Followers

Monday, 21 November 2016

Mesin Jahit Mini

Kalau buat survey tentang gadget idaman aku rasa rata-rata orang akan jawab gadget idaman diorang mesti latest smart phone macam iPhone 7, iPad, digital camera, laptop, dan sebagainya yang berkaitan dengan teknologi digital.

Tapi kalau korang tanya aku apa gadget idaman aku susah aku nak jawab sebab aku ni suka buat macam-macam benda. Pantang ada masa terluang, ada je aktiviti yang aku nak cuba. 

Kebanyakan aktiviti aku tu adalah aktiviti yang akan meningkatkan tahap kemahiran aku terhadap sesuatu perkara selain exercise yoga dan workout yang aku tengah buat sekarang ni untuk dapatkan bentuk badan yang ideal.

Sebagai contoh antara gadget idaman yang ada dalam 10 list gadget atau alat-alat yang wajib aku miliki untuk asah kemahiran aku adalah mesin jahit mini ni. Aku da try guna mesin jahit mini yang aku baru beli ni memang best. Walaupun mini tapi basic function dia cukup lengkap.



Mesin Jahit Mini


Mesin Jahit Mini yang macam aku punya ni korang boleh jahit guna elektrik power ataupun bateri. Senang la untuk kaki travel yang ada hobi suka menjahit ni kan. Standby je bateri untuk mesin jahit mini ni. Boleh travel sambil menjahit. 

Ada ke orang pergi makan angin sambil menjahit? Hahaha...aku la orang tu kot...aku ni kan jenis yang tak boleh duduk diam. Ada je kerja nak buat.

Selain itu, mesin jahit mini ni ada paddle untuk jahit secara manual dan button auto sewing. Just tekan button, then biar je mesin ni jahit sendiri tapi kena pegang kain la untuk control lebar basi dia. Tapi kalau guna function manual, kena pijak paddle yang disediakan tu. 

Lagi, mesin jahit mini ni ada fast and slow sewing function. Kalau korang baru je nak belajar menjahit dan memang tak pernah guna mesin jahit better tekan button slow sewing tu. Nanti bila da biasa menjahit boleh guna function yang laju sikit. 


Mesin Jahit Mini


Yang paling best kan mesin jahit mini ni ada lampu tau. So, kalau korang tak boleh tidur malam then tak tahu nak buat apa boleh la menjahit. Harga Mesin Jahit Mini ni plak murah sangat cuma RM33.60 je.

6 comments:

  1. selalu jugak survey mesin jahit ni...:)

    ReplyDelete
  2. Cikna pun dh lama aim mini sewing ni tp bila tgk review lazada cam ade yg xkena so hold dulu... Confirm ok ke ni,then lasak x..'

    ReplyDelete
  3. There is a chance you are qualified for a complimentary Apple iPhone 7.

    ReplyDelete