Followers

Saturday, 22 October 2016

Modest Kuala Lumpur Fashion Week 2016 (KLMFW) Model Casting

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku diberi satu peluang dan kesempatan untuk menyertai Model casting untuk Modest Kuala Lumpur Fashion Week 2016 (KLMFW2016) yang bertempat di IOI City Mall Putrajaya. Ini adalah pengalaman pertama aku untuk model casting ni. Sebelum ni aku cuma sertai casting untuk iklan komersial TVC. Dan apa yang aku lalui dan juga dari pemerhatian aku sepanjang tempoh casting semalam banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk sampai ke tahap ni.


Modest Kuala Lumpur Fashion Week 2016 (KLMFW) Model Casting


Untuk casting KLMFW2016 ni simple je bagi aku sebab ada 2 rounds catwalk je. First thing kena perkenalkan diri dan seterusnya catwalk untuk 2 pusingan. Juri yang menilai kitorang tu dari Base Model dan Base Model ni pun ada menawarkan kelas modelling bagi sesiapa yang berminat untuk jadi model. Perlu diingat ye walaupun aku cakap casting ni simple je tapi korang bukannya boleh datang bodoh-bodoh macam tu je at least kena tau basic catwalk dan pose.


Modest Kuala Lumpur Fashion Week 2016 (KLMFW) Model Casting


Aspek kekuatan dalaman ataupun keyakinan diri yang tinggi sangat penting bagi menceburi industri peragaan ni. Tanggungjawab seorang model atau peragawati bukan sekadar memperagakan pakaian designer-designer terkemuka tapi lebih dari itu. Cara dan gaya pembawakan seseorang model tu akan menampakkan betapa esklusif nya sesuatu rekacipta pakaian tersebut.


Modest Kuala Lumpur Fashion Week 2016 (KLMFW) Model Casting


Bagi gadis-gadis atau wanita-wanita diluar sana yang berminat untuk meningkatkan keyakinan diri, memperbaiki penampilan dalaman dan luaran serta mempelajari tentang cara komunikasi yang berhemah boleh la sertai model casting KLMFW2016 ni yang masih berlansung di IOI City Mall Putrajaya sehingga pukul 7 malam hari ini.




Antara senaman yang boleh dilakukan untuk shape kan atau pun toning bentuk badan serta menguatkan otot dalaman adalah senaman Yoga macam dalam video kat atas ni. Dan untuk mencapai bentuk badan yang ideal, rules yang harus dipatuhi adalah WORK HARD dan EAT CLEAN. Selain itu, banyak lagi video workouts dalam Youtube tu untuk dapatkan bentuk badan yang cantik dan potongan badan menarik persis model.

No comments:

Post a Comment