Followers

Thursday, 8 December 2016

Honda Civic Baru Generasi ke-10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Macam tak percaya je aku dipilih untuk menyertai travel trip 2 Hari 1 Malam bersama team Honda Malaysia dengan memandu sendiri kereta Honda Civic Baru Generasi ke-10 baru-baru ini.

Ini pengalaman pertama aku memandu kereta Honda enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang dibangunkan oleh "Earth Dreams Technology" ni sebenarnya. Feeling dia tak tau nak describe macam mana tapi memang best sangat-sangat sebab kereta jenama Honda ini adalah kereta idaman aku dari aku kecil lagi sampai la sekarang ni.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Sesuai dengan matlamat Honda yang bercita-cita untuk menghasilkan kenderaan yang memberikan pengalaman kepada pemandunya merasa seronok atau "Drive to Joy" untuk terus memandu kereta Honda Civic serba baru Generasi ke-10 ini.

Ciri-Ciri Utama Honda Civic baru Generasi ke-10


Antara keistimewaan Honda Civic serba baru Generasi ke-10 ini adalah dari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman, dan ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya setanding dengan kereta kompak premium buatan Eropah. 

Selain itu, antara ciri-ciri utama Honda Civic ini yang menjadikannya kereta pilihan ramai terutamanya golongan muda adalah kerana ia dilengkapi dengan fungsi-fungsi "Teknologi Maju Terhubung" (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7" seperti berikut:

* Remote Engine Start
* Walk Away Auto Lock
* Electric Parking Brake
* Auto Brake Hold


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Kalau nak dibandingkan kereta-kereta jenama X dan jenama Y yang aku pernah pandu selama ini memang jauh beza dengan performance kereta Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged ni. Kepuasan memandu tu berbeza sangat-sangat sampai tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. 

Hanya orang yang pernah drive Honda Civic baru Generasi ke-10 yang baru dilancarkan ni je tau apa yang aku rasakan dan walaupun speed kereta da melebihi 130km/j dekat selekoh tajam Lebuhraya KL-Karak tapi aku tetap rasa selamat sangat. 

Tak ada terasa macam kereta tu nak overturn seperti yang pernah aku rasa bila memandu satu kereta jenama X ni walaupun hanya pada kelajuan 90km/j je. 


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Dapat bayangkan tak betapa stabilnya reka bentuk kereta Honda Civic baru Generasi ke-10 ni walaupun memandu laju diselekoh maut? Tapi ni khas untuk Honda Civic Test Drive je tau. Untuk keselamatan semasa memandu kita wajib patuhi semua undang-undang jalan raya terutamanya had laju yang dibenarkan.

Kalau da boleh memandu laju dengan kelajuan yang melebihi 130km/j diselekoh merbahaya mesti ada ciri-ciri keselamatan yang direka khas oleh jurutera Honda untuk mengurangkan impak jika berlaku apa-apa kemalangan di atas jalan raya ni kan?


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Ciri-Ciri Keselamatan Honda Civic Baru Generasi ke-10


Ciri-ciri keselamatan yang dimiliki oleh sesebuah kenderaan ini adalah aspek paling penting yang akan dipertimbangkan oleh pengguna selain reka bentuk luaran dan dalaman sesebuah kenderaan tu sendiri.

Ciri-ciri keselamatan sebuah kenderaan ini penting kerana jalanraya di negara kita ini walaupun diiktiraf sebagai salah satu jaringan jalanraya terbaik di dunia tapi mengikut statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian juga adalah antara yang tertinggi. 

Setiap hari akan ada je kemalangan walaupun jalan raya tu lane dia lebar dan lurus sebagai contoh KESAS Highway yang aku lalu setiap hari mesti akan ada accident. Kesimpulannya accident ni macam da tak boleh nak dielakkan. Sapa-sapa je mungkin boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Tapi sebagai pengguna kita boleh mencari alternatif untuk mengurangkan kesan kemalangan jalanraya dengan memilih untuk membeli kenderaan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang paling optimum.

Antara ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Honda Civic baru Generasi ke-10 ini adalah:

1) 6 Airbags (Dual Front Airbags, Side Curtain Airbags, dan Side Airbags)
2) Vehicle Stability Assist (VSA)
3) Anti-Lock Braking System (ABS)
4) Electronic Brake Distribution (EBD)
5) Brake Assist (BA)
6) Hill Start Assist (HSA)
7) Emergency Stop Signal (ESS)
8) ISOFIX


Honda Civic Baru Generasi ke-10


5 Pilihan Warna Honda Civic Generasi ke-10

Honda Civic Generasi ke-10 ini menawarkan 5 pilihan warna yang pastinya akan memukau setiap penggemar kereta buatan Jepun ini termasuk la aku.

1) Lunar Silver Metallic (NH-830M)
2) White Orchid Pearl (NH-788P)
3) Modern Steel Metallic (NH-797M)
4) Dark Ruby Red Pearl (R252P)
5) Crystal Black Pearl (NH-731P)

Walaupun aku belum ada rezeki nak beli kereta jenama Honda ni tapi alhamdulillah atleast dapat juga merasa pengalaman 2 Hari 1 Malam memandu kereta Honda Civic Generasi ke-10 ini. 

Kiranya macam bakar semangat la ni...maksudnya aku kena usaha lebih keras lagi supaya boleh beli kereta Honda Civic Generasi ke-10 ni ataupun kena jadikan sebagai salah satu azam tahun 2017. Tahun depan mesti capai target iaitu untuk memandu dan bawa pulang kereta Honda milik aku sendiri...hehehe...

Travel Trip 2H1M bersama Honda Civic Baru Generasi ke-10 


Tadi aku cakap pasal travel trip 2 Hari 1 Malam pengalaman memandu kereta Honda Civic Generasi ke-10 serba baru ni kan. Selama 2 Hari 1 Malam atau 36 jam ni korang nak tau apa aktiviti yang aku buat tak? Tak kan la aku drive kereta Honda ni 36 jam tanpa henti plak kan...

Hari Pertama (3hb Disember 2016)


Hari pertama aku join travel trip 2H1M test drive Honda Civic #ridethedreamcivic ni banyak aktiviti yang aku lakukan bersama hampir 30 orang team Honda Malaysia. Semua aktiviti tersebut aku hanya boleh ringkaskan je sebab aku rasa biar la gambar-gambar kat bawah ni pula yang bercerita tentang seribu satu pengalaman manis aku bersama Honda Civic serba baru Generasi ke-10 ni.

9.00 am - Ketibaan media di aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


10.00 am - Briefing berkaitan dengan Honda Civic serba baru Generasi ke-10.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


11.00 am - Pemandu pertama melakukan pandu uji Honda Civic Generasi ke-10 ini menuju ke Pusat Servis Honda, Kah Motor Selayang.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


1.00 pm - Pemandu kedua mengambil alih pandu uji kereta Honda Civic Generasi ke-10 menuju ke Closer Cafe, Mutiara Damansara untuk makan tengahari.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


3.00 pm - Pemandu ketiga melakukan pandu uji kereta Honda Civic Generasi ke-10 menuju ke Setia City Convention Centre (SCCC) Carpark untuk menyaksikan kecekapan fungsi brake dan fungsi-fungsi asas seperti Remote Engine Start, Walk Away Auto Lock, dan sebagainya.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


5.30 pm - Tiba di aLoft Hotel, Kuala Lumpur Sentral (Business Suite) untuk berehat sebelum menikmati makan malam yang disediakan oleh team Honda Malaysia.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


7.30 pm - Makan malam di Nasi Kukus Ayam Berempah Warisan, KL Sentral.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


9.30 pm - Berkumpul di lobi aLoft Hotel, Kuala Lumpur Sentral untuk menyaksikan berapa jauh jarak cahaya lampu LED dari bahagian depan dan belakang kereta Honda Civic serba baru Generasi ke-10.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


10.30 pm - Bermalam di aLoft Hotel, KL Sentral.


Hari Ke-2 (4hb Disember 2016)


7.30 am - Breakfast dekat aLoft Hotel, KL Sentral.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Sebelum check out sempat juga la aku bersantai kat depan swimming pool hotel ni kat roof top. Untuk pengetahuan, ALoft Hotel ini ada 29 tingkat semuanya. Gym pun ada tapi tak berkesempatan nak pergi tengok.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Honda Civic Baru Generasi ke-10


10.00 am - Kitorang test drive Honda Civic 1.5L VTEC Turbocharged dari aLoft Hotel ke R&R Genting Sempah dan buat U-turn dekat Hentian Lentang, Lanchang menuju ke The Garage KL untuk makan tengah hari. 

Seterusnya kitorang pandu uji lagi kereta Honda Civic serba baru Generasi ke-10 ini menuju ke Tasik Pullman Putrajaya.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


2.00 pm - Antara aktiviti sukan air yang boleh dijalankan di Tasik Pullman Putrajaya ini adalah Sky Boarding, bermain kayak, dan banyak lagi.


Honda Civic Baru Generasi ke-10


Harga Honda Civic Generasi ke-10


Bagi aku harga kereta Honda Civic Generasi ke-10 ini tak ada la mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan kualiti dan ciri-ciri yang direka khas yang bukan setakat dapat bersaing dengan kenderaan-kenderaan segmen C malah dengan kereta kompak premium buatan Eropah. Terdapat 3 harga yang ditawarkan untuk Honda Civic Generasi ke-10 ini.

1) RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
2) RM127,800 untuk 1.5 Turbocharge (Di atas jalan termasuk insurans)
3) RM135,800 untuk 1.5 Turbocharge Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Untuk maklumat lanjut berkaitan Honda Civic serba baru Generasi ke-10 ini sila hubungi 1-800-88-2020 atau sila layari www.honda.com.my dan  juga www.ridethedream.my.

Terima kasih kerana membaca artikel Honda Civic Baru Generasi ke-10.

4 comments:

  1. Ada tak video yg awk drive kereta ni,

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat test drive civic :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat pandu uji honda civic baru..
    Setiap kali honda keluar model baru civic, setiap kali itu lah AM simpan impian untuk memilikinya..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. wahhhh best nyaaa dapat bawak honda =))

    ReplyDelete