Followers

Friday, 16 December 2016

MAHA 2016 Dimeriahkan Oleh 3.7 Juta Pengunjung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni ramai netizen update status kat media sosial tentang Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016. Nampak meriah sangat-sangat gambar-gambar diorang dengan macam-macam pameran. 


MAHA 2016 Dimeriahkan Oleh 3.7 Juta Pengunjung


Bukan setakat waktu berlangsungnya MAHA 2016 selama 11 hari tu je nampak kemeriahannya tapi sebelum karnival MAHA 2016 ni diadakan lagi memang da ramai netizen yang berkongsi hasrat di media sosial untuk sama-sama memeriahkan pameran antarabangsa MAHA 2016 ni yang menyebabkan aku rasa teruja sangat-sangat untuk mengetahui apakah MAHA 2016 ni sebenarnya.


MAHA 2016 Dimeriahkan Oleh 3.7 Juta Pengunjung






Setiap hari aku tengok ramai netizen update gambar-gambar yang cantik-cantik dekat dalam facebook dan Instagram diorang. Beberapa hari terakhir tu aku berniat nak pergi melawat tapak pameran MAHA 2016 yang berlangsung di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang tapi keadaan tak mengizinkan.


MAHA 2016 Dimeriahkan Oleh 3.7 Juta Pengunjung






Dari maklumat yang aku dapat dari portal berita event MAHA ni diadakan secara dwi tahunan. Maksudnya setiap 2 tahun la event MAHA ni akan berlangsung. Tapi disebabkan sambutan yang menggalakkan pada MAHA 2016 kali ni iaitu seramai 3.7 Juta pengunjung telah memeriahkan tapak pameran MAHA 2016 ni ianya mungkin akan diadakan setiap tahun lepas ni.


MAHA 2016 Dimeriahkan Oleh 3.7 Juta Pengunjung






Pada awalnya diorang target cuma seramai 3 juta je pengunjung yang akan berkunjung ke tapak pameran MAHA 2016 ni tapi alhamdulillah bilangan pelawat da pun melebihi apa yang dijangkakan dan katanya sebanyak RM380 juta nilai jualan dapat dihasilkan dalam masa 11 hari je.


MAHA 2016 Dimeriahkan Oleh 3.7 Juta Pengunjung






Wow! Banyak tu RM380 juta nilai jualan untuk tempoh 11 hari je. Maksudnya dari awal-awal lagi memang besar usaha dan hasrat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ni untuk meningkatkan taraf ekonomi Malaysia melalui pameran MAHA 2016 ni.












Kalau macam tu aku pun nak try buka booth dekat event MAHA la lepas ni. Mana tau boleh boost income aku plak ke kan...hehehe

2 comments:

  1. Wow!! Ramainya..
    Tapi event dia memang ohsem..
    Sesuai buat dekat MAEPS..

    ReplyDelete
  2. harap dapat jengah MAHA yang akan datang...

    ReplyDelete