Followers

Tuesday, 22 November 2016

Penyakit Tonsil atau Sakit Tekak dan Rawatan Secara Semulajadi

Penyakit tonsil atau sakit tekak sememangnya akan menyebabkan pesakitnya merasa derita kerana ketika penyakit tonsil ini menyerang, banyak makanan yang tidak boleh dimakan sesuka hati. Antaranya adalah makanan sejuk, pedas, dan berminyak atau masakan yang bergoreng.

Penyakit tonsil ini terjadi adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria streptococcal yang menyebabkan komplikasi reumatik yang boleh mengakibatkan masalah injap jantung atau radang buah pinggang.



Penyakit Tonsil atau Sakit Tekak dan Rawatan Secara Semulajad
Sumber


Biasanya sakit tekak atau penyakit tonsil ni disebabkan oleh jangkitan virus dan penyakit tonsil ni ada beberapa jenis yang mana ianya akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari bergantung pada jenis virus tersebut seperti virus Epstein-Bar. Virus ini mengakibatkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

Tonsil ini ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan yang mana ianya terdiri daripada sejenis sel yang dipanggil limfosit yang penting untuk melawan penyakit.

Tonsil ini sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan masih belum mencapai tahap kematangan sepenuhnya.


Penyakit Tonsil atau Sakit Tekak dan Rawatan Secara Semulajad


Jangkitan virus dan bakteria sama ada pada tonsil itu sendiri atau di sekitarnya seperti di kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang menyebabkan tanda-tanda obstruktif (halangan) contohnya penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuk karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma adalah masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil.

Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:

1. Adenoids : tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils : tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils : tonsil di tekak 

Antara gejala @ simptom radang tonsil ialah : 

* sakit tekak bengkak dan merah
* sukar atau sakit untuk menelan
* ada tompokan putih pada tonsil
* tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
* demam yang sangat tinggi atau demam dan menggigil
* sakit kepala dan sakit-sakit badan
* suara garau atau hilang suara
* kadang-kadang ada bengkak pada leher
* mulut berbau
* berdengkur waktu tidur

Rawatan tonsil :

* paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
* makan makanan yang sejuk dan lembut
* banyakkan minum
* elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan panas
* rehat yang secukupnya
* makan antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria


Penyakit Tonsil atau Sakit Tekak dan Rawatan Secara Semulajad


Amalkan:

* kerap minum air suam
* kerap berkumur-kumur dengan air garam
* elakkan minuman yang bergas dan berwarna
* banyakkan makan buah-buahan terutama yang mengandungi vitamin c
* gunakan ubat kumur untuk tekak (lozenges)
* makan madu
* bancuh secawan teh dengan campuran sedikit kulit kayu manis
* mimum air asam jawa
* ambil sesudu kicap dan dicampurkan dengan limau nipis
* perah sebiji lemon di dalam satu cawan air suam dan campurkan dengan satu sudu teh madu dan secubit garam

Sumber

1 comment: