawah ni adalah step-step macam mana nak convert file ke format PDF secara online.

1. Buka website https://online2pdf.com ini.

2. Klik butang Select File kat dalam picture kat bawah ni. Then pilih file yang nak digunakan tu.




3. Klik butang Convert kat bawah sekali. Ataupun kalau nak tambah file lain klik Browse.




4. Tunggu beberapa saat sementara file diproses. Bila file da siap convert ke PDF file then file tu akan auto downlod macam dalam gambar kat bawah ni.




Dah pun selesai. Senang je kan...Harap dapat bantu korang yang tengah pening kepala nak convert file tu ye...hehe..

Monday, 14 March 2016

Kepentingan Mensteril Botol Susu Bayi

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera...

Hai semua...

Untuk entry ni nak cerita simple je tentang kepentingan mensteril botol susu bayi.

Untuk para ibu yang sedang hamil anak pertama mesti akan tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan mensteril/steril botol susu bayi.


Kebiasaannya botol susu bayi akan disterilkan di dalam air yang mendidih sekurang-kurangnya lima minit.

Mensteril atau steril ini bertujuan untuk membunuh kuman-kuman dan bakteria yang terdapat pada botol susu bayi yang telah digunakan.

Kaedah ni penting untuk mengelakkan bayi dari terkena jangkitan kuman dan kembung perut akibat menggunakan botol susu yang tidak dibersihkan dengan cara yang betul.


Kepada ibu-ibu yang sedang berpantang boleh amalkan INI untuk lebih sihat bertenaga dan disayangi suami...

Friday, 11 March 2016

Segmen Nuffnang by Cik Nurul

Untuk join sila klik banner

Tag: Khamsi Abdullah, Keladi Online, Cik Akak

YouthToEarn Terbukti Scam Website (Review)

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera..

Hari tu saya pernah tulis pasal YouthToEarn Ni BETUL ke BOHONG??? kan...

Memang terbukti YouthToEarn ni PEMBOHONG!!!

YouthToEarn ni terbukti scam website dan jangan harap la nak merasa income dari YouthToEarn ni walaupun satu sen.

Malas nak cite panjang. Lebih baik main dengan anak aku yang comel ni. Moga-moga jadi anak yang soleh..amin..

Sementara aku main dengan anak aku ni korang layan jela screen shot kat bawah ni ye...

Jumlah pendapatan us$ 535

Kena isi Survey sebelum boleh Cash out


Kena masuk nombor Phone plak...

cuba baca...panas hati tak?

ok la ye..saya harap Review ni dapat bantu korang kat luar sana tu..kalau betul-betul nak dapatkan duit secara online cuba baca Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita! ni ataupun tengok kat SINI dan juga kat SINI.

Header Blog Baru Design by Khamsi Abdullah

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera...

Dah lama nak tukar header blog ni sebenarnya. Kononnya nak design sendiri la. Tapi tak lepas-lepas bila nak download Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator tu...

Senang cerita memang tak reti kalau benda-benda teknikal ni..pada hal masa form four sampai form five ambil subjek teknologi maklumat (IT) tapi hasilnya gini..adoiiii...teruk betul kan..

Tak apa la..lupakan la cerita zaman cinta monyet tu..my heart will go on..hehe..

OK..kita sambung balik cerita pasal header blog baru saya yang comel macam tuannya ni..kah kah kah kah..

comel la sangat..dulu ada orang cakap muka saya macam Julia Hana yang berlakon dengan Farid Kamil dalam cerita Rempit tu..comel la kalau gitu kan..hahaha..

OK ok..cukup la merepek sikit-sikit nanti korang bengang plak baca entry ni tak habis-habis kalau best macam cerita Cinta Si Wedding Planner tu tak apa la juga kan..dah la pelakon dia si Mira Filzah tu comel..berlakon plak dengan si jejaka kacak Adi Putra tu..memang terbaik la..hehe..

Sebenarnya saya nak cerita pasal banner je tapi sebab terlebih makan biskut hup seng cicah plak dengan air milo 3 in 1 tu yang melalut panjang berjela ni..

Banner ni hadiah dari Khamsi Abdullah sebab saya menang Giveaway yang beliau anjurkan baru-baru ni. Cantik kan?


So, kalau ada yang berminat nak dapatkan khidmat design header ataupun apa-apa logo sila la tanya saudara Khamsi Abdullah ni ye...

Terima kasih la ye kalau korang baca entry ni sampai habis. penat ke baca blog saya ni?saya pun penat menulis sebenarnya..hehe..ok la sekarang nak layan PTC Clixsense plak. Sambil online sambil kumpul duit...bye bob..

Khasiat Daun Pegaga Untuk Wanita Berpantang Selepas Bersalin

Waktu berpantang adalah waktu yang paling mencabar buat wanita tak kira berpantang selepas bersalin ataupun berpantang selepas keguguran.
Dalam tempoh berpantang sama ada 44 hari, 60 hari, ataupun 100 hari ini banyak pantang larang dan amalan-amalan tradisional yang harus dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin bagi memulihkan kesihatan dalaman.

Maklum saja lah ketika proses bersalin sepenuh tenaga telah digunakan dan bahagian dalaman dan urat-urat wanita menjadi cedera.

Antara amalan-amalan tradisional yang masih diamalkan oleh ibu-ibu moden masa kini selain menjaga makan iaitu makan makanan yang tidak berminyak dan tidak sejuk wanita berpantang juga perlu berurut, bertungku, berbengkong, mandi air daun-daun herba seperti daun serai wangi, daun kunyit, daun beluntas, daun pandan, dan sebagainya untuk melancarkan peredaran darah. Selain itu, wanita berpantang selepas bersalin juga perlu bertangas, mandi wap, dan banyak lagi.

Untuk memulihkan kembali kesihatan dalaman wanita, daun pegaga adalah ulam yang sangat berkhasiat untuk wanita yang sedang berpantang.


Antara khasiat-khasiatnya adalah seperti di bawah ini.

-Mengecutkan peranakan
-Menganjalkan kulit (awet muda)
-Mempercepatkan proses penyembuhan luka
-Melancarkan pengeluaran susu badan
-Boleh membangkitkan selera makan
-Membantu mengurangkan berat badan
-Melancarkan peredaran darah
-Melancarkan pengeluaran darah nifas
-Menambahkan kekuatan fizikal
-Menyegarkan tubuh badan

p/s: kepada ibu yang sedang berpantang janganlah rasa amalan-amalan tradisional semasa berpantang tu menyusahkan dan ketinggalan zaman sebaliknya fikirkan untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang dan juga untuk kecantikan luaran dan dalaman agar usia kita bukan lagi rahsia kerana dirimu berharga..

Selain tu, bila da penat-penat bersalin mesti nak anak kita cerdik, nak anak pandai, nak anak bijak, nak anak dengar cakap orang tua, nak anak cemerlang dunia akhirat. Kalau kita nak anak kita cemerlang, anak pandai mengaji, anak pandai baca ABC walaupun umur baru dua tahun kita kena la didik. Melentur buluh biar dari rebung. Dan kalau nak didik anak kita mesti ada ilmu.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Sumber: ummisfamily

Thursday, 10 March 2016

Kenapa Saya Pilih Tone Excel?

Assalamualaikum..dan salam sejahtera.

Untuk entry ni saya nak share sikit kenapa saya pilih untuk bertukar dari telco X ke Tone Excel.

Kenapa saya pilih Tone Excel ni? da hampir setahun saya guna sim kad Tone Excel sebenarnya.

Mula-mula tu saya tak pernah tahu pun pasal sim kad Tone Excel ni. Ada sorang kawan yang perkenalkan kat saya. Lepas tu saya bercerita dengan abang saya pasal manfaat yang kita boleh dapat kalau guna Tone Excel. Rupa-rupanya abang saya pun pakai sim kad Tone Excel juga. 


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Kebetulan pula saya memang memerlukan beberapa manfaat yang ditawarkan terutamanya insurans kemalangan RM100,000.00 sebab masa tu saya belum ada apa-apa polisi perlindungan insurans.

Selain insurans, sim kad Tone Excel ni bila kita topup dapat Cash back 3% dan 7%. Kenapa ada 3% dan 7% tu saya pun kurang faham sebab niat pakai sim kad ni untuk dapatkan perlindungan insurans je.

Kat bawah ni screen shot jumlah cash back 3% yang saya dapat dari hasil tiap-tiap bulan topup selama hampir setahun. Memang sikit tapi at least ada la juga tempat nak dikorek nanti bila tengah sesak...hehehe..


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Bila jumlah Cash back da cukup RM30.00 secara automatik duit ni akan masuk dalam bank yang kita daftarkan. Dan cas yang dikenakan pula adalah RM3.00 untuk setiap transaksi.

Selain itu banyak lagi kelebihan sim kad Tone Excel ni contohnya setiap kali topup RM30.00 kita akan dapat 1GB data internet untuk tempoh sebulan, setiap kali topup dapat point dan point tu pula boleh ditukarkan dengan tiket kapal terbang Air Asia, tiket wayang dan banyak lagi.

Kalau ada yang berminat nak daftar Tone Excel dengan saya boleh je tapi saya kena study dulu macam mana nak daftarkan downline sebab upline Tone Excel (TE) saya tak aktif. So, saya pakai sendiri jela..Kalau ada downline kita akan dapat sikit income setiap kali downline kita topup.


jana pendapatan sampingan, make money online, panduan jana wang dari rumah untuk wanita, sim kad ajaib, Tone Excel,


Bagus tak plan sim kad Tone Excel ni?saya tak tahu pandangan korang tapi bagi saya TE ni bagus dan kalau kena gayanya boleh jadi sumber pendapatan sampingan.

Ataupun boleh tengok Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita! ni kalau nak income korang lebih masyuk.

ok la, sampai sini je perkongsian saya tentang sim kad Tone Excel ni. Terima kasih sebab sudi singgah kat Blog saya ni.

Senarai Blog Pemenang Anugerah MSMW2016

Assalamualaikum...dan salam sejahtera..

Anugerah Malaysia Social Media Week, MSMW2016 sedang hangat di perbualkan di laman-laman sosial terutamanya di Facebook. Ramai rakan-rakan Blogger yang menyertai pertandingan ini antaranya Amir Denaihati, Mahamahu, Emas Putih, Hasrul Hassan, Aku Penghibur dan ramai lagi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang MSMW2016.





Kat bawah ini adalah senarai Blog/Blogger pemenang Anugerah MSMW2016.


Best Blog of The Year 2016
www.pembina.com.my

Best Foodie Blog 
www.mahamahu.com oleh Mahadir Mohamed Arifin




Best Lifestyle Blog 
www.ruby.my oleh Rabiatul Adawiyah Zakaria

Best Travel Blog 
www.runawaybella oleh Aliza Manap

Best Content Blog 
www.cikguhailmi.com oleh Norhailmi Abdul Mutalib

Best Video Blog 
www.youtube.com/user/pojiegraphy oleh Mohd Shahril Fawzy

Most Engaging Blog 
www.kisahemasputih.com oleh Siti Aminah Idrus




Most Entertaining Blog 
huseinrider.blogspot.my oleh Ahmad Husaini Mohamad




Promising Blog of The Year 
www.viramon.com oleh Vocket Media



Thursday, 3 March 2016

Tutorial Cara Buka File WinRAR Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial

Assalamualaikum...

Dan Salam Sejahtera...

Hai semua...Dalam entry ini saya nak bercerita secara ringkas macam mana cara nak buka file yang berformat WinRAR (.rar) ini bila WinZip dah tamat tempoh trial.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


Sebenarnya kalau korang nak tahu ini la masalah yang membelenggu hidup saya beberapa tahun ini. Semua file yang berformat .rar ataupun yang kena buka dengan WinZip ini semua saya abaikan even nota kelas sekalipun...sebabnya saya tak tahu nak buat macam mana...hahahaha..tak terfikir langsung nak cari kat Google...

Tapi disebabkan satu kitab yang femes ni..ktsmj2..tahu tak?hahaha..Kitab Teknik SEO Merah Jambu la saya terpaksa cari jalan nak buka ebook ni..Power betul kitab ni kan..Memang power sebab ada Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!...lagi power dari nota-nota kelas saya tu..haha..

OK..stop stop..melalut sampai ke laut da ni..Jom kita sambung balik cerita pasal cara buka file WinRAR bila WinZip dah tamat tempoh trial ni ye...

Cara-caranya korang boleh follow step kat bawah ni...

1) Right-Click kat WinRAR file tu > Extract > OK.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


2) File yang dah bertukar ke format PDF, Word, Powerpoint tu (tak kisah la format apa pun) akan disimpan dalam satu folder baru sama nama dengan file tadi.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


3) Open File. Semua file yang berformat WinRAR yang memerlukan WinZip tadi dah boleh di baca dalam format asal.


Cara Buka File Bila WinZip Sudah Tamat Tempoh Trial Qiya Saad


So, macam mana...boleh buka tak? kalau tak boleh juga korang download jela kat SINI dan Install kat komputer korang. Pastu buka je file korang macam biasa.